ULASAN:Hidup dalam buangan

Sepanjang berada di UTM, tiga kolej pernah saya duduki. Yang paling lama ialah KRP, hampir genap 4 tahun. Semalam saya menerima surat arahan buang kolej dari Pengetua kolej, tetapi ditulis sebagai 'arahan pindah kolej'. Surat itu sebenarnya dikeluarkan pada tarikh 24 Februari [UTM.J.06.07.01/10.16/121d2 (109)], tetapi diserahkan kepada saya sebelum pejabat ditutup pada 25 Februari.

Dalam surat itu tertulis, saya mesti mengosongkan bilik G32-208B pada 27 Februari (Ahad - cuti). Jika tidak berbuat demikian, barang saya akan dikeluarkan dari bilik pada 28 Februari.

Seorang rakan melaporkan kepada saya, pada petang Jumaat (25 Februari) Pengetua kolej itu keluar bersama keluarga menuju ke PLUS, pergi bercuti agaknya. Beliau serahkan surat itu pada petang Jumaat, dan meminta saya mengosongkan bilik pada hari Ahad. Ini taktik ingin menyusahkan mahasiswa, kerana pejabat tidak dibuka pada hari cuti untuk saya memohon ke kolej lain. Ini saya sebut sebagai tahap siasah budak-budak.

Menggunakan perkataan 'pindah' dan tidak guna perkataan 'buang' adalah salah satu kaedah psikologi dalam penulisan. Maksudnya sama iaitu saya perlu keluar dari bilik ini. Mungkin bagi beliau ia satu kaedah licik untuk memanipulasi bahasa. Cuma yang menghairankan, beliau tidak nyatakan pula ke kolej mana yang saya patut berpindah.

Antara ayat beliau yang paling menarik perhatian saya ialah, 'tiada gunanya saya memberikan kemudahan dan keistimewaan kepada saudara untuk terus menetap di Kolej Rahman Putra kerana saudara tidak dapat bersama saya dalam memperjuangkan...'. Ini prinsip yang dipegang oleh Umno Kelantan untuk tidak memberi royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah oleh Pas. Sama, bukan?

Setakat ini, saya tidak berhasrat untuk keluar dari bilik ini sehingga mendapat jawapan kepada soalan-soalan di bawah.

Petikan perenggan 1:

'dalam banyak hal saudara tidak dapat bekerjasama dengan saya.'

1. Apakah hal-hal yang beliau maksudkan, seperti yang ditulis di atas. Saya berbakti kepada kolej dalam banyak hal termasuk menjadi Majlis Tertinggi JKM 2007/2008, Exco MPMUTM 2008/2009 termasuk menjadi balaci Ketua Jentera Evolusi KRP 2009/2010. Adakah ini yang dimaksudkan 'tidak dapat bekerjasama'?

2008 | Semasa menjadi Ketua Pengarah Sub-Program Fiestra (antara projek terbesar KRP) bersama Hadi (sekarang Pembantu Felo KDOJ). Ini antara program yang melonjak naik nama Pengetua kolej kerana dirasmikan oleh ADUN Nusajaya.


Petikan perenggan 3:

'...saudara tidak dapat bersama saya dalam memperjuangkan dasar, aspirasi, cita-cita dan hasrat kolej dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan berketerampilan...'

2. Apakah yang dimaksudkan dengan 'dasar, aspirasi, cita-cita dan hasrat kolej'?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan 'mahasiswa yang holistik dan berketerampilan'?

4. Adakah saya dibuang kolej atau dipindahkan kolej?

5. Adakah saya dibuang (atau dipindahkan) kolej kerana saya bersama Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus tahun ini?

6. Adakah pengetua menyokong Evolusi?

7. Adakah Evolusi ialah balaci pengetua, yang bertujuan untuk memberi imej kepada awam bahawa sesebuah universiti masih dikuasai oleh mahasiswa yang pro kerajaan dan memberi political mileage kepada parti pemerintah? (ya, penyokong Evolusi yang syok sendiri boleh menafikan soalan ini)

Saya sudah lama mengikuti perkembangan pengetua seorang ini. Siapa tidak ingat, pada 2008 sekumpulan mahasiswa KRP dihantar secara paksa ke Jeli untuk membantu Umno di sana? Saya masih menyimpan catatan feedback mereka yang pergi ke sana, termasuk ada yang dihalau oleh tuan rumah yang menyokong Pas.

Nota kaki : Pengetua kalau mahu sokong dan ampu Umno, boleh. Tapi jangan sampai terlebih emosi sampai nak solat hajat di surau pun kena halang.

*senyum*

dipetik dari blog http://notakaki11.blogspot.com/

Cerita ni sama dengan kisah aku semasa sem 3..begini kah perangai puak2 evolusi..bangang punya evolusi



0 comments: