ULASAN:Hidup dalam buangan

Sepanjang berada di UTM, tiga kolej pernah saya duduki. Yang paling lama ialah KRP, hampir genap 4 tahun. Semalam saya menerima surat arahan buang kolej dari Pengetua kolej, tetapi ditulis sebagai 'arahan pindah kolej'. Surat itu sebenarnya dikeluarkan pada tarikh 24 Februari [UTM.J.06.07.01/10.16/121d2 (109)], tetapi diserahkan kepada saya sebelum pejabat ditutup pada 25 Februari.

Dalam surat itu tertulis, saya mesti mengosongkan bilik G32-208B pada 27 Februari (Ahad - cuti). Jika tidak berbuat demikian, barang saya akan dikeluarkan dari bilik pada 28 Februari.

Seorang rakan melaporkan kepada saya, pada petang Jumaat (25 Februari) Pengetua kolej itu keluar bersama keluarga menuju ke PLUS, pergi bercuti agaknya. Beliau serahkan surat itu pada petang Jumaat, dan meminta saya mengosongkan bilik pada hari Ahad. Ini taktik ingin menyusahkan mahasiswa, kerana pejabat tidak dibuka pada hari cuti untuk saya memohon ke kolej lain. Ini saya sebut sebagai tahap siasah budak-budak.

Menggunakan perkataan 'pindah' dan tidak guna perkataan 'buang' adalah salah satu kaedah psikologi dalam penulisan. Maksudnya sama iaitu saya perlu keluar dari bilik ini. Mungkin bagi beliau ia satu kaedah licik untuk memanipulasi bahasa. Cuma yang menghairankan, beliau tidak nyatakan pula ke kolej mana yang saya patut berpindah.

Antara ayat beliau yang paling menarik perhatian saya ialah, 'tiada gunanya saya memberikan kemudahan dan keistimewaan kepada saudara untuk terus menetap di Kolej Rahman Putra kerana saudara tidak dapat bersama saya dalam memperjuangkan...'. Ini prinsip yang dipegang oleh Umno Kelantan untuk tidak memberi royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah oleh Pas. Sama, bukan?

Setakat ini, saya tidak berhasrat untuk keluar dari bilik ini sehingga mendapat jawapan kepada soalan-soalan di bawah.

Petikan perenggan 1:

'dalam banyak hal saudara tidak dapat bekerjasama dengan saya.'

1. Apakah hal-hal yang beliau maksudkan, seperti yang ditulis di atas. Saya berbakti kepada kolej dalam banyak hal termasuk menjadi Majlis Tertinggi JKM 2007/2008, Exco MPMUTM 2008/2009 termasuk menjadi balaci Ketua Jentera Evolusi KRP 2009/2010. Adakah ini yang dimaksudkan 'tidak dapat bekerjasama'?

2008 | Semasa menjadi Ketua Pengarah Sub-Program Fiestra (antara projek terbesar KRP) bersama Hadi (sekarang Pembantu Felo KDOJ). Ini antara program yang melonjak naik nama Pengetua kolej kerana dirasmikan oleh ADUN Nusajaya.


Petikan perenggan 3:

'...saudara tidak dapat bersama saya dalam memperjuangkan dasar, aspirasi, cita-cita dan hasrat kolej dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan berketerampilan...'

2. Apakah yang dimaksudkan dengan 'dasar, aspirasi, cita-cita dan hasrat kolej'?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan 'mahasiswa yang holistik dan berketerampilan'?

4. Adakah saya dibuang kolej atau dipindahkan kolej?

5. Adakah saya dibuang (atau dipindahkan) kolej kerana saya bersama Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus tahun ini?

6. Adakah pengetua menyokong Evolusi?

7. Adakah Evolusi ialah balaci pengetua, yang bertujuan untuk memberi imej kepada awam bahawa sesebuah universiti masih dikuasai oleh mahasiswa yang pro kerajaan dan memberi political mileage kepada parti pemerintah? (ya, penyokong Evolusi yang syok sendiri boleh menafikan soalan ini)

Saya sudah lama mengikuti perkembangan pengetua seorang ini. Siapa tidak ingat, pada 2008 sekumpulan mahasiswa KRP dihantar secara paksa ke Jeli untuk membantu Umno di sana? Saya masih menyimpan catatan feedback mereka yang pergi ke sana, termasuk ada yang dihalau oleh tuan rumah yang menyokong Pas.

Nota kaki : Pengetua kalau mahu sokong dan ampu Umno, boleh. Tapi jangan sampai terlebih emosi sampai nak solat hajat di surau pun kena halang.

*senyum*

dipetik dari blog http://notakaki11.blogspot.com/

Cerita ni sama dengan kisah aku semasa sem 3..begini kah perangai puak2 evolusi..bangang punya evolusi



0 comments:

Tanaman Herba

Pada masa kini, pokok herba sangat dikenali dan diperlukan oleh masyarakat kita di Malaysia mahupun luar negara. Sememangnya kehadiran pokok herba tidak diketahui sangat oleh masyarakat sebelum ia dikenali seperti sekarang. Mereka tidak menyedari bahawa semak samun yang tumbuh disekitar kawasan rumah mereka itu mengandungi pokok herba yang boleh dijadikan ubatan dan bahan makanan yang baik untuk kesihatan. Ini dapat diyakin dengan Firman Allah S.W.T maksudnya““dan ingatlah satu bukti lagi,engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Pokok herba adalah tumbuhan yang di katogerikan pokok renek berbatang lembut mahupun keras dan mengandungi banyak air. Pokok herba ini biasanya dijadikan oleh orang-orang asli sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. Ulam juga dikategorikan sebagai pokok herba yang banyak berkhasiat. Selain dijadikan makanan, pokok herba juga ada yang tidak boleh dimakan secara langsung tetapi digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak mahupun sebagai tampalan di tempat sakit (batang, daun dan akar). Penggunaan pokok herba sekarang sangat meluas untuk manfaat kesihatan, kecantikan dan dijadikan tamanan hiasan di kawasan perkarangan rumah, pejabat dan kawasan-kawasan lanskap majlis perbandaran.


Selain itu, pokok herba juga boleh dijadikan tanaman lanskap. Ini bermula dengan ia dijadikan sebagai kebun herba di belakang rumah untuk kegunaan harian sehinggalah ia dikomersialkan dan dijadikan lanskap dibandar-bandar mahupun di taman. Kebiasanya tanaman herba yang ditanam di bandar mesti mempunyai nilai estetik yang cantik dan menarik. Bagi menceriakan lagi sesebuah lanskap, tumbuhan yang berbunga dan mempunyai nilai kesenian digunakan bersama pokok herba untuk menampakkan kecerian, identiti sesebuah bandar dan menunjukkan sumber semulajadi yang di anugerah oleh Allah Swt . faktor yang perlu dipertimbangkan untuk mewujudkan taman herba (lanskap) adalah bergantung kepada kegunaan dan kesesuaian jenis pokok mengikut keperluan seseoerang mahupun kawasan yang akan bina.

Kebaikan pokok herba adalah baik untuk lelaki mahupun perempuan. Bagi kebanyakan kaum hawa, mereka gemarkan pengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Jamu ialah ubat tradisional yang digunakan oleh orang terdahulu untuk mengubati penyakit mahupun menyihatkan dan menguatkan badan bagi kaum wanita. Biasanya bahan jamu ini didapati dari bahan-bahan asli seperti tumbuh-tumbuhan, daun-daun, akar kayu, buahan dan bunga-bungaan yang mengandungi kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Walaupun perubatan moden begitu luas digunakan dan dikembangkan, keberkesanan jamu herba masih lagi digunakan oleh pengamal perubatan yang setia pada jamu. Disamping itu juga, tanaman herba juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita semua jika kita semua salah mengunakannya. Contohnyer, pokok herba ketum yang sepatutnya dijadikan untuk perubatan disalahguna oleh sesetengah manusia untuk melepaskan gian penagih dadah.

