Kenangan dan pengalaman menjadi Guru Pelatih
Minggu lepas aku melihat kembali gambar-gambar lama aku, aku mampu tersenyum sahaja apa yang ternampak gambar-gambar aku ketika menjadi seorang guru pelatih ketika semester 5 pada tahun 2010. Semua itu menjadi kenangan dan pengalaman yang menarik dalam kehidupan ku. “Pengalaman dapat mendewasakan kita” itu lah satu ungkapan yang sering kali dimain-mainkan oleh kaum melayu dalam menceritakan kenangan dan pengalaman itu. Setiap mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diwajibkan menduduki Latihan Mengajar (LM) selama 14 minggu. Ini bagi mendedahkan Mahasiswa dalam memberi latihan kepada bakal guru mengajar di sekolah, memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang profesion perguruan serta tanggungjawabnya dan memberi bimbingan serta menilai kebolehan guru pelatih menjalankan tugas seorang guru sepertimana yang dikehendaki oleh etika profesion perguruan. Latihan mengajar merupakan aspek penting dalam pendidikan perguruan. Ini kerana latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan segala pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan dalam situasi sebenar di dalam kelas. Ringkasnya, latihan mengajar merupakan suatu komponen penting dalam pendidikan perguruan. Guru pelatih harus dapat menyerap segala ilmu berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjadi seorang guru yang cemerlang apabila mengajar di sekolah kelak.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya akhirnya berjaya menamatkan latihan Mengajar sebagai guru pelatih di sebuah sekolah dalam daerah Johor Bharu iaitu Sekolah Menengah kebangsaan Impian Emas. Sekolah ini boleh dikatakan diantara sekolah yang peratus kecemerlangan pelajarnya cemerlang dan pelajar-pelajar nya adalah dari keluarga pendapatan sederhana dan kaya. Nisbah bangsa disekolah ini ialah 6:3:1. 65 peratus adalah berbangsa melayu, 20 peratus cina, 10 peratus india dan 5% lain-lain bangsa. Didalam kelas saya mengajar pula nisbah 3:2:1; ini bermakna pelajar melayu lebih ramai jika dibandingkan dengan pelajar berbangsa cina dan india. Pada hari pertama saya mengajar persepsi pertama mengenai pelajar saya adalah mereka merupakan pelajar-pelajar yang pandai dan sedia untuk menerima bimbingan dan ilmu pengetahuan. Mereka lebih menunjukkan minat untuk belajar apabila saya mengambil alih kelas tersebut dari guru mata pelajaran mereka yang sebenar. Pelajar-pelajar ini adalah pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana di dalam keputusan UPSR dimana mereka boleh menerima dengan cepat apa yang telah diajar. Walaubagaimanapun, sikap serta perbuatan yang mereka terjemahkan didalam kelas ketika saya mengajar adalah kurang meyenangkan terutamanya dari pelajar-pelajar melayu sendiri, mereka lebih banyak menumpulkan perhatian mengenai apa yang berlaku di luar kelas berbeza dengan bangsa cina dan india yang lebih menghormati cikgu yang berada didepan dan pembelajaran dari apa yang berlaku diluar kelas. Namun begitu, pelajar-pelajar ini tetap meghormati guru mereka dan sering memberi salam serta menegur apabila berjumpa, tidak kira samaada selepas waktu sekolah ataupun dalam waktu persekolahan.
Jika dilihat dari segi jantina pula, sikap pelajar perempuan lebih baik dan lebih mudah untuk diberi arahan berbanding dengan lelaki. Pergaulan antara pelajar lelaki serta perempuan bagi bangsa Melayu boleh dikatakan sebagai rapat kerana mereka bergaul dengan baik dan kebanyakkan tidak berlaku pergaulan bebas antara mereka, berlainan pula pergaulan diantara pelajar lelaki dan perempuan bangsa cina dan india dimana, pergaulan mereka sangat rapat dan bersentuhan dikalangan mereka adalah perkara biasa. Secara amnya pergaulan antara kesemua bangsa ini adalah baik dan biasanya jika berlaku salah faham antara mereka, perkara ini akan diselesaikan dengan baik tanpa campur tangan guru-guru serta pihak sekolah. Ini bermakna, mereka telah dapat berfikir dengan lebih baik serta sedikit matang dalam menjaga hubungan sesama mereka. Maka dengan itu, suasana atau keadaan sekolah menjadi lebih aman tanpa berlaku konflik diantara bangsa Melayu, Cina dan India. Pandangan saya dari segi sosial ekonomi pelajar-pelajar pula, secara puratanya, pelajar cina dilihat lebih mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh berbanding pelajar-pelajar berbangsa melayu dan india. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kedudukan Sekolah Impian Emas yang terletak tidak jauh dari bandar Johor Bharu yang menjadi sumber ekonomi bagi mereka-mereka yang berniaga terutamannya bangsa cina. Bangsa melayu dan india pula kebanyakan berkerja dalam sektor kerajaan dan swasta, dan persendirian. Disini telah menunjukan terdapat perbezaan yang ketara antara pendapatan mereka dan melalui pemerhatian saya juga, cara berpakaian, peralatan sekolah yang digunakan,serta tingkah laku masyarakat melayu, cina dan india adalah berbeza, namun tidak dinafikan terdapat juga pelajar golongan melayu dan india yang mempunyai ekonomi yang lebih tinggi dan baik berbanding bangsa cina. Sosial ekonomi ini akan mempengaruhi tahap keupayaan pelajar-pelajar di sekolah ini, kebanyakan pelajar yang mempuyai ekonomi yang lebih kukuh mereka akan disediakan dengan buku-buku latihan serta buku-buku nota yang lebih berbanding pelajar-pelajar lain. Selain itu juga, mereka akan didedahkan dengan tuisyen swasta dimana mereka akan diberi latihan yang selajutnya selain daripada apa yang diajar disekolah dan juga sebagai ulangkaji apa yang telah diajar disekolah. Sepanjang berada di sekolah ini, apa yang dapat disimpulkan mengenai tahap akademik dan kebolehan pelajar-pelajar ini adalah berada pada tahap yang boleh dipertingkatkan lagi terutamannya bangsa melayu.
Selama menjalani latihan mengajar selama 14 minggu, terdapat dua peristiwa yang mengajar saya sebagai seorang guru. Peristiwa pertama, perkara ini melibatkan beberapa orang pelajar yang boleh disifatkan kurang ajar dan tidak menghormati guru. Pelajar-pelajar ini selalunya tidak berada di dalam kelas sewaktu kelas berlansung. Pelajar ini seramai tiga orang dimana dua daripdanya adalah melayu dan seorang lagi adalah pelajar berbangsa cina. Pelajar ini selalu ponteng kelas terutama sewaktu kelas akhir sesi persekolahan. Saya telah mengambil tindakan untuk memanggil ketiga-tiga pelajar ini dan berbincang secara bersemuka dengan mereka dan bertanyakan kepada mereka apa masalah mereka. Saya mengambil tindakan untuk menjadi lebih baik dan dekat dengan mereka serta selalu mengambil tahu dan member perhatian yang lebih kepada mereka ketika waktu pembelajaran. Bagi saya dengan memberikan perhatian yang lebih kepada mereka, mereka akan berasa lebih dihargai dan lebih seronok berada didalam kelas berbanding jika kita marah dan mengherdik mereka. Lebih mengejutkan lagi ketiga-tiga pelajar ini adalah merupakan anak-anak orang yang lebih berada berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Dalam soal ini saya telah mengambil pendekatan lebih kepada bergaul untuk memahami mereka berkawan dengan mereka disamping mereka tetap menghormati kita sebagai guru.
Bagi peristiwa kedua pula, saya dapat bergaul dengan guru-guru sekolah tersebut. Melalui permainan futsal di luar waktu persekolah, ini meyebabkan kami semua guru dapat mengenali satu sama lain. Permainan futsal ini masih ada sampai sekarang dan saya dijemput bermain sekali dengan semua guru. Ini kerana sekolah tersebut berdekatan dengan UTM. Insyaalah ukhwah saya dengan guru-guru sekolah tersbut akan tersambung sampai bila-bila. Inilah kenangan manis dan pahit ketika saya menjalani latihan mengajar disana.
Secara umumnya, jika peristiwa diatas berulang lagi saya akan mengunakan pendekatan untuk mencampurkan setiap pelajar dikelas peralihan ke setiap kelas yang mempunyai kaum melayu dan india supaya berlaku pergaulan anatara mereka serta membantu mereka untuk memahami bangsa-bangsa lain dari segi masalah displin pula, saya beranggapan, masalah ini perlu dibendung dari rumah lagi, ibubapa sepatutnya memainkan peranan yang penting supaya anak-anak mereka lebih mengetahui apa yang perlu dilaksanakan selain menerapkan pendidikan agama yang cukup kepada anak-anak. Apa yang berlaku boleh diselesaikan dengan baik dan secara teratur. Pergaulan antara kaum atau bangsa ini mungkin sedikit sebanyak menyukarkan perlaksanaan displin yang baik disekolah dan mungkin juga menimbulkan masalah-masalah lain. Jika dilihat melaluai masalah yang terdapat pada kelas peralihan, kebanyakan pelajar adalah tidak boleh berbahasa melayu, ini menunjukkan pergaulan mereka dengan bangsa melayu adalah kurang dan kerana itulah mereka tidak boleh berinteraksi dengan baik dan dapat memahami cara kehidupan orang-orang melayu. Situasi sosial disekolah melambangkan apa yang akan berlaku pada masyarakat pada masa hadapan, contoh yang dpat dilihat, kanak-kanak yang dihantar ke sekolah pelbagai jenis aliran berkemungkinan besar tidak mendapat pendedahan yang meluas daripada aspek pemahaman budaya, adat resam, pantang larang dan pergaulan di antara kaum. Mereka hanya menerima input mengenai kepelbagaian kaum di Malaysia secara teori yang disampaikan di dalam kelas. Walau bagaimanapun, imaginasi kanak-kanak amat terbatas dan mereka tidak mampu meletakkan diri mereka di dalam suasana bersosial bersama kaum-kaum lain. Maka disini dapat disimpulkan bersosial anatara semua kaum adalah penting bagi menjamin masa depan Negara yang lebih cemerlang oleh itu, guru sememangnya perlu mengetahui pendekatan yang baik bagi mengatasi semua masalah yang timbul.
Pengajaran merupakan satu aktiviti khas dan kompleks. Apabila guru-guru pelatih dihantar ke sekolah untuk menjalani Latihan Mengajar, saya telah menghadapi kejutan budaya (culture shock). Guru pelatih mula keliru dengan tujuan latihan mengajar serta pengajarannya yang akan digredkan. Ini kerana guru pelatih mendapati teori yang dipelajari semasa di universiti tidak dapat dipraktikkan. Realiti sebenar memberikan masa yang lama kepada guru pealtih untuk menyesuaikan dengan persekitaran sekolah. Selain itu, jangkaan-jangkaan guru pelatih yang terlalu tinggi terhadap pelajar mengakibatkan mereka kurang yakin untuk menjalani Latihan Mengajar. Guru pelatih yang meletakkan jangkaan yang tinggi kepada pelajar akhirnya mendapati jangkaan tesebut tidak betul mengakibatkan tahap keyakinan mereka menurun. Walaubagaimanapun setelah memahami sikap dan menyesuaikan diri dengan keadaan pelajar dan sekolah akhirnya guru pelatih mampu menjalani Latihan Mengajar dengan jayanya. Sesungguhnya Latihan Mengajar merupakan medium yang amat penting untuk melatih bakal-bakal guru. Dengan menjalani latihan ini pelajar akan didedahkan kepada situasi sebenar suasana iklim sekolah dan juga profesyen perguruan
0 comments: