Sabtu, 21 September 2013

BAB 8 : DOKUMEN PERNIAGAAN


BAB 8 : DOKUMEN PERNIAGAAN


Kepentingan Dokumen


  1. Dokumen perniagaan ialah surat bertulis atau bercetak yang sah untuk memberi maklumat tentang urusniaga yang berlaku
  2. Kepentingan menyimpan dokumen:
    1. Untuk membuat rujukan dengan cepat dan mudah
    2. Keselamatan dokumen dapat terjamin


Jenis Dokumen

Dokumen Perniagaan


Sebelum Urusniaga
Semasa Urusniaga
Selepas Urusniaga
  • Surat tanya
  • Katalog
  • Senarai harga
  • Sebut harga




  • Borang pesanan
  • Nota serahan
  • Invois
  • Nota debit
  • Nota kredit




  • Bil tunai
  • Resit
  • Penyata akaun

  • Bil
    Jenis Dokumen
    Huraian
    1
    Surat tanya
    Dihantar oleh pembeli kepada peniaga untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang hendak dibeli
    2
    Katalog
    Dokumen bercetak yang mengandungi gambar dan maklumat barang yang dijual
    3
    Senarai harga
    Dokumen yang mencatatkan harga semua barang yang dijual oleh peniaga
    4
    Sebut harga
    Dokumen yang mengandungi harga barang-barang yang diminta oleh pembeli
    5
    Borang pesanan
    Dokumen borang membuat pesanan oleh pembeli
    6
    Nota serahan
    Dokumen yang dihantar kepada pembeli bersama dengan barang yang dipesan
    7
    Invois
    Dihantar oleh pembekal kepada pembeli untuk memberitahu jumlah hutang yang perlu dibayar berdasarkan nota serahan
    8
    Nota debit
    Merupakan invois tambahan bertujuan memberitahu pembeli tentang akaunnya telah didebitkan.
    Sebab nota debit disediakan:
    • Kesalahan pengiraan
    • Ketinggalan kos pengangkutan
    • Kos bekas yang tidak diambilkira
    • Faedah atas hutang yang belum dijelaskan
    • Pembeli terima barang yang tidak tercatat dalam invois
    9
    Nota kredit
    Bertujuan mengurangkan harga dalam invois atas sebab-sebab berikut:
    • Pulangan barang & bekas
    • Kesilapan pengiraan
    • Diskaun yang tidak dicatatkan dalam invois
    10
    Bil tunai
    Merupakan bukti pembayaran dalam urusniaga tunai
    11
    Resit
    Dikeluarkan oleh penjual untuk membuktikan penerimaan bayaran daripada pembeli
    12
    Penyata akaun
    Penyata ringkas tentang urusniaga yang berlaku dan dihantar kepada pembeli setiap akhir bulan
    Maklumat Penting Dalam Invois

    1. Syarat Serahan

    1. Serahan Sedia
    Barang sedia ada dalam stok pembekal dan boleh diserahkan kepada pembeli apabila pesanan diterima
    2. Serahan Segera
    Barang boleh diserahkan dalam masa beberapa hari sesudah pesanan diterima
    3. Serahan Hadapan
    Penyerahan akan dibuat pada suatu tarikh yang diberi atau ditetapkan


    1. Syarat Bayaran
      1. Angkutan Dibayar
      Kos angkutan termasuk dalam harga barang
      2. Angkutan Hadapan
      Kos angkutan tidak termasuk dalam harga barang
      3. Percuma di atas Kapal
      Pembekal akan membayar semua perbelanjaan sehingga barang dimuatkan ke dalam kapal
      4. Percuma ke dalam Gerabak
      Harga yang ditawarkan hanya termasuk kos angkutan dari kedai penjual ke stesen kereta api yang berhampiran
      5. Kos, Insurans, dan Tambang
      Harga yang ditawarkan termasuk kos, insurans dan tambang kapal

      1. Diskaun

      1. Diskaun Niaga
      Potongan harga daripada harga asal daripada senarai harga atau sebut harga.
      Bertujuan untuk menggalakkan belian secara pukal
      Cth Pengiraan:
      Jumlah harga belian barang = RM500
      Diberi diskaun niaga  = 25%

      Oleh itu, kadar diskaun niaga= 25/100 x RM500 = RM125

      Harga yang patut dibayar oleh peniaga kepada pembekal :
      = RM500 – RM125 = RM375

      2. Diskaun Tunai
      Potongan wang tunai daripada hutang atau harga bersih dalam invois.
      Bertujuan untuk menggalakkan penjelasan hutang dengan segera dan mengurangkan hutang lapuk atau menggalakkan belian secara tunai.
      Contoh Pengiraan:
      Peniaga diberi diskaun tunai sebanyak 10% dalam masa 14 hari.
      Jumlah harga belian barang setelah ditolak diskaun niaga = RM375

      Jika pembeli membayar dalam masa 14 hari,
      Kadar diskaun tunai = 10/100 x RM375 = RM37.50

      Harga belian bersih = RM375 – RM37.50 = RM337.50


      1. K & K di K (Kesilapan dan Ketinggalan Dikecualikan)
        1. Bertujuan untuk memberitahu pembeli bahawa penyedia invois berhak membetulkan kesilapan dan kesilapan catatan yang terdapat dalam invois dengan cara menghantar Nota Debit dan Nota Kredit.


      Download File Word

    7 ulasan:

    1. THIS INFO REALLY HELP ME A LOT TO FINISH MY FOLIO

      BalasPadam
    2. bagus sebagai rujukan, tahniah penulis.

      BalasPadam
    3. bguz nie....boleh dijadikn panduan...terima kasih krna telah membuat nota tersebut

      BalasPadam
    4. Terima kasih untuk perkongsian ilmu :)

      BalasPadam
    5. Last minit buat buku skrap web ni jugak yg bantu saya tq

      BalasPadam
    6. tahniah cikgu Yurhamy tak sangka plak cikgu ada buat blog....

      BalasPadam