Pelajar Tingkatan 3 Jatuh Dari Bangunan Sekolah


BEBERAPA ahli keluarga sedih ketika menunggu jenazah Syamil di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut selepas dia didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera di sini semalam.

Pelajar tersebut, Syamil Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada pukul 11.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, siasatan awal mendapati pelajar berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, pelajar terbabit berjalan bersama beberapa rakannya di luar kelas mereka yang terletak di tingkat tiga dan menuju ke dewan sekolah di tingkat bawah.

Mohd. Jasmani memberitahu, mangsa terjatuh dalam keadaan tertiarap di atas kawasan rumput di hadapan tandas perempuan di Blok A sekolah tersebut. - Kosmo

0 comments: