• CIKGU SMK PANTAI REMIS

    Kenangan bersama cikgu-cikgu SMK Pantai Remis sesi 2015...

  • SPH UTM

    Kenangan bersama kawan-kawan SPH UTM Batch 2013...

  • Raya 2012

    Kenangan semua keluarga ada...

  • Perhimpunan Keluarga Al-Jambuli

    Kenangan sambutan Hari Keluarga Al-Jambuli kali ke 18 pada Hari Raya Haji Ke 2 ...

  • 5 Akuan

    Kenangan Bersama kawan-kawan 5 Akaun 2003 SMK Bunut Susu, Pasir Mas..

  • PERKAHWINAN

    Hari paling berbahagia bersama isteri pada 20 september 2015

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Piala FA Milik Siapa?

0 comments
KUALA LUMPUR – Ketika Kelantan berkeras bahawa kemenangan 3-0 dalam saingan Liga Super, Isnin lalu bukan sekadar nasib, Terengganu pula menegaskan, perlawanan akhir Piala FA malam ini adalah cerita baru dan kekalahan enam hari lalu sama sekali tidak akan berulang.
Kapten Terengganu, Marzuki Yusof menegaskan, keputusan di Kuala Terengganu itu tidak boleh diambil kira apabila pasukannya melayani skuad Kijang sekali lagi, kali ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Malah tegasnya lagi, skuad Penyu telah memperbaiki segala kelemahan yang membawa kepada kekalahan tempoh hari, malah beliau percaya, situasi Piala FA dan Liga Super jauh berbeza.
Namun bagi ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi, kemenangan Isnin lalu bukan kerana nasib, disebabkan lawan tidak dapat menurunkan tonggak utama, sebaliknya mereka terbukti pasukan yang lebih baik.
Pertembungan akhir klasik antara dua negeri berjiran itu amat dinantikan penyokong fanatik mereka kerana ini merupakan kali pertama Kelantan dan Terengganu bertemu dalam mana-mana perlawanan akhir.
“Saya tidak menganggap kemenangan ke atas Terengganu sebelum ini sekadar nasib kerana mereka tidak dapat menurunkan Ashaari (Shamsuddin). Kami akan membuktikan Kelantan adalah yang terbaik pada perlawanan akhir .
“Saya berpesan kepada rakan-rakan agar mengekang asakan rangkaian serangan Terengganu, terutama dengan kepulangan semula Ashaari,” kata Badhri.
Menurut Badhri, yang turut dikenali sebagai Piya, dia mahu membantu pasukannya menjulang piala yang diperkenalkan pada 1990 buat pertama kali sekali gus memadam kekecewaan final 2009 tewas kepada Selangor.
Sementara Marzuki pula optimis Terengganu mampu membawa kejuaraan, meskipun sedar pasukannya tidak memiliki kelebihan psikologi ekoran kekalahan buruk, Isnin lalu.
“Kami banyak buat kesilapan pada perlawanan itu tetapi esok (hari ini) kami tidak boleh mengulanginya dan harus memperbaiki segala kelemahan.
“Ini adalah penampilan kedua saya dalam final Piala FA, kali pertama ketika bertemu Perak pada 2004 tetapi ketika itu kami tewas 0-3, saya tidak mahu sejarah berulang lagi,” katanya.  
dipetik dari kelate.net

Baca Seterusnya »

VIDEO-Amukan Kelantan!!! 5-1, Selangor mangsa

1 comments

KELANTAN boleh dikatakan sudah hampir pasti layak ke final Piala FA setelah membelasah teruk Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam malam tadi.
Dua jaringan Ramzul Zahini Adenan serta satu gol menerusi kapten, Badhri Radzi, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha memastikan bekalan selesa Kelantan untuk separuh akhir kedua di Kota Bharu, Isnin ini.
Di hadapan 10,000 penyokong Selangor dan 20,000 penyokong Kelantan, pasukan pelawat tidak perlu menunggu lama untuk gol pertama pada minit ke-10 apabila Ramzul menolak masuk bola muntah selepas dua percubaan awal Nurul Azwan dan Norshahrul gagal ditangkap kemas penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar.
Kelantan terus garang apabila berjaya menambah gol kedua juga menerusi Ramzul yang pantas menyambut hantaran Norshahrul hasil sepakan percuma Badhri pada minit ke-40.
Tiga minit kemudian, Kelantan mendapat gol ketiga menerusi Ba- dhri yang mudah menolak masuk bola hantaran Nurul Azwan dari sebelah kiri.
Pada babak kedua, Kelantan memasukkan Khalid Jamlus bagi menggantikan Ramzul yang cedera pada minit ke-54 dan seminit kemudian, Selangor melakukan dua pertukaran serentak memasukkan Rudie Ramli dan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Fadzli Saari dan Hardi Jaafar.
Namun kegarangan Kelantan sukar dibendung apabila mereka berjaya menambah gol keempat menerusi penyudah Nurul Azwan hasil serangan balas pada minit ke-67.
Gol kelima pula menyusul pada minit ke-71 selepas Norshahrul tenang menyudahkan lorongan Khalid.
Jurulatih Selangor, K. Devan akhirnya mengeluarkan Saiful Amar dan memasukkan penjaga gol simpanan, Iqbal Suhaimi pada minit ke-74 bagi mengelakkan gawang mereka terus dibolosi.
Rekod cemerlang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gawangnya tidak dibolosi sepanjang lima perlawanan berturut-turut musnah apabila Amri Yahyah meledak gol tunggal Sela- ngor pada minit ke-90.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir pertama, Terengganu menewaskan Pahang 3-2 di Kuantan.




Baca Seterusnya »

Solat walaupun tengok bola..ALLAHUAKBAR~~~

0 comments
Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.
Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.
b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcRElXIXhyI_AAAAAAAAIN8_SWpGfhw7vG4_06052011957.jpg b_250_200_16777215_0_https___lh3.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcREmDUKOVI_AAAAAAAAIOA_1o_39UsTmHc_06052011958.jpg b_250_200_16777215_0_https___lh4.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcREfaYq0ZI_AAAAAAAAINk_OZiXCh5liTc_06052011951.jpg b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcRElXIXhyI_AAAAAAAAIN8_SWpGfhw7vG4_06052011957.jpgb_250_200_16777215_0_https___lh4.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcREhS5eBFI_AAAAAAAAINs_PuiAVw5i4vg_06052011953.jpg b_250_200_16777215_0_https___lh3.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcREjKCyqOI_AAAAAAAAIN0_0hFkrJ7uUTY_06052011955.jpg
Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.
Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)
Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan).
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.
(QS Asy Syams 91:8).
Khusyuk di dalam solat itu mudah.
Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
(QS: Al-Baqarah
 2:185)

Bola, Bola jugok Akhirat jange di lupo....tak sapa 5 minit pun...smeta jah...
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo



Baca Seterusnya »

Kembali menduduki Liga Super - Kelantan

0 comments
KOTA BHARU – Tampuk pendahulu liga sekali lagi bertukar tangan, setelah Kelantan berjaya mengalahkan Kuala Lumpur 2-0 dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia, kemenangan malam tadi membolehkan The Red Warriors kembali merampas kedudukan dengan menyingkirkan pendahulu liga sebelum ini, Selangor ke tangga kedua menerusi perbezaan jaringan gol setelah kedua-dua pasukan terikat jumlah mata yang sama sehingga perlawanan malam tadi.

Seawal minit kelima, Kelantan mencemaskan pintu gol Kuala Lumpur menerusi rembatan deras Norshahrul Idlan Talaha yang tinggi melewati pintu gol setelah menyambut baik lontaran ke dalam Mohd Daudsu Jamaluddin sebelum itu.

Lima minit kemudian, giliran pasukan pelawat pula mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi serangan balas pantas yang dilakukan Khairul Anuar Safie namun sepakan gunting See Kok Luen pula tidak mengenai sasaran.

Tiga minit kemudian, anak buah Razip Ismail sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi sepakan gunting Khairul Anuar dalam situasi kelam kabut didepan pintu gol Kelantan, namun Khairul Fahmi Che Mat pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan.

Pada m-19, Kelantan seharusnya berada didepan namun S Chanturu mensia-siakan peluang terbaiknya apabila rembatan leretnya tersasar hanya beberapa meter disebelah kiri pintu gol Kuala Lumpur.

Seminit kemudian, penjaga gol pasukan pelawat, Norazlan Razali sekali lagi bekerja keras digawang golnya apabila terpaksa merembahkan badan untuk menyelamatkan rembatan kencang Muhammad Ramzul Zahini Adenan.

Pada m-22, penyerang Kuala Lumpur, Muhammad Shafiq Johari mencuri tumpuan apabila sempat melakukan rembatan kencang dari sebelah kanan pintu gol memaksa Khairul Fahmi melayangkan badan menepis keluar percubaan tersebut.

Pada m-24, Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi menceriakan penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol pertama dalam perlawanan malam tadi. Gerakan solo menariknya dari tengah padang yang memperdayakan tiga pemain pertahanan Kuala Lumpur berakhir dengan rembatan rendahnya tepat menerjah jaring sebelah kiri untuk gol pertama Kelantan.

Separuh masa kedua menyaksikan Kuala Lumpur terlebih dahulu bijak mencuri peluang untuk memburu gol penyamaan apabila rembatan kencang Ahmad Hazwan Bakri pada m-48 nyaris menghasil gol namun Khairul Fahmi sempat melayangkan badan menyelamatkan percubaan tersebut.

Namun pada m-58, Muhd Badhri pula terlepas untuk menjaringkan gol peribadi keduanya apabila percubaannya dari luar kotak penalti dipatahkan Norazlan sekali lagi.

Tiga minit kemudian, penyokong setia Kelantan sekali lagi hampa apabila rembatan Norshahrul Idlan didalam kotak penalti ditepis keluar Norazlan sementara rembatan susulan Mohd Nizab Ayub pula tinggi melewati pintu gol Kuala Lumpur.

Begitu pun, semangat juang pemain muda skuad warga kota itu harus diberi pujian kerana mempamerkan persembahan bertenaga malah dilihat mampu menyaingi kehebatan pemain Kelantan dalam perlawanan malam tadi.

Peluang terbaik mereka hadir pada m-64 menerusi hantaran lintang Fahrul Razi Kamaruddin ke dalam kotak penalti yang menyaksikan ‘dummy’ Ahmad Hazwan membolehkan Khairul Anuar melakukan rembatan namun Khairul Fahmi ternyata cukup bersedia menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi.

Kelantan sekali lagi kempunan untuk menjarakkan kedudukan pada m-73 apabila rembatan Norshahrul Idlan terkena tiang gol. Tindakan susulan Muhd Badhri selepas itu menyaksikan bola disepak keluar pertahanan Kuala Lumpur manakala rembatan susulan terakhir Mohd Izuan Salahuddin tersasar disebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.

Pada m-76, penyerang Kuala Lumpur, See Kok Luen seharusnya menceriakan pasukannya namun rembatannya singgah dipalang gol Kelantan biarpun Khairul Fahmi sudah terkeluar daripada posisinya ketika itu.

Akhirnya, pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Kelantan Ekpres’, S Chanturu menamatkan keresahan penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol kedua pada m-79. Berpunca lorongan cantik Muhd Badhri didalam kotak penalti, Chanturu pantas memanfaatkan peluang tersebut dengan merembat kencang untuk menewaskan Norazlan buat kali kedua.

Penyerang terbilang kebangsaan, Norshahrul Idlan gagal dalam usahanya untuk menambahkan koleksi gol peribadinya apabila percubaannya pada m-84 diselamatkan Norazlan biarpun hanya berhadapan dengan penjaga gawang Kuala Lumpur itu.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (Mohd Farisham Ismail), Zairul Fitree Ishak, Mohd Izuan Salahuddin (Mohd Nurul Azwan Roya), Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Mohd Nizab Ayub) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

KUALA LUMPUR : Norazlan Razali, Fahrul Razi Kamaruddin, Muhd Shahrom Abd Kalam (KP), Farouk Hashim, Muhammad Shafiq Johari, Ahmad Dashila Tajudin, Khairul Anuar Safie (Muhammad Afiq Azmi), See Kok Luen (Mohd Badrul Hisyam Azmi), Mohd Nazrin Mohd Nawi, Ahmad Hazwan Bakri dan Muhd Hazwan Rahman (Mohd Syazmin Firdaus).

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (8) Kuala Lumpur (5)
Percubaan tersasar : Kelantan (8) Kuala Lumpur (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (10) Kuala Lumpur (9)
Sepakan percuma : Kelantan (13) Kuala Lumpur (25)
Offsaid : Kelantan (6) Kuala Lumpur (6)
Kekasaran : Kelantan (18) Kuala Lumpur (6)
Kad kuning : Kuala Lumpur (Muhammad Shafiq Johari)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Kuala Lumpur (45%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1: Zulfikar Abdullah
Penolong Pengadil 2: Rosli Saaban
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Mohd Said
Kommisioner Perlawanan : Ajam Suhud
General Kordinator : Arif Hassan

dipetik dari kelate.net

Baca Seterusnya »

Kelantan berpestal Gol di Kota Bharu

0 comments
Pendahulu LIGA SUPER 2011, Kelantan berpesta gol di stadium sultan muhammed ke – iv kota bharu selepas membelasah pasukan Felda United 6 – 0.

Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke 33″ menerusi pemain tengah Shakir Shaari dengan rembatan jarak 25 meter menewaskan penjaga gol felda united, sepuluh minit kemudian Felda United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas pemain felda mengasari Chanturu dalam kotak penalti dan Shahrul Idlan Talaha tidak mensia siakan penalti tersebut untuk menjaringkan gol peribadinya yang ke – 7 musim ini.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan Kelantan 2 – 0 Felda United.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus menguasai permainan dengan melakukan banyak serangan berbanding pasukan pelawat dan hasilnya pemain gantian, Nizad Ayub berjaya menjaringkan gol ke – 3 Kelantan pada minit ke 62″ walaupun baru 5 minit masuk ke padang menggantikan Shahrul Idlan Talaha.

Nizad Ayub sekali lagi menggamatkan Stadium Sultan Muhammad Ke – IV dengan menjaringkan gol ke – 4 Kelantan pada minit ke 73″ untuk Kelantanselesa di depan dengan jaringan 4 – 0.

Danial Fadzly Abdullah menambah derita pelawat pada minit ke 84″ apabila sepakan percumanya berjaya menggegar jaring pasukan Felda United dengan kedudukan 5 – 0.

Izuan Solahuddin menamatkan malam gilang gemilang Kelantan dengan gol ke – 6 Kelantan dan juga gol pertamanya dalam perlawanan pertama beliau bersama Skuad Senior Kelantan pada minit ke 90″.

Tamat Perlawanan Kelantan FA 6 – 0 Felda United.Kelantan berjaya merampas kembali takhta Liga Super 2011 selepas Selangor tewas kepada T-Team 0 – 2 dan Perak pula di kejutkan dengan kekalahan pertama kepada Sabah dengan jaringan 2 – 1.



Baca Seterusnya »

Kelantan membenam Felda United

0 comments
Penjaring Gol kelate male ni
Gol 1 : Shakir Shaari
Gol 2 : Nor Shahrul idlan Talaha (penalti minit ke-43)
Gol 3 : M. Nizab Ayub
Gol 4 : M. Nizab Ayub
Gol 5 : Daniel Fadzly Abdullah
Gol 6 : Khairan Izuan Razali
Keputusan 10 April

Ranking Pada 10 April 2011



Baca Seterusnya »

Kelantan Benam Negeri Sembilan

0 comments
KOTA BHARU –Kelantan terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga setelah mengalahkan Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Namun kemenangan malam tadi terpaksa dibayar dengan harga yang mahal setelah penyerang muda yang sedang meningkat naik, Muhammad Ramzul Zahini Adenan terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan serius setelah bertembung dengan Ketua Pasukan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan pada pertengahan babak kedua.

Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia, walaubagaimanapun tiada jaringan dilakukan pada aksi separuh masa pertama setelah kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan lebih berhati-hati sepanjang tempoh tersebut.

Seawal minit ketiga, Kelantan terlebih dahulu menguji pintu gol Negeri Sembilan menerusi sepakan percuma Mohd Nurul Azwan Roya tetapi pantas ditanduk keluar Mohd Shukor dan rembatan susulan Mohd Daudsu Jamaluddin melambung tinggi melepasi pintu gol.

Pada minit keenam, giliran pasukan pelawat mencemaskan pintu gol Kelantan apabila sepakan lambungan pemain veteran, Idris Abdul Karim ke dalam kotak penalti sempat ditanduk ke belakang oleh Mohd Firdaus Azizul namun rembatan kencang Ahmad Fakri Shaarani jauh tersasar daripada pintu gol Kelantan.

Selang seminit kemudian, Kelantan nyaris memperolehi gol pertama apabila tandukan cantik Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi hasil hantaran lintang S Chanturu diselamatkan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

Pada m-10, penyerang muda kebangsaan, Ahmad Fakri yang berjaya melepasi benteng pertahanan Kelantan sekali lagi hampir menewaskan Khairul Fahmi Che Mat namun sepakannya menerjah jaring sisi kanan pintu gol Kelantan.

Sementara itu, dua percubaan pasukan pelawat pada m-22 dan 24 perlawanan menerusi Mohd Aidil Zakuan Adha Abdul Razak dan Idris Karim sekadar tersasar sebelah kiri pintu gol Kelantan .

Pada m-28, Norshahrul Idlan Talaha turut mensia-siakan peluang terhidang apabila teragak-agak untuk melakukan rembatan biarpun hanya berhadapan dengan Mohd Farizal setelah dia berjaya melepasi perangkap ofsaid yang dilakukan pertahanan Negeri Sembilan.

Pada m-40, Mohd Nurul Azwan turut melakukan gerakan menarik daripada sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan sempat melepaskan rembatan namun mudah diselamatkan Mohd Farizal.

Kelantan tidak perlu menunggu lama untuk memperolehi gol pendahuluan sebaik sahaja babak kedua bersambung. Pada m-49, pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Kelantan Ekspres’, S Chanturu mudah menanduk masuk hasil tandukan silang Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid berpunca daripada sepakan percuma oleh Mohd Nurul Azwan sebelum itu.

Ternyata gol tersebut merubah corak permainan Kelantan yang kembali bermain lebih agresif malahan dua peluang terbaik hadir pada m-54 menerusi rembatan Mohd Nurul Azwan yang terbias pertahanan Negeri Sembilan manakala rembatan kencang Mohd Shakir Shaari seminit selepas itu sedikit tersasar sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan.

Tertekan dengan gol tersebut, Negeri Sembilan membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak menggantikan Mohd Firdaus Azizul bagi menguatkan jentera serangan mereka. Pada m-67, Mohd Zaquan Adha mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun rembatan jarak dekatnya tinggi melepasi pintu gol Kelantan.

Pada m-74, suasana stadium kembali bergegar dengan sorakan padu penyokong setia apabila Norshahrul Idlan menjaringkan gol kedua untuk Kelantan. Segalanya berpunca apabila hantaran pendek pemain gantian, Muhammad Khalid kepada Norshahrul Idlan di dalam kotak penalti disudahi dengan rembatan kencang menewaskan Mohd Farizal buat kali kedua.

Pada m-80, Norshahrul Idlan sekali lagi membuktikan dia merupakan penyerang terbilang kebangsaan ketika ini apabila menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan malam tadi.

Bijak bermain cantik dengan bertukar hantaran dengan Muhamad Khalid didalam kotak penalti Negeri Sembilan, sepakan lambung Norshahrul Idlan akhirnya memerangkap Mohd Farizal untuk memastikan derita anak didik Wan Jamak Wan Hassan akhirnya berpanjangan.

Tiga percubaan terbaik Negeri Sembilan menerusi percubaan Mohd Zaquan Adha dan Ahmad Aminudin Shahirudin mudah diselamatkan Khairul Fahmi pada minit-minit akhir perlawanan untuk menutup tirai kemenangan bergaya Kelantan ke atas musuh tradisinya itu.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Mohd Nurul Azwan Roya (Danial Fadzly Abdullah), Muhd Badhri Radzi (KP), S Chanturu (Solehin Kanasian Abdullah), Mohd Shakir Shaari, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Muhammad Khalid Jamlus) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

NEGERI SEMBILAN : Mohd Farizal Marlias, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Mohd Shukor Adan (KP), Qhairul Anwar Roslani, Idris Abdul Karim (Ahmad Aminudin Shahirudin, S Kunalan, Abdul Halim Zainal, Mohd Firdaus Azizul (Mohd Zaquan Adha Abdul Razak), Ahmad Fakri Shaarani (Shahurain Abu Samah) dan Hairuddin Omar.

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (2) Negeri Sembilan (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (5) Negeri Sembilan (8)
Sepakan sudut : Kelantan (1) Negeri Sembilan (5)
Sepakan percuma : Kelantan (16) Negeri Sembilan (21)
Ofsaid : Kelantan (5) Negeri Sembilan (2)
Kekasaran : Kelantan (14) Negeri Sembilan (14)
Kad kuning : Negeri Sembilan (Idris Abdul Karim dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Negeri Sembilan (45%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Ramli Mat Dahan
Penolong Pengadil 1: M Sivanesan
Penolong Pengadil 2: Mohd Mazlan Mohd Desa
Pegawai Keempat : Mohd Rahimi Mohd Noor
Komisioner Perlawanan : Azman Sulong
General Kordinator : Arif Hassan



sumber dari Kelate.net

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 01/03/2011 (SELASA)

Kelantan 3 - 0 Negeri Sembilan

Selangor 2 - 0 Kedah

Terengganu 3 - 0 Johor FC

Felda United FC 2 - 0 T-Team

Perak 1 - 1 Harimau Muda 'A'

Pahang 2 - 2 Sabah

Perlis 0 - 0 Kuala Lumpur

Baca Seterusnya »