Tidak syak lagi bahawa tumbuhan herba adalah rahmat Allah swt yang tidak ternilai kepada manusia bukan sahaja sebagai bahan makan, bahkan untuk kegunaan pelbagai aspek kehidupan manusia. Termasuklah aspek perubatan, menyembuh dan membasmi pelbagai penyakit. Apa yang penting adalah kesedaran kita semua untuk menyedari bahawa setiap tumbuhan yang dicipta oleh Allah swt ada kegunaan masing-masing. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa peka terhadap sekeliling kita termasuklah tumbuhan herba mahupun tumbuhan lain. Bagi mensyukuri nikmat yang Allah swt bagi, kita hendaklah menjaga dan menjadikan pokok herba dan tumbuhan lain sebagai hisan dirumah mahupun di taman-taman kediaman.



2 comments:

Refleksi Perkahwinan dan kekeluargaan

Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting di
dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran,
emosi dan juga tingkahlaku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejak
peringkat bayi lagi. Pembentukan moral anak-anak diperolehi melalui peniruan dan boleh
juga dipelajari secara formal atau tidak formal.

Setiap keluarga bermula daripada perkahwinan yang sah diantara lelaki dan perempuan.Setiap keluarga juga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan melalui peranan yang diharapkan daripada ahli-ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih sayang, sifat hormat-menghormati,bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumah dan sebagainya). Oleh itu, institusi keluarga adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat rohani dan jasmaninya, lagi berilmu dan bermoral.

Pada masa yang sama, poligami juga boleh mendatangakan keruntuhan dan kebaikan dalam kekeluargaan. Kita lihat di media massa, poligami adalah satu hal yang sentiasa mendatangkan masalah. Setiap masa kita dipaparkan melalui akhbar ataupun televisyen yang ramai pasangan berpoligami menghadapi masalah rumahtangga terutamanya dari segi perbalahan antara madu. Bukan poligami yang bermasalah, orang yang berpoligami yang bermasalah. Allah SWT tidak menghalalkan sesuatu yang memudharatkan manusia. Yang disebabkan masalah yang dibuat oleh segelintir orang yang mempraktikkan poligami, maka kita secara borong mengatakan bahawa poligami membawa masalah. Setiap hari kita mendengar orang mati disebabkan oleh kemalangan ketika menaiki kereta, saya tidak pernah mendengar orang menuduh kemalangan itu disebabkan oleh kereta yang dinaiki. Saban hari masalah yang kita baca di dada akhbar tentang poligami adalah datangnya dari orang yang mengamalkan poligami dan bukannya poligami itu sendiri. ramai orang yang mengamalkan poligami berada dalam keada bahagia tetapi tidak diwar-warkan oleh media massa.

Bagi saya, tanggungjawab setelah berpoligami adalah sangat besar. Jika kita sudah merasa sukar untuk menguruskan satu keluarga, bayangkan kesukarannya dikali 2 apabila berkahwin seorang lain. Di sini saya akan senaraikan beberapa sahaja tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang lelaki apabila berpoligami supaya kita berfikir panjang untuk perpoligami.

Nafkah perlu diberikan kepada 2 keluarga dan bukannya satu jika berkahwin dua. Sesiapa yang berpendapatan rendah wajib berfikir 10 kali sebelum menggatal untuk berpoligami. Saya pernah berjumpa dengan seorang yang telah berpoligami tetapi memiliki masalah kewangan yang sangat rumit. Tambah merumitkan keadaan apabila kedua-dua isterinya bergantung harap kepada pendapat suami mereka sahaja. Dia terpaksa berhutang sana sini, kereta ditarik, dan terpaksa lompat dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain. Sebaliknya saya juga ada berjumpa seorang lelaki yang sangat kaya raya tetapi terhalang untuk berpoligami kerana tentangan keluarga.

Pastikan anda seorang yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh sebelum walaupun hanya untuk berangan-angan untuk berpoligami. Walaupun saya akan bercakap tentang kahwin misyar (tempat tinggal dan nafkah diuruskan oleh isteri) sebagai sebagai penyelesaian tentang hal ini, kahwin misyar tidak sepatutnya dijadikan jalan penyelesaian terakhir untuk berpoligami. Ia hanya akan merendahkan martabat seorang suami. Ia sepatutnya hanya digunakan apabila keperluan mendesak dan bukannya sebagai satu jalan pintas untuk berpoligami.

Tanggungjawab keluarga dari segi pendidikan, keselamatan dan kasih sayang perlu diberikan secara penuh dan adil. Tanggungjawab ini bukan sahaja untuk isteri-isteri tetapi juga kepada anak-anak hasil dari perkahwinan dengan isteri-isteri tersebut. Biasanya bila berpoligami, jumlah anak yang diperolehi juga berganda. Bayangkan saudara menjadi suami dan ayah yang menguruskan dua keluarga besar. Giliran bermalam juga perlu adil. dan ini adalah hal yang agak menyukarkan. Bayangkan kita setiap masa perlu memikirkan untuk tidur di rumah yang mana. Ini berlangsung selagi perkahwinan itu wujud, walaupun dibenarkan kita untuk singgah di rumah setiap isteri pada setiap hari, tempat tidur mestilah dilakukan dengan giliran yang adil. jika setiap rumah berdekatan tidak mengapa. Tapi jika kedua rumah adalah berjauhan, bagaimana? mula-mula memang merasa nikmat berpoligami kerana dapat berkahwin dengan orang yang kita minat, tetapi lama-kelamaan dengan tanggungjawab yang berganda, adakah nikmat itu berkekalan? maksud saya di sini ialah berpoligami untuk mengejar wanita cantik tidak akan berkesudahan dan akan mendatangkan masalah kepada kita di kemudian hari.

Apabila kita membawa satu keluarga berjalan-jalan di hujung minggu, kita juga perlu memikirkan untuk membawa satu keluarga yang lain pergi berjalan-jalan. Jika kita membelikan pakaian hari raya untuk satu keluarga, kita juga perlu memikirkan untuk membelikan pakaian raya kepada satu kelauraga lagi. Jika kita balik kampung bersama satu keluarga, kita perlu memikirkan untuk balik kampung dengan keluarga yang satu lagi. Kesimpulannya ialah semua perkara yang kita lakukan perlulah difikirkan untuk memastikan kedua-dua buah keluarga mendapat layanan yang sama adil.

Ramai yang berfikir yg paling ideal ialah seorang suami berkahwin dgn seorang isteri tetapi perlu diingat kita tidak berada di dunia yg ideal. Kita berada di dunia praktikal/sebenar. Dan dunia sebenar tidak berlaku seperti keluarga adam dan hawa yg mana mereka melahirkan anak kembar 2 lelaki dan perempuan dan di nikahkah secara bersilang. Dunia sekarang tidak seideal itu. Kaedah usul fiqh 'hukum berdasarkan suasana' mesti digunakan dalam hal ini.

Dalam konteks kekeluargaan ini sudah cukup untuk menggambarkan kepada kita betapa bernas idea yang beliau utarakan. Institusi kekeluargaan yang mempunyai capaian yang luas dan banyak bersangkut kait dengan sektor-sektor lain dalam kehidupan ini perlu diberi ruang yang selayaknya. Dengan kata lain kegagalan dalam sistem pengurusan rumah tangga seperti tidak mengikut garis panduan Al Quran turut akan menyumbang kepada kerosakan sistem – sistem lain seperti kemasyarakatan dan negara. malahan turut mencorak landskap dunia secara keseluruhannya. Kerana ia adalah marhalah kedua penting selepas pembentukan syakhsiyyah muslim sebelum masuk ke marhalah-marhalah seterusnya.

0 comments:

Pilihanraya kampus, janganlah serius sangat prof!

Pilihanraya kampus, janganlah serius sangat prof!
Terus terang saya katakan, walaupun saya sudah hampir 30 tahun bekerja dalam universiti tetapi tidak pernah ambil pot pun tentang politik pelajar dan pilihanraya kampus. Sekadar untuk memenuhi entri blog saya ini, saya rasa terpanggil juga hendak memberi sedikit ulasan dan komen berkaitan dengannya.

Sejak zaman saya belajar di universiti lagi (tahun 1978) hinggalah sekarang, saya dapat melihat sikap pegawai-pegawai yang mengendali pilihanraya di universiti atau kampus di Negara kita masih tidak banyak berubah.

Mereka kelihatan bersikap berpihak kepada pemimpin pelajar yang menyokong parti pemerintah. Mungkin pegawai-pegawai yang berada di jawatan tinggi di universiti ini sangat bergantung kepada sokongan mereka kepada parti pemerintah maka mereka rasa terhutang budi dan sebagai balasan mereka akan pastikan pemimpin pelajar yang menyokong parti pemerintah sahaja yang akan menang dalam pilihanraya kampus.
Kadang-kadang mereka terlalu berkepentingan dan sikap mereka dilihat lebih teruk lagi dari SPR yang mengendalikan pilihanraya Negara kita.


Relax lah prof! Janganlah ambil serius sangat. Nanti prof juga yang tak boleh tidur malam, tekanan darah naik dan dapat serangan jantung. Ini bukan pilihanraya yang akan menentukan siapa nak jadi Perdana Menteri Malaysia, ia hanyalah hendak memilih pemimpin pelajar di universiti atau kampus saja. Malah bukan hendak menentukan siapa yang hendak menjadi Naib Canselor pun.



Selama ini saya sendiri pun tidak pernah tahu dan tidak pernah ambil tahu, pemimpin pelajar yang menyokong parti politik mana yang menang. Apatah lagi orang-orang luar sana, terutamanya orang-orang kampung, kalau tak percaya tanyalah kepada pak cik dan mak cik felda sana, siapa nama pemimpin pelajar yang menang pilihanraya kampus baru-baru ini. Kalau mereka boleh jawab, memang patut kita risau.

Saya lebih suka kalau pilihanraya kampus ini dilihat dari sudut akademik. Pelajar-pelajar dipamirkan dengan amalan demokrasi yang sebenar.

Tidak banyak pelajar belajar tentang demokrasi jika kita bawa corak amalan demokrasi Negara ke dalam kampus. Nanti pelajar tidak akan dapat membezakan demokrasi yang Negara kita amalkan dengan demokrasi sebenar. Akhirnya bila mereka keluar universiti, mereka akan meneruskan amalan seperti yang sedia ada, kerana kepada mereka itulah amalan demokrasi sebenar.

Berbanding orang-orang seperti saya, yang pernah tinggal di Britain walaupun untuk masa setahun, dapat merasa dan mengalami amalan demokrasi yang sangat jauh berbeza dari yang kita amalkan di Malaysia. Walaupun demokrasi yang Negara kita amalkan terlalu banyak ‘tempangnya’ tetapi masih juga kita mahu katakan ia sebagai demokrasi.

Amalan demokrasi yang kita amalkan sekarang ini sudah terlalu jauh menyimpang dari lunas-lunas dan rukun-rukunnya, dan telah menjadi sebati kepada ahli-ahli politik Negara kita, sangat sukar untuk diubah.

Sesuai sebagai pusat akademik, tempat berlakunya proses belajar dan pembelajaran, mungkin di kampus atau di universiti adalah tempat yang sangat sesuai kalau kita pamirkan amalan demokrasi yang sebenar kepada pelajar. Oleh itu bila mereka keluar dari universiti nanti, kalau pun mereka ingin melibatkan diri dengan politik, mereka telah dilengkapkan untuk menjadi ahli politik yang penuh rasa tanggungjawab, bukan sekadar menjadi ‘beruk-beruk’ politik.

Dengan itu saya menggesa supaya dihidupkan amalan demokrasi yang sebenar di kampus. Beri pelajar kebebasan bersuara dan kebebasan memberi pendapat. Beri ruang yang secukupnya untuk mereka berhujah dan meyerlahkan bakat kepimpinan mereka. Hapuskan permit-permit dan peraturan yang berat sebelah. Pihak pengurus universiti dan pihak pengendali pilihanraya kampus mestilah sentiasa mempamirkan sikap telus, adil dan bebas.

Mungkin terlalu besar risikonya kalau kita mengambil pendekatan revolusi seperti yang berlaku di Mesir, Libya dan Bahrain untuk mengubah senerio politik Negara kita. Saya rasa, langkah yang lebih baik dan selamat, kita harus memulakan perubahan itu secara evolusi dari sekarang, dan tempat yang paling sesuai untuk kita memulakannya ialah di universiti atau kampus.


0 comments: