• CIKGU SMK PANTAI REMIS

    Kenangan bersama cikgu-cikgu SMK Pantai Remis sesi 2015...

  • SPH UTM

    Kenangan bersama kawan-kawan SPH UTM Batch 2013...

  • Raya 2012

    Kenangan semua keluarga ada...

  • Perhimpunan Keluarga Al-Jambuli

    Kenangan sambutan Hari Keluarga Al-Jambuli kali ke 18 pada Hari Raya Haji Ke 2 ...

  • 5 Akuan

    Kenangan Bersama kawan-kawan 5 Akaun 2003 SMK Bunut Susu, Pasir Mas..

  • PERKAHWINAN

    Hari paling berbahagia bersama isteri pada 20 september 2015

Memaparkan catatan dengan label Isu Sekolah. Papar semua catatan

VIDEO: Calon SPM Maut

0 comments
BACHOK: Seorang pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Ugama (Arab) Azhariah, Melor  dekat sini tidak sempat menikmati mi celup selepas hari pertama menduduki peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila maut dalam kemalangan Jalan Pasir Puteh – Kota Bharu, di Kampung Pak Badol, semalam.

Mangsa, Ahmad Nazaruddin Mat Sulaiman, 17, yang menunggang motosikal maut akibat cedera parah di kepala selepas digilis sebuah lori tanah dari arah bertentangan.

Menurut ibu mangsa, Rokiah Nordin, 55, berkata, Nazaruddin, beria-ia mahu meminjam motosikal ayahnya, Mat Sulaiman Mohd, 60, yang ketika itu mahu ke masjid berdekatan untuk solat Zuhur.



“Arwah ke sekolah jalan kaki sahaja. Tanpa menukar pakaian seragam, lepas balik sekolah dia terus pinjam motor ayahnya untuk keluar makan mi celup di kedai berdekatan.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu tadi. Tetapi kami redha dengan kehilangan arwah yang sepatutnya menduduki SPM tahun ini,” katanya sayu, “ katanya ketika di temui di kediamannya di Melor.

Rokiah berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu juga tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali kerap menyuarakan hasrat untuk makan mi celup di Kampung Pak Badol bersama rakan-rakan, sejak beberapa hari lalu.





Manakala, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superitendan, Ab Rahim Che Ghani, berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa dari arah melor memasuki laluan bertentangan, menyebabkan sebuah lori dari arah Pasir Puteh gagal berhenti dan merempuh mangsa.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat. kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Baca Seterusnya »

Pelajar Tingkatan 3 Jatuh Dari Bangunan Sekolah

0 comments

BEBERAPA ahli keluarga sedih ketika menunggu jenazah Syamil di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut selepas dia didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera di sini semalam.

Pelajar tersebut, Syamil Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada pukul 11.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, siasatan awal mendapati pelajar berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, pelajar terbabit berjalan bersama beberapa rakannya di luar kelas mereka yang terletak di tingkat tiga dan menuju ke dewan sekolah di tingkat bawah.

Mohd. Jasmani memberitahu, mangsa terjatuh dalam keadaan tertiarap di atas kawasan rumput di hadapan tandas perempuan di Blok A sekolah tersebut. - Kosmo

Baca Seterusnya »

Gangsterism Di Sekolah Menjadi-jadi, 20 Pelajar Belasah Seorang

0 comments
Kuala Terengganu: Biadab apabila sekumpulan 20 pelajar dari sekolah di Marang bertindak seperti mafia kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh dua kilometer untuk menceroboh sekolah agama lain semata-mata bagi membelasah pelajar sekolah berkenaan, pagi semalam.

Mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad (gambar), 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, Marang, cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kecewa dengan tindakan ganas kumpulan pelajar itu.

“Saya menerima panggilan telefon daripada anak meminta saya dan suami datang ke sekolah segera sebelum talian putus kira-kira jam 11.15 pagi tadi (semalam).

“Saya menghubungi semula nombor berkenaan dan rakannya menjawab panggilan itu memberitahu anak saya dipukul sekumpulan pelajar,” katanya.
Tanpa berlengah dia yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan bergegas ke sekolah berkenaan dan setibanya di sekolah, rakan anaknya memberitahu guru sudah membawa anaknya ke HSNZ untuk rawatan.

Menurutnya, menerusi perbualan dengan rakan anaknya yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada kumpulan pelajar yang menceroboh masuk itu datang ke kelas dan memanggil anaknya sebelum berjabat tangan tetapi kemudian mengheretnya keluar dari kelas.

“Melihat keadaan agak pelik kerana kumpulan pelajar terbabit menarik anak saya, rakannya yang lain turut mengikut ke mana dia dibawa mereka.

“Selepas melihat anak saya dibelasah, rakannya memaklumkan kepada guru dan tindakan pantas mereka mengelak keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Bapa mangsa, Wan Mohammad Wan Yusof, 47, berkata dia tidak tahu punca yang menyebabkan anak kedua daripada empat beradik yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini dibelasah kumpulan pelajar berkenaan.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat kira-kira jam 1 petang semalam di Balai Polis Bukit Payong Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, berikutan kecederaan dialami mangsa, polis menunggu masa sesuai untuk mengambil keterangannya.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, ketika dihubungi berkata pihak sekolah sudah membuat laporan polis mengenai kejadian membabitkan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah agama di Marang itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius kejadian pelajar menceroboh sekolah lain dan memukul pelajar di sekolah berkenaan.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan kejadian itu selesai,” katanya.


Gengster budak sekolah

KUALA TERENGGANU - Perasaan mahu membalas dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang untuk memukul seorang pelajar tingkatan lima.

Serangan ala gengster pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila kesemua pelajar terbabit menceroboh sekolah mangsa lalu pergi ke kelas Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, selepas waktu rehat sebelum membelasahnya di belakang bangunan makmal.

Difahamkan, kumpulan pelajar tersebut datang ke sekolah berkenaan dengan menaiki kenderaan dari sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Wan Nur Azri apabila kesemua suspek bertempiaran melarikan diri selepas perkara itu dimaklumkan kepada guru SMKA Durian Guling.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, memberitahu, dia dan suaminya bergegas ke sekolah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya. - kosmo


Baca Seterusnya »

Majalah porno disebar ke sekolah..!!

0 comments
Keadilandaily - Tidak puas menyebar komik lucah bertajuk ‘Kisah Juara Raja Lawak’ bagi mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat, pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan sentimen politik lucah, kali ini dengan menyebarkan majalah porno di sekolah.

Hal itu disedari Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang yang menerima majalah porno berjudul ‘Kisah Seorang Sifu Teragung Di Abad Ini. Mentor 5 Bersama Berganding Bahu Mengejar Impian Yang Satu, Tunjuk Ajarku Sifu‘ daripada seorang guru Sekolah Kebangsaan Meru di Persiaran Hamzah, Kapar pagi tadi.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, majalah 16 halaman itu penuh dengan gambar bogel yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diubah suai.

“Majalah itu penuh gambar bogel yang menjijikkan. Gambar lelaki tersebut diubah suai dengan gambar kepala Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan badan orang lain,” katanya ketika dalam perjalanan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah
Alam, jam 6.30 petang ini.

Mengulas lanjut, beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan menyuarakan kebimbangannya berikutan majalah porno itu turut diedar ke sekolah dan dikhuatiri jatuh ke tangan murid.

“Kita bimbang sekiranya majalah itu diterima pelajar sekolah dan tidak mustahil akan banyak lagi masalah sosial remaja. Perkara ini perlu dibanteras secepat mungkin memandangkan sudah menular ke sekolah,” katanya.

Baca Seterusnya »

Pasangan Remaja Dicekup Di Pondok Usang Belakang Semak

0 comments
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik semak pada awal pagi menerima padah apabila mereka dicekup penduduk kampung yang melakukan rondaan mencegah jenayah.

Bagaimanapun lelaki dan dua remaja perempuan itu akhirnya menerima padah apabila mereka dicekup penduduk kampung yang melakukan rondaan mencegah jenayah.

Remaja lelaki terbabit ketika ditahan dipercayai sedang melakukan aksi panas dengan dua remaja perempuan yang hanya berseluar pendek dan berbaju sendat.

Kejadian disedari salah seorang daripada anggota Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Rhu Bhatil setelah melihat kelibat seorang lelaki di dalam rumah yang sudah bertahun tidak berpenghuni itu.

Pengerusi KRT Rhu Bhatil, Mat Jenon Abdul Ghani berkata, sebaik mendapat maklumat berkaitan penemuan remaja terbabit, pihaknya mengepung rumah itu dan melakukan serbuan.

Hasil serbuan, mereka menemui dua gadis dalam keadaan pakaian yang menyolok mata berserta seorang lelaki, disyaki teman lelaki salah seorang daripada remaja perempuan terbabit.

Mat Jenon kemudiannya memaklumkan tangkapan itu kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Dungun untuk tindakan selanjutnya.

Beliau yang ditemui di lokasi terbabit berkata, kejadian itu amat memalukan pihaknya, apatah lagi salah seorang remaja yang ditahan dalam serbuan terbabit adalah anak kepada salah seorang penduduk di kampung itu.

“Kamu sebagai pemuda di kampung ini sepatutnya sama-sama melakukan rondaan dengan kami untuk mencegah jenayah serta gejala sosial.

“Bagaimanapun tindakan kamu yang membawa anak gadis orang bermalam di rumah usang dengan melakukan perbuatan tidak senonoh ini amat memalukan penduduk kampung,” kata Mat Jenon ketika memberi teguran kepada pasangan terbabit.

Difahamkan, pemuda yang baru berusia 19 itu pernah disiasat polis kerana terlibat dengan kes mencabul kehormatan seorang gadis dan mempunyai rekod penyalahgunaan dadah.

Dua gadis berusia 15 tahun masing-masing berasal dari kampung Tanah Lot dan Gong Pasir itu bersama teman lelakinya difahamkan anak seorang kakitangan di sebuah resort berdekatan kemudiannya diserahkan kepada Penguat Kuasa Syariah untuk tindakan selanjutnya.

Mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir negeri Terengganu kerana kesalahan khalwat, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dua gadis belasan tahun itu juga turut dikenakan tindakan kerana berpakaian menjolok mata di khalayak awam.

Dirogol secara bergilir-gilir

“Saya hanya bersekolah sampai Tingkatan Satu sahaja. Disebabkan kerap ponteng sekolah, saya kena buang. Sejak itu, saya mula terjebak dengan gejala sosial kerana terpengaruh dengan rakan sebaya,” kata salah seorang gadis yang dicekup penduduk kampung bersama teman lelakinya itu.

Anak kedua daripada sembilan beradik itu mengakui, masalah keluarga menyebabkan dia gagal mengawal emosi sehingga memilih jalan salah termasuk terlibat dengan gejala keruntuhan moral.

Dia mengakui, emosinya semakin tertekan apabila dia menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki dalam satu tragedi hitam ketika umurnya 14 tahun beberapa tahun lalu.

Katanya, akibat kejadian itu, dia berasakan masa depannya gelap, kejahilan dengan ilmu agama pula menyebabkan dia memilih jalan salah sebagai haluan hidupnya.

“Bapa saya sudah meninggal. Ibu pula sibuk mencari rezeki untuk menyara lapan adik yang lain.Dalam keadaan begini saya tiada teman untuk berkongsi masalah.

“Saya mula keluar rumah untuk mencari ketenangan dan berkawan dengan rakan sebaya yang tidak mempunyai matlamat hidup,” luah gadis berasal dari Tanah Lot ini.

Menurut gadis itu, dia bersedia berdepan dengan hukuman termasuk dihantar ke pusat pemulihan akhlak demi memastikan masa depannya tidak terus gelap. -SH

Baca Seterusnya »

SPM 2010: Maahad Muhammadi (L) lulus 100%

0 comments
KOTA BHARU, 24 Mac: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.

“Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.

“Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.

“Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya,” katanya.

Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.

Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian “A” seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.

Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.

Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.

“Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.

“Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK,” katanya.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.

“Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).

Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-).

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh.

Baca Seterusnya »

[Bergambar] Pelajar Sekolah Menengah Di Terengganu Semakin Liar

0 comments
Sarang Pelajar Ponteng Di Terengganu Diserbu

Gambar: -- Seorang pelajar perempuan yang ditahan kerana ponteng sekolah dalam Operasi Ponteng Sekolah Peringkat Negeri menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri di sini, hari ini.

KUALA TERENGGANU: Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Terengganu dan beberapa agensi lain pada Khamis menggempur beberapa kawasan di Kuala Nerus dan Marang yang menjadi tumpuan pelajar ponteng dan menahan 31 pelajar menengah, tiga daripada pelajar perempuan.

Kebanyakan pelajar itu yang menjadikan rumah-rumah kosong dan surau berhampiran sebagai tempat ponteng, bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran pegawai-pegawai itu, malah ada yang sanggup bersembunyi dalam paya daripada ditahan.

Mereka yang lengkap berpakaian sekolah dan berpakaian sukan memberikan pelbagai alasan apabila ditanya kenapa mereka ponteng sekolah dan ada yang bersikap kurang ajar dengan memaki guru dan anggota Rela yang menahan mereka dalam operasi itu.

Kesemua pelajar berkenaan kemudian dikumpulkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Seberang Takir, sebelum ibubapa mereka dipanggil ke sekolah untuk menjemput mereka pulang setelah diberikan motivasi.

Pengarah Pelajaran Terengganu Razali Daud berkata operasi berkenaan bertujuan memberi peringatan kepada pelajar terlibat tentang keburukan ponteng sekolah.

"Gejala ini tidak serius di Terengganu tetapi jabatan mengambil pendekatan mengadakan operasi ini sebagai langkah untuk mencegahnya daripada merebak," katanya kepada Bernama.

Razali berkata Jabatan Pelajaran Terengganu merancang untuk mengadakan program khas untuk meningkatkan sahsiah dan peribadi pelajar. Operasi yang dijalankan dari 8 pagi sehingga 12 tengah hari, turut disertai wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, guru-guru, Rela, polis dan pemimpin-pemimpin tempatan. -BERNAMA












Baca Seterusnya »

Pelajar Sekolah Bertudung Jual Tubuh RM10 Sejak Usia 15 Tahun

2 comments
Kota Kinabalu: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi. 

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.
 
“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an. 

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya. 

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring. 

“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya. 

Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.

“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang. 

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya. 

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya. 

“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya. -hm


Baca Seterusnya »