• CIKGU SMK PANTAI REMIS

    Kenangan bersama cikgu-cikgu SMK Pantai Remis sesi 2015...

  • SPH UTM

    Kenangan bersama kawan-kawan SPH UTM Batch 2013...

  • Raya 2012

    Kenangan semua keluarga ada...

  • Perhimpunan Keluarga Al-Jambuli

    Kenangan sambutan Hari Keluarga Al-Jambuli kali ke 18 pada Hari Raya Haji Ke 2 ...

  • 5 Akuan

    Kenangan Bersama kawan-kawan 5 Akaun 2003 SMK Bunut Susu, Pasir Mas..

  • PERKAHWINAN

    Hari paling berbahagia bersama isteri pada 20 september 2015

Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Selamat Berehat Tok Guru Ku

1 comments
"Mana Datuk Husam?" tanya Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila terjaga dari tidurnya di atas katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.

Ekoran itu, keluarganya menelefon Naib Presiden PAS itu dan bergegaslah Husam ke HUSM menemui Nik Aziz. Namun Nik Aziz tertidur lagi. Husam tidak sampai hati untuk mengejutkan Mursyidul Am PAS itu.

Apabila terkejut dari tidur, sekali lagi Nik Aziz bertanya, "Mana Husam?". Sekali lagi, Husam terpaksa berpatah balik ke HUSM ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Pengkalan Chepa untuk seterusnya ke luar negara.
Kali ini, Husam dapat mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Nik Aziz kepadanya. Namun ia hanya antara mereka berdua. Selepas tiga hari berlalu, sehingga kini ia tetap menjadi rahsia antara mereka.

Selain Husam, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyebut nama Abang Ya (pegawai polis berpangkat Kopral, bekas pengawal peribadi beliau semasa menjadi MB), ketika beliau berehat di HUSM kali ini.


Sejak melepaskan jawatannya sebagai MB, kesihatan Nik Aziz merosot teruk. Beliau sering bersungut keletihan. Wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Pulau Melaka menjadi rumah kedua beliau.

Memang, dengan umurnya mencecah 82 tahun dan segenap tenaga diberikan untuk jamaah dan kerajaan selama ini, beliau wajar banyak berehat.

Namun beliau sering menyebut dua nama yang seangkatan dengan beliau apabila mengenangkan kesihatannya. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew. Kedua-duanya lebih tua dari beliau namun masih aktif dan sihat sedangkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital.

Saya membuat temujanji untuk mewawancara beliau pada jam 11.30 pagi 19 Ogos di JKR 10, Kota Bharu. Ketika itu, pihak yang menjaga beliau penuh yakin, ia boleh diadakan.

Di Kuala Lumpur, saya telah memberitahu pihak pengurusan The Malaysian Insider, ia bukan satu yang pasti memandangkan status kesihatan Tok Guru yang sangat disayangi ramai itu.

Selepas tidak boleh bertemu di JKR 10, saya ke HUSM petang itu juga untuk melihat sendiri keadaan beliau. Ketika itu anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anggota Parlimen Pasir Mas baru sampai dari Kuala Lumpur. Seorang doktor pakar ketika itu sedang memeriksa beliau.

"Ayah ok. Cuma dia perlu rehat," kata Nik Abduh."Tadi ayah bercakap dengan saya dan meminta membuat kenyataan mengenai Mesir," tambah Nik Abduh sambil membaca catatan kenyataan dari Nik Aziz itu yang sangat tidak berpuashati dengan regim tentera yang merampas kuasa dan seterusnya membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Beliau juga tidak berpuashati dengan pemerintah Arab Saudi yang menyokong tindakan itu.

Doktor yang merawat beliau juga berkata, "Tok Guru ok. Insya Allah esok boleh kalau dia nak balik. Tetapi lebih baik dia rehat di sini."

Menurut Nik Abduh, di rumah mereka dekat Pulau Melaka orang ramai sentiasa datang untuk bertemu ayahnya walaupun sudah tidak menjadi MB lagi.

"Kami telah memberitahu mereka supaya datang waktu solat lima waktu. Kalau ayah turun solat, bermakna dia sihatlah," beritahu Nik Abduh. Sebab itu, orang ramai memenuhi masjid itu setiap kali solat waktu terutama waktu Subuh.

Di wad HUSM, Datin Tuan Sabariah, isteri Nik Aziz sentiasa berada di sisi beliau. Ibu yang melahirkan 10 orang anak yang hebat ini seorang pendiam dan tidak berminat langsung untuk ditemubual oleh media.

Menurut salah seorang anak beliau, Nik Aziz akan bangun secara automatik apabila terdengar bunyi azan.

"Bila Tok Guru boleh bangun bila dengar bunyi azan itu melambangkan minda dia sihat dan cergas," kata doktor yang merawatnya.

"Satu lagi saya nampak beliau akan bersemangat dan matanya terbuka luas kalau bercakap hal semasa dan politik," kata beliau sambil tersenyum.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi kami datang ke HUSM untuk mengintai peluang untuk bertemu dan berbual dengan tokoh politik yang telah meletakkan kedudukan yang tinggi dalam bechmark politik Malaysia ini.

Wartawan Elizabeth Zachariah dan jurugambar Afif Abd. Halim tidak berpuashati selagi tidak dapat bertemu Nik Aziz kerana itulah tugasan mereka ke Kota Bharu.

Dengan ditemani seorang rakan dari Kota Bharu, kami memasuki wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM itu. Kali ini, anak dan menantu serta cucu beliau dari Kuala Lumpur juga ada di dalam wad.

Nik Aziz sedang lena tidur. Abang Ya (bekas pengawal peribadinya yang disebut Nik Aziz) turut berada di wad.

Kami masuk ke dalam wad dan melihat beliau tidur lena. Saya mengusap lengannya (sebagaimana diajar Abang Ya) namun beliau terus lena. Elizabeth dan Afif melihat. Namun Afif tidak sampai hati untuk mengambil gambar insan hebat yang sedang tidur ini.

Selepas kira-kira 10 minit merenung Tok Guru yang sedang tidur ini, kami beredar dari wad itu sambil bersalam dengan anak menantunya.

Tok Guru, berehatlah.

Anda telah menyumbang lebih 60 tahun hayat mu untuk agama, bangsa dan negara mu. Anda telah meletakkan satu mercu tanda tersendiri untuk ahli politik di negara ini.

Kami yakin, tidak ada yang dapat memecahkan rekod kehebatan mu. Pengganti mu, Datuk Ahmad Yakub telah membuat sesuatu yang betul apabila menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru' untuk menghayati ilmu yang kamu berikan.

Benar kata beliau, ulama ramai di dunia ini. Tetapi ulama yang bersama jamaah dan membuktikan mereka layak untuk mentadbir negara tidak ramai. Ulama yang membuktikan mereka juga layak membuat tadbir urus yang baik untuk sebuah kerajaan.

Selamat berehat Tok Guru ku sayang.

Zulkifli Sulong - 22 Ogos 2013.
*Zulkifli adalah bekas Ketua Pengarang Harakah, Harakahdaily dan Siasah. Selepas 26 tahun bersama kumpulan Harakah, beliau kini bersama pasukan The Malaysian Insider sebagai Pengarang Analisis dan Rencana.

Baca Seterusnya »

GAMIS&SIGMA - Siasat video Sembang Rakyat tentang hudud

0 comments
Kuala Lumpur, 10 Dis: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mendesak agar siasatan segera dijalankan terhadap penyebaran video Sembang Rakyat di laman sosial facebook dan youtube

Video tersebut yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud' dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.

Sehubungan dengan itu, GAMIS telah membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung isu ini. GAMIS memohon pihak berkuasa terutama polis dan Kementerian Penerangan dan Komunikasi, menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya. 

GAMIS juga mendesak agar semua krew penerbitan video ini termasuk pengarah dan pelakon yang terlibat memohon maaf secara terbuka terutama kepada seluruh umat Islam kerana penyiaran dan penyebaran video ini menyentuh sensitiviti umat islam. 

Presiden GAMIS, Saudara Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, "Apa yang menjadi perhatian GAMIS berhubung isu ini adalah pertikaian soal perlaksanaan hukum hudud. Bagi peringkat mahasiswa, kami tidak peduli soal pertembungan parti politik dalam video ini, tetapi yang kami rasa tercabar ialah penghinaan terhadap hukum Islam tersebut. Lakonan mereka jelas menunjukkan penyelewengan tentang kefahaman hukum hudud dan yang lebih merisaukan ialah ia akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.”

“GAMIS mendesak agar pihak polis menyiasat penerbit, pelakon dan penyebar video ini, dan pihak kami juga mendesak Kementerian Penerangan dan Komunikasi mengambil tindakan serius berhubung isu ini. Selain itu, GAMIS memohon agar pihak JAKIM selaku pihak yang berautoriti memberi penjelasan sebenar berkaitan hukum hudud.”

Manakala Pengerusi Serikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA), Saudari Rohayu Rusli berkata, "GAMIS dan SIGMA menggesa NGO-NGO Islam yang serius memperjuangkan isu aqidah untuk turut sama menyatakan pendirian berhubung isu ini.

GAMIS juga menyatakan kesediaan untuk menjadi koordinator bagi menerangkan isu ini, serta merancang tindakan susulan untuk membawa isu ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Media.

Sumber  :www.mygamis.net

Baca Seterusnya »

Katak2 di Pohon Rawa, Bunut Susu...

0 comments
Zahrain menyampaikan 'pidato'nya agak lewat pada jam 10.15... kerana menunggu hadirin memenuhkan kerusi yang disediakan




Hadirin pakat memenuhkan kerusi .... tak nampak? cam nak mati....
Zul katak tiba pada jam 11.00 malam agak lewat sedikit kerana tersesat... maklum la... Dataran Tok Him takde dalam GPS apa tah lagi Google maps.
Hadirin semakin ramai memenuhi kerusi.... tak nampak gak...? sah memang nak mati le korg nie...


Kawasan yang ade orang iaitu di bawah anjung halaman rumah tersebut...
Tak berganjak... kerusi la...wakakakaka
Jam 11.50 malam.. para hadirin maih tidak berganjak dari kerusi plastik.... memang satu program yg berjaya... toBrahim katak terus tak muncul2 .... sebab pengalaman sebelum nie kat ini jgk tapi sebelum isytihar Dataran Diri endiri... xde org nak dengar ceramah dia...tue yg import 2 ekor katak dari kedah ngan Penang... tapi still xde orang... apa pun tahniahkan sebab promosi memang hebat... hampir 50 banner dan lebih 50k poster diedarkan di seluruh Pasir Mas....wakakakakaka dppwm

Baca Seterusnya »

1Malaysia lawan 1Melayu

0 comments
1Melayu jejaskan 1Malaysia, kata Rafidah Aziz

Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berharap orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini.

Beliau berkata 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini.

"Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Rafidah diminta mengulas saranan bahawa Umno perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Hassan.

Dalam pada itu, Rafidah berkata Wanita Umno perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat.

"Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya.

Beliau berkata walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan.--Bernama

Baca Seterusnya »

suruhanjaya penipu rakyat !!!

0 comments

Hari ni SAH memang SPR 'sayang' UMNO. SPR dan UMNO tak dapat dipisahkan, mereka saling memerlukan antara satu sama lain "KOTA SAMARAHAN, 6 Mac: Bantahan PAS yang mendakwa calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangan Pilihan Raya Negeri pada 2006 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penolakan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu satu di antara PAS dan BN-PBB di N15 Dun Muara Tuang.

PAS meletakkan calon wanita, Noraini Hamzah (gambar) manakala BN-PBB diwakili Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

Pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi setelah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.

Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.

"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga berkata, situasi yang berlaku ini menggambarkan SPR tidak membuat persiapan rapi untuk menerima sebarang kemungkinan.

"Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR. Sepatutnya mereka telah membuat persediaan awal.

"Kalau kelemahan ini pun ketara apatah lagi pengurusan pilihan raya yang lain. SPR harus beri tumpuan kepada dokumentasi dan persoalan yang lebih bersifat demokratik dalam proses pilihan raya," katanya.

Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad Ali menyerahkan borangnya pada jam 9.25 pagi.

Perarakan calon bermula dari Masjid At-Takwa kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon.

Selain Mhfuz, turut mengiringi calon pagi tadi ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak dan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Husain dan Mohammad Nor serta beberapa pimpinan lain.

Kira-kira tiga ratus penyokong menyertai perarakan dan berkumpul di luar pusat penamaan sehingga selesai proses penamaan. (sumber harakahdaily.net)

Baca Seterusnya »

TERKINI!! PECAH BERITA!! PAS MENANG DI N 15 MUARA TUANG!!

0 comments
TERKINI!!

PECAH BERITA!!

Calon PAS bagi kerusi N 15 DUN Muara Tuang diisytiharkan menang tanpa bertanding setelah adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud gagal menyerahkan butiran perbelanjaan pilihanraya pada 2006 lalu.

Normala Hamzah menang tanpa bertanding sebentar tadi menurut Twitter Jonson Chong di bawah:

Congrats to #Pas for winning Muara Tuang N15 uncontested 'cos the BN candidate did not submit 2006 election returns.

Dan ini pula Twitter Timbalan Setiausaha PKR Sharifah Shahidah:

Tahniah calon PAS N15 Muara Tuang Noraini Hamzah menang tanpa bertanding lwn adik Taib Mahmud yg tak htr last election's financial stmt.

BERITA LAIN(PAUTAN LAIN)

 
N.15 Muara Tualang ? Caturan terkini, calon BN bakal menjadi 'lebai malang'. PAS kemungkinan besar menang tanpa bertanding? Keresahan lebih 3 ribu penyokong BN di pusat penamaan calon di sini semakin cemas. Bakal calon mereka yang mahu bertanding, kisahnya mempunyai masalah kerana tidak menyerahkan dokumen perbelanjaannya penyata kewangannya pada pilihanraya yang ditandinginya lewat tahun 2006 yg lalu.

Isunya samada calon lebai malang itu tidak bawa dokumen tersebut ke pusat penamaan calon hari ini, atau dia memang tak buat langsung dokumen itu dan menyerahkannya ke pihak berkuasa tempatan. berita lanjut akan menyusul..

SPR Menyokong BN di DUN Muara Tuang (N15)

Maklumat terbaru Tulang Besi dapat terus dari N15 Muara Tuang, pegawai SPR masih tidak mahu mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS di situ.

Calon BN, Ali Taib Mahmud tidak menyertakan laporan kewangan sewaktu menyerahkan Borang Pencalonan beliau. Mengikut undang-undang SPR sendiri, Borang pencalonan Ali Taib Mahmud itu secara otomatik dikira tidak sah.

Namun, pegawai SPR masih lagi teragak-agak untuk mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS. Sudah pukul 0115 petang, namun SPR masih lagi belum membuat pengisytiharan.

Ini satu perkara yang memalukan kerana jelas menunjukkan SPR adalah parti komponen Barisan Nasional

Baca Seterusnya »

Hampir 10,000 solat hajat tolak fitnah jahat

0 comments

SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.
Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.
Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat  termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Baca Seterusnya »

LIVE dari stadium malawati, selangor - Tok Guru+DSAI+TGHH

0 comments


dibawakan oleh blog warta365

Baca Seterusnya »

DrMAZA:Adakan Perhimpunan Anti Politik Lucah

0 comments
Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut;

1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain.

2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan.

3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri.

5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran.

- Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Baca Seterusnya »

DrMAZA:VIDEO LUCAH DAN DOSA POLITIK

0 comments
Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Baca Seterusnya »