Isnin, 10 Oktober 2011

Nukilan Perasaan dan Hati


Aku tidak pernah meminta hati yang serapuh ini,
Mudah tersentuh bila dipersendakan,
Atau memang aku senang diperlakukan begitu?
Sedangkan aku berusaha menjaga hati orang disekelilingku..
Apakah aku ini hanyalah pokok tua yang sudah tidak berguna,
Yang sesuka hati dijadikan bahan gurauan...

Ya Tuhan,,
Hatiku saat ini begitu sakit, pedih...
Air mata yang mengalir seakan faham kondisiku,
Sehingga aku berfikir sendirian...
Sukar sangatkah seorang itu memahami seorang yang lain..?
Setidaknya cuba belajar memahami orang disekeliling..
Mungkinkah juga aku yang kurang mengerti??

Dulu aku pernah menjadi orang yang sangat merendahkan diri,
Kenapa di saat aku cuba untuk tidak terlalu merendahkan diri,
Ada pula insan yang membuatkan aku untuk merasa rendah diri..
Ya Tuhan harus bagaimanakah aku??
Apakah diriku ini semudah itu diperkotak-katikkan??

Namun.. Aku tidak pula berasa marah..
Benar! Aku hanya sedih memikirkan kenapa hatiku tidak sekuat
orang lain, aku tidak suka orang menggelarku lembik!
Aku teringatkan Rasulullah s.a.w pernah diejek,
Hatiku bertambah sayu..ya amat sayu..
Kerana Nabi Allah itu tidak pernah mengeluh dan berasa sedih..
Aku juga tidak inginkan begini.. Jika diberi pilihan,
Aku ingin jadi seorang yang kuat fizikal dan emosinya!

Ya Rabbul Izzati,
Aku mohon padaMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang,
Kuatkanlah hatiku dalam menghadapi setiap apa yang kau
berikan padaku..
Aku hanya ada Mu ya Rahman disisiku,
Aku tidak ingin orang lain melihatku lemah kerana aku ingin
memberitahu mereka bahawa aku ada Engkau sebagai teman
dalam hatiku...

:: Moral ::
Cubalah belajar memahami orang lain. Kita jangan fikir orang lain macam kita sebaliknya letakkan diri di dalam kasut orang lain..Tambah-tambah di dalam persahabatan. Jagalah persahabatan yang terbina.. Berguraulah seadanya, janganlah sampai boleh menjatuhkan maruah sahabat di depan sahabat yang lain..Jika seorang daei' harus kenal mad'u nya, seorang sahabat harus kenal sahabatnya itu macamane..wallahuallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan