• CIKGU SMK PANTAI REMIS

    Kenangan bersama cikgu-cikgu SMK Pantai Remis sesi 2015...

  • SPH UTM

    Kenangan bersama kawan-kawan SPH UTM Batch 2013...

  • Raya 2012

    Kenangan semua keluarga ada...

  • Perhimpunan Keluarga Al-Jambuli

    Kenangan sambutan Hari Keluarga Al-Jambuli kali ke 18 pada Hari Raya Haji Ke 2 ...

  • 5 Akuan

    Kenangan Bersama kawan-kawan 5 Akaun 2003 SMK Bunut Susu, Pasir Mas..

  • PERKAHWINAN

    Hari paling berbahagia bersama isteri pada 20 september 2015

Memaparkan catatan dengan label Kampus. Papar semua catatan

MAHASISWA UTM SOKONG PELAKSANAAN HUDUD

0 comments


SKUDAI: Sudut pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran sejumlah besar mahasiswa termasuk mahasiswa bukan islam. Sudut pidato tersebut merupakan pembuka tirai aktiviti mingguan PMIUTM yang dilakukan selepas solat jumaat di dataran agora UTM, bagi sesi 2011/2012.


Sudut pidato kali ini membawakan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu isu perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan. Sudut pidato kali ini menampilkan dua orang pemidato iaitu saudara Mohd Zaki bin Haron yang merupakan Presiden PMIUTM dan juga saudara Muhammad Ibrahim Khalil bin Noh juga merupakan ahli PMIUTM.

PMIUTM menyatakan pendirian agar kerajaan negeri Kelantan diberi peluang untuk melaksanakan hukum Hudud, berlandaskan dengan kewajiban melaksanakannya sebagai seorang muslim dan juga berrtepatan dengan konsep demokrasi yang didukung negara ini. 

“Sekarang ini kita dihimpit dengan pelbagai fahaman seperti yahudi dan kritianisasi dan inilah yang menyebabkan fahaman kita tentang hukum hudud tentang hukum Allah bermasalah. Sebab itu kita minta kerajaan Kelantan diberi peluang untuk melaksanakan hukum hudud ini” ujar Mohd Zaki yang kemudiannya disambut oleh mahasiswa UTM yang hadir tanda setuju.

PMIUTM dengan ini berharap agar ruang yang luas diberikan kepada kerajaan kelantan bagi membuktikan keberkesanan hukum ini dalam mengatasi masalah ummat yang kian menruncing akhir-akhir ini. 
 
Sudut pidato diakhiri dengan laungan takbir dari mahasiswa UTM yang hadir ke sudut pidato tadi. PMIUTM berharap agar harapan mahasiswa UTM dapat didengari sebagai satu suara yang berhak memberi pandangan kerajaan sebagai rakyat Malaysia.




di petik dari: http://pmiutm.blogspot.com (PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UTM)



Baca Seterusnya »

UPDATE: Isu perhimpunan mahasiswa

0 comments

UPADATE SEMASA

Pukul 6.40 Petang - Alhamdulillah, 8 Mahasiswa yg ditahan telah dbebaskn & Skrg mereka sdg mgadakan sidang media. Pihak polis masih tidak bjaya mberi pjelasan, apakah alasan mereka dtangkap.
pukul 6.15 petang - Skrg 3 Org Mahasiswa telah dbebaskn iaitu Safwan Anang, YDP PMIUM, Syukri Kamaruddin Pgerusi SMM, Izzudin Helmi SU SMM & 5 lagi masih dlm proses jaminan. Pihak polis pula msh membisu & enggan beri ktrgn pd media.

pukul 5.45 petang-Lebih 50 Mahasiswa sdg bkumpul d balai polis travers & skrg masih dlm proses penjaminan. Pihak polis msh enggan mberi pjelasan kpd media

Baca Seterusnya »

UPDATE: Lebih 50 Mahasiswa sdg bkumpul d balai polis travers- Isu perhimpunan

0 comments
Anggota polis bantuan di KL Sentral hari ini menahan 11 orang - lapan pelajar dan tiga wartawan - selepas satu sidang media di hab pengangkutan awam itu pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, anggota polis berkenaan mengarahkan pelajar tersebut supaya jangan berkumpul dalam kompleks pengangkutan awam.

Bagaimanapun, walaupun pelajar berkenaan bersurai seperti yang
diarah, tetapi lapan daripada mereka ditangkap ketika hendak meninggalkan stesen tersebut bersama tiga orang wartawan.

“Mereka ditahan selepas kami telahpun teredar. Malah, ada antaranya ditahan ketika hendak masuk ke dalam keretapi apabila mereka dipanggil dan ditahan," kata jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin (kanan).

Katanya, mereka diberitahu yang mereka ditahan kerana menyertai perhimpunan.

Sementara itu, KeadilanDaily melaporkan, kad pengenalan tiga wartawan dan lapan pelajar tersebut dirampas oleh anggota polis bantuan berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Jalan Travers.

Tiga wartawan tersebut adalah dari KeadilanDaily yang berada di sana untuk menghadiri sidang media program Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat berkomuter dari KL Sentral ke Seremban.

Program itu dianjurkan oleh SMM. Turut sama ditahan, menurut KeadilanDaily, ialah seorang jurugambar dari TV Selangor


UPADATE SEMASA
pukul 5.45 petang-Lebih 50 Mahasiswa sdg bkumpul d balai polis travers & skrg masih dlm proses penjaminan. Pihak polis msh enggan mberi pjelasan kpd media.

pukul 6.15 petang - Skrg 3 Org Mahasiswa telah dbebaskn iaitu Safwan Anang, YDP PMIUM, Syukri Kamaruddin Pgerusi SMM, Izzudin Helmi SU SMM & 5 lagi masih dlm proses jaminan. Pihak polis pula msh membisu & enggan beri ktrgn pd media.

Baca Seterusnya »

UTM Johor Bahru: Pelbagai pihak tampil beri reaksi penganjuran Konsert ‘The Times’ 2011

0 comments
Johor Bahru, 13 Mac: Pelbagai pihak tampil menyatakan reaksi terhadap penganjuran Konsert ‘The Times’ yang dianjurkan menerusi program UTM International Johor Horse Show 2011 di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Program UTM International Johor Horse Show 2011 yang berlangsung selama 4 hari bermula 10 hingga 13 Mac bertempat di Pusat Ekuin UTM ini bertujuan mengetengahkan sukan berkuda sebagai suatu aktiviti yang sihat di kalangan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.

Walaubagaimanapun, ekoran beberapa program selingan yang dianjurkan oleh pihak penganjur bersama-sama pertunjukan berkuda peringkat antarabangsa ini, beberapa pihak tampil untuk menyatakan pandangan. Antara program selingan yang telah dirancang termasuklah konsert yang menampilkan kumpulan rock ‘The Times’, Rhythm Of Champion dan Rumah Hantu. Reaksi ini timbul setelah mengambilkira pandangan ramai pihak yang meminta agar konsert berkenaan dibatalkan kerana tidak menepati prosedur perlaksanaan program yang digariskan oleh pihak universiti, bertentangan dengan dasar kebudayaan universiti serta tidak mendapat kelulusan di peringkat atasan universiti.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Kebudayaan Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Mohd Zahib Deraman berkata:


Baca Seterusnya »

HUKUM BERHIBUR DAN NYANYIAN MENURUT ISLAM

0 comments
Saya mengambil peluang mengulas tajuk ini ekoran timbulnya perbahasan mahasiswa UTM yang mendakwa kemasukan artis luar ke universiti adalah bertentangan dengan syariat malah membelakangi falsafah universiti sebagai gedung ilmu. Ini sekaligus telah menanamkan pemikiran hedonisme yang melunturkan daya intelek mahasiswa yang bakal mendidik satu hari nanti.

Tulisan kali ini adalah pandangan penulis hasil pembacaan, diskusi serta cedukan dari tulisan-tulisan lain yang cukup bermanfaat. Zaman dulu, hiburan bukanlah satu keperluan dalam hidup manusia. Ia jarang-jarang sekali diadakan dalam kelompok yang ramai seperti sambutan kelahiran, majlis perkahwinan mahupun keraian selepas menuai hasil tanaman. Berbeza pada hari ini, hiburan adalah sebahagian dari kehidupan seharian masyarakat malah telah dikomersilkan sehingga menjadi satu industri. apakah pandangan Islam tentang berhibur?

Secara umumnya, terdapat 3 pendapat ulama tentang hiburan. Pertama golongan yang mengharamkan terus hiburan, kedua menghalalkan semunya dan yang ketiga lebih sederhana dan mempertimbangkan untuk mengharuskan hiburan dengan beberapa syarat. Berikut adalah penjelasan tentang hiburan dan alat muzik yang saya temui :

Allah swt berfirman yang bererti ;

“Dan di antara manusia (ada) orang mempergunakan ucapan yang tidak berguna.” (Luqman: 6)

Abdullah bin Mas’ud bersumpah bahawa yang dimaksudkan dengan kata lahwul hadith (memperguna ucapan yang tidak berguna) adalah nyanyian atau lagu.

Rasulullah saw bersabda;

“Sesungguhnya akan ada segolongan orang dari kaumku yang menghalalkan zina, kain sutera, khamar, dan alat muzik” (Hadith Sohihyyah)


Yang dimaksudkan dengan alat muzik di atas ialah alat yang digunakan untuk bertujuan melalaikan umat manusia daripada Allah seperti alat muzik yang ditiup ada dipetik, ijma’ ulama mengatakan hukumnya haram kerana alunan petikan dan tiupan ini boleh menimbulkan fitnah dan membangkitkan kelalaian manusia kepada Allah. swt.

Timbul persoalan adakah tarian majmuk, tarian kebudayaan kaum dan band ini adalah haram?

Sebelum saya mengupas lebih lanjut persoalan ini, saya nak mengemukakan beberapa syarat hiburan dalam Islam bertaliq (mengikut) peredaran zaman sekarang:

1.Hiburan sekadar keperluan sampingan,

Yang dimaksudkan hiburan sekadar keperluan sampingan ialah, umat Islam boleh berhibur tetapi biarlah hiburan itu sekadar memenuhi kehendak naluri dan tidak berlebi-lebihan dalam berhibur contohnya, ada orang berhibur sehingga mengelengkan kepalanya sehingga mabuk (pening) dan ada yang melompat-lompat tanpa tujuan. Apabila masuk solat fardhu maka wajib menyelesaikan dahulu solat itu dengan khusuk dan tawadduk.

2.Hiburan yang memuja Allah swt,

Lirik-lirik dan alunan lagu tersebut mestilah ada unsure-unsur memuja Allah adan ada seruan untuk mentaati Allah. Selain itu juga, lag yang memuji Rasulullah, para sahabat dibenarkan dalam Islam bertujuan mengingat kembali sirah perjuangan para nabi dan sahabat. Lirik-lirik seperti memuja wanita, dan tiada unsur-unsur Islam (kebaikan) adalah haram.

3.Pemisahan penonton/pendengar antara kaum hawa dan kaum Adam,

Pemisahan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan, sekiranya tidak dipisahkan maka hukumnya adalah haram.

4.Penyanyi dan penghibur hendaklah di kalangan lelaki sahaja,

Maksud penyanyi dan penghibur hendaklah lelaki sahaja ialah lelaki dibenarkan menjadi penyanyi/penghibur kepada seluruh pendengar lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula wanita menjadi penghibur/penyanyi, ada ulama’ membolehkan wanita jadi penghibur tapi dengan syarat yang menjadi pendengar/penonton adalah di kalangan perempuan sahaja dan tidak penghibur tadi tidak boleh menyebarkan hasil hiburan itu di kalangan kaum muslimin. Hukum wanita berhibur di khayalak ramai yang terdiri daripada lelaki dan perempuan adalah haram.

5.Tidak menggunakan alat muzik yang ditiup dan dipetik

Contoh alat muzik yang dipetik dan ditiup ini terdiri daripada seruling, bioala, gitar, dan lain-lain yang qias (sama) dari segi kegunaan dan funsinya.

Melalui kelima-lima syarat ini, bolehlah kita menjadikan ianya panduan hukum asas dalam berhibur tetapi sebenarnya banyak lagi syarat yang dikenakan oleh para ulama’ di antaranya Syeikh Ibn Baz, Prof Yusuf Al-Qardhawi dan lain-lain lagi.

Kita masuk dalam persoalan adakah tarian majmuk, tarian kabudayaan kaum dan band itu adalah haram?

Cuba kita teliti syarat di atas berkenaan syarat dibolehkan berhibur. Sebelum saya membuat istimbat (kesimpulan hukum) izinkan saya untuk menggambarkan bagaimana cara pelaksanaan tarian majmuk/tarian kebudayaan dan band ini berlangsung.

TARIAN MAJMUK
Tarian in adalah tarian antara kaum yang menghimpunkan kaum cina, iban, melayu, India dan lain-lain. Penghibur pada tarian ini juga tidak ada had limited (penghalang). Siapa-siapa pun boleh join, lelaki ataupun perempuan. Madhu’ (penonton) boleh bercampur dan bebas menikmati tarian tersebut.

KONSERT BAND
Konsert yang dipanggil band merupakan kegemaran anak muda masa kini sehinggakan konsert ini bukan sahaja dipelopori oleh budak-budak U tapi di kampung-kampung/bandar-bandar juga telah menular konsert yang telah ditaja oleh yahudi dan barat ini. Alat muzik dalam hiburan ini confirm(pastinya) adalah alat muzik yang dipetik dan ditiup. Hiburan ini juga adalah hiburan orang-orang kuffar dan kafir yang dipelopori di nega-negara barat.

Firman Allah swt yang bermaksud;
“Agama kamu adalah agama kamu, agama kami adalah agama kami” (Al-Kaafirun: 6)

Maksud ayat Allah di atas adalah bertujuan mengharamkan sama sekali mengikut jejak langkah golongan kafir (barat) dari segi hiburan, pemakaian, pemikiran sekular dan sebagainya.


KESIMPULAN

Apa yang saya boleh simpulkan mengenai hukum berhibur/nyanyian ini, Islam tidak melarang kita berhibur tetapi ada batas-batasnya. Tarian Majmuk dan Band itu boleh menjadi harus hukumnya sekiranya menepati syarat-syarat di atas. Cuba bayangkan saudara/i sekalian, tarian majmuk itu boleh dilaksanakan dengan penghiburnya terdiri daripada lelaki Islam mahupun bukan Islam yang penting mesej yang disampaikan berbentuk nasihat dan kebaikan. Bila lelaki menjadi penghibur tarian majmuk maka penontonnya boleh terdiri daripada lelaki mahupun perempuan. Penulisan ini sekadar membetulkan presepsi mahasiswa berkenaan hiburan yang ada di UPSI khususnya.

Waallahu’alam

Baca Seterusnya »

Dilema the times,keprihatinan UTM dan kemuliaan ISLAM

0 comments
Baru seminggu bumi Universiti Teknologi Malaysia didatangi ulama besar Nusantara bagi berkongsi ilmu dengan sebahagian mahasiswa dan staf UTM, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan penganjuran konsert/gig The Times sempena UTM International Horse Show 2011. Cukup mudah martabat keilmuan gedung ilmu ini dan warganya dinodai virus-virus hedonisme dan pihak luar, yang sudah pasti mencari peluang dan ruang bagi menjahanamkan jiwa-jiwa penuntut ilmu di IPT khususnya di UTM. Perlu diingat, Islam tidak menghalang hiburan tapi pandanglah dan sedarlah di mana bumi kalian berpijak ketika ini.

Sia-sia kita angkat martabat para ilmuwan,kita beri gelaran Doktor Falsafah, Profesor, Profesor Madya, malah kita angkat al-Quran sebagai elemen pada logo UTM, kita gariskan moto 'Kerana Tuhan Untuk Manusia' (wajib mahasiswa Islam fahami dengan kalimah Lillahita'ala ), kita perkenalkan Key Amal Index, kita perkasakan peranan Pusat Islam dan sebagainya dengan harapan Islam terus memayungi UTM dan warganya .

Persoalkan diri kita seketika; apakah kita tidak merasa sedih walau sedikit pun bila mana elemen-elemen maksiat seperti ini masih mendapat tempat di sini?. Secara peribadi, saya cukup sedih dengan perkara ini dan pada masa saya tidak segan silu menyatakan sokongan sebulat suara, seiya sekata bantahan yang dibuat oleh pimpinan-pimpinan mahasiswa UTM. Ingatlah dalam Islam ada garis panduan acara / konsert yang perlu dipatuhi. Di peringkat saya sendiri, saya suka berkongsi serba sedikit pengetahuan dengan kalian mengenai apa yang telah diletakkan oleh Islam sebagai satu rujukan bersama bagi mengadakan konsert atau aktiviti hiburan supaya tidak melampaui hukum syarak. Pertamanya :

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya:

“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)


2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)



3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55)


“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrumentbunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.


5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklahmenjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara yang menyebabkan ransangan nafsu tidak soleh dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)


Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka:

“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)


“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)



6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:

“Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi)



7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.

Firman Allah SWT:

“Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32)


Dan Rasulullah SAW juga bersabda:

“Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman:

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6)


Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan. KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam.

Dalam konteks Universiti Teknologi Malaysia dan dengan kontradiksi yang telah berlaku selama ini, apa yang boleh dirangka kini dalam kalangan mahasiswa Islam adalah satu garis panduan khusus mengikut acuan mahasiswa bagi sebarang penganjuran konsert dalam kampus UTM. Jadikan ini sebagai lampiran bagi kelulusan mana-mana program di peringkat pentadbiran HEMA dan juga Canselori. Ini bukan kali pertama konsert di adakan di bumi UTM tanpa merujuk kepada Unit Kebudayaan (istilah kasar 'buat kepala sendiri') tapi masih ada lagi pihak yang mengambil ringan soal Dasar Kebudayaan Universiti. Apa guna dasar ini digubal jika langsung tidak ada nilai di sisi 'orang dalam' universiti sendiri. Saya selalu mengistilahkan golongan seperti ini sebagai 'bodoh terpelajar'. Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (MPMUTM), Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) atas tindakan awal dengan membantah penganjuran konsert tersebut dan mengadakan perjumpaan denggan pihak penganjur bagi membincangkan soal kebajikan rohani mahasiswa UTM. Walaupun tidak dapat membatalkan konsert tetapi berjaya mewujudkan rasa tidak senang dalam hati penganjur. Selepas ini, harapnya tiada lagi klise 'Kita sudah terikat kontrak,ada hitam putih dengan artis/band jemputan' bagi mengiyakan tindak-tanduk berupa pencabulan kerohanian mahasiswa kita di UTM. Harus diingat, mahasiswa dan kehidupan kampusnya khusus beragama Islam tidak sesekali mudah diperkudakan.

Dari perspektif lain, dalam masa yang sama, ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim (ingatan: anggota The Times Islam semuanya) supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW. Bagi semua pemuda/i tidak kira idealisme terutamanya dalam kampus UTM, pastikan Islam didahulukan. Ini soal maruah agama bukan hiburan semata-mata.



Mahasiswa UTM benci Hedonisme!

Baca Seterusnya »

Tahniah MPM UTM batalkan KONSERT di UTM

0 comments

Tahniah MPM UTM kerana berjaya menghalang konsert.Mereka telah berjumpa dengan PM Dr. Abd Rahman, Pengarah Equin dan En. Azam Samsudin untuk berbincang tentang isu the times, battle band dan rumah hantu. Hasil perbincangan dan resolusi 

1) Battle of the band akan dibatalkan dan diganti dgn unit kebudayaan utm.
2)The times diteruskan ke...rana mengambil kira perjanjian yang telah dibuat. Tetapi pemisahan antara penonton lelaki dan perempuan akan dibuat. Kawalan agar the time menurut adab etika juga akan dilaksanakan serta akan dikawal oleh RELA dan keselamatan UTM.
3) Rumah hantu telah di set up dan juga tidak dapat dibatalkan. tetapi mendapat persetujuan agar tidak berlaku percampuran lelaki dan perempuan.kami dimaklumkan tiada orang yang bertugas menjadi hantu tetapi hanyalah audio dan visual seram.

Pandangan Peribadi:-
saya merasakan konsert The Times itu perlu dibatalkan juga, kerna pihak mereka sendiri yang salah dari awal terlebih dahulu iaitu tidak merujuk pada pusat Kebudayaan UTM terlebih dahulu. Bila bertemu antara hak manusia dan hak Agama Islam, semestinya hak Agama Islam perlu ditegakkan terlebih dahulu. Jika benar The TImes nk ikut adab dan tatacar Universiti, rambut ahli band mereka semua nak kena potong r, dan pakaian pun xleh nk pelik2 punya. (mengikut peraturan pemakaian dalam UTM )
=)


Baca Seterusnya »

Say No To The Concert THE TIMES In UTM

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Salam Dan Selawat ke atas baginda tercinta Nabi Muhammad SAW. Rindu yang teramat pada para sahabat Baginda r.anhum dan para Ummahat serta ulama'-ulama' haq yang terdahulu.

 
Pertahankan Bumi UTM sebagai pusat Kebudayaan Intelek~

Jadi pada entri kali ini saya ingin mengajak sekalian pembaca untuk kita sama-sama menolak budaya hedonism yang kini sedang cuba untuk menyelusup masuk ke dalam UTM sekali lagi. Apa yang saya maksudkan di sini ialah Konsert Kumpulan THE TIMES dan pertandingan Rhythm Of Champion yang diadakan di bumi UTM sempena fiesta International Johor Horse Show.

 
                                                          Say No To THE TIMES in UTM

Sedikit sejarah mengenai isu hedonism di UTM, pada tahun 2009 iaitu pada tika Upacara convocation UTM yang ke-42 telah diadakan pesta convocation seperti saban tahun kecuali pada kali itu telah diadakan acara yang langsung tidak selari dengan kehendak universiti dan syariah Islam iaitu 'Battle Of The Band'. Di mana diadakan pertandingan 'gig' diantara band2 muda yang baru ingin naik di dunia hiburan Malaysia.

Tapi yang penting kita harus ingat Pengarah Pusat Kebudayaan UTM, PM. Dr. Zahib telah menyatakan bahawa dia berjanji Konsert Battle Of the Band kali ini adalah yang terakhir dan akan menyemak semula dasar kebudayaan UTM agar selari dengan tuntutan syarak.

Jadi buat makluman semua mahasiswa/i UTM, isu konsert THE TIMES dan pertandingan Rhythm Of Champion telah dibawa oleh MPM UTM ke pihak PM. Dr. Zahib pada ahad(6/3/2011) yang lalu, dan beliau menegaskan perkara ini akan beliau bangkitkan di peringkat tertinggi  UTM dan menghantar surat bantahan mengenai perkara ini. Presdien MPM UTM 10/11 juga bersetuju dan barisan MPM UTM 10/11 juga akan menghantar surat banatahan mengenai isu ini. Selain itu, Persatuan Mahasiswa Islam pada hari ini (8/3/2011) telah menghantar surat bantahan rasmi kepada pihak pentadbiran universiti.

Tapi sebelum itu...apa itu konsert sebenarnya?


Konsert ialah satu persembahan muzik di hadapan penonton. Istilah ini pada kebiasaannya dikhaskan untuk persembahan yang dipertunjukkan oleh suatu kumpulan ahli muzik. Manakala persembahan yang dilakukan oleh seorang atau lebih pemuzik biasanya dipanggil retical. Perkataan konsert pada asalnya bermakna gabungan ahli persembahan suatu kensert viol bukan persembahan itu sendiri dan istilah itu tidak mempunyai makna seperti sekarang sehingga abad ke 17. (Ensiklopedia Malaysiana Jilid 7/215)

Menurut Ensiklopedia Malaysiana, sebelum abad ke 17, muzik hanya diperdengarkan di gereja, di dewan persendirian orang bangsawan atau di perjumpaan akademi yang tertutup atau kumpulan lain. Walau bagaimanapun dengan perkembangan opera pada abad ke 17 seni muzik buat pertama kalinya menjadi satu institusi orang ramai. Konsert orang ramai yang terawal pernah direkodkan dan mengenakan bayaran masuk adalah konsert yang diadakan di London oleh pemain biola John Bawister pada tahun 1672. Pada abad ke 18 pula konsert orang ramai mula terbentuk kukuh di seluruh Eropah dan Amerika. (Ensiklopedia Malaysiana Jilid 7/215)

(*Amik dari sini.... http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic71_2001.htm)

Tapi adakah kita buat bantahan ini kerna mengikut perasaan atau memang kerana ianya memang terbukti salah..?

Semestinya kerana ianya benar sekali. Ayuh kita lihat bersama maklumat dari pihak HEMA sendiri.

jeng...jeng...jeng


1. Buku Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar UTM

2. Panduan Pembacaan Doa Dalam Majlis / Program*

Majlis / program yang BOLEH dilakukan pembacaan doa:
a) Majlis / program yang tidak mengandungi unsur-unsur kemungkaran seperti pembukaan sidang dewan perundangan, mesyuarat dan majlis angkat sumpah. Bacaan doa boleh diawalkan dan majlis juga boleh ditutup dengan doa.
b) Majlis / program sosial yang terdapat aturcara persembahan hiburan (dan kebudayaan) yang biasa**. Maka bacaan doa hendaklah diawalkan dan tidak perlu majlis ditutup dengan bacaan doa.

Majlis / program yang TIDAK BOLEH dilakukan pembacaan doa:
a) Majlis / program yang tidak ada kaitan dengan upacara agama seperti perlumbaan kereta, motorsikal, bot laju, pertandingan golf dan pertunjukan sarkas.
b) Majis / program yang menyediakan makanan datau minuman yang diharamkan oleh Islam.
c) Pesta hiburan dan acara kebudayaan seperti tayangan filem perdana dan konsert nyayian dan tarian yang melalaikan.
d) Perayaan yang menonjolkan unsur-unsur kemungkaran, pendedahan aurat seperti ratu cantik, sukan wanita dan pertunjukan fesyen.

3. Panduan Kegiatan Kesenian / Hiburan / Kebudayaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 & 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menaikkan semangat jihad adalah harus.

Keputusan muzakarah fatwa tersebut jelas menyatakan bahawa Islam tidak menghalang masyarakat daripada berhibur malah dalam beberapa keadaan ia sangat digalakkan. Jika dengan nyanyian ia boleh membangkitkan semangat untuk bergerak maju, berusaha, membentuk masyarakat maka ia bertepatan dengan seruan kebaikan yang sentiasa digalakkan . Walau bagaimanapun ia perlu menepati kriteria syarak yang mementingkan kesejahteraan masyarakat dan tidak menggalak kepada perpecahan dan penghinaan.

Justeru kewajipan golongan seniman sekarang adalah sentiasa melakukan pengkajian, penelitian, kritikan dan penilaian semula terhadap hasil kerja seni mereka. Apa yang jelas, Islam mengingkari sikap orang yang jumud dan tidak memiliki inisiatif dan daya inovatif dalam kehidupan. wallahu a'lam.

4. Dasar Kebudayaan & Kesenian UTM (1993)

a) Persembahan kebudayaan bercorak percampuran jantina tidak dibolehkan.
b) Setiap persembanhan haruslah mempunyai sifat sederhana dari segi kebisingan, gaya persembahan dan (jika boleh) memasukkan unsure sains dan teknologi dalam persembahan.
c) Pakaian semasa persembahan hendaklah menutup aurat dan bersesuaian mengikut konteks persembahan.
d) pemilihan irama muzik mestilah berirama lembut, kemelayuan dan memenuhi citarasa.
e) setiap persembahan hendaklah tidak melanggar tatatertib, sentiasa bermoral tinggi dan tidak ada unsur-unsur khurafat yang bertentangan dengan Islam.
f) setiap persembahan yang diadakan di waktu malam hendaklah dimulakan selepas solat Isyak dan tidak boleh dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, pada bulan puasa dan pada hari kebesaran Islam yang lain.
g) tidak membenarkan kumpulan budaya luar dibawa masuk ke kampus kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.
h) persembahan kebudayaan wanita hendaklah untuk tontonan wanita sahaja.
i) peraturan-peraturan lain yang ditetapkan dari masa ke semasa.

(*Boleh didapati di laman web ini....Ini Universiti yang larang ya kawan2~) 
http://www.utm.my/hep2/panduan.html

Dari pandangan Islam...?
Maka anda boleh lah berusaha search sendiri di Internet dan merujuk pada pakar2 dalam bidang fekah Islam. Kalau di UTM itu, boleh merujuk pada Dr. Ariff Saleh dari Fakulti Tamadun Islam atau mana2 pengawai di Pusat Islam.

Jadi bagaimana untuk anda juga turut dapat membantu dalam usaha menolak Konsert Kumpulan THE TIMES dan pertandingan Rhythm Of Champion. Di sini saya ada sedikit cadangan dan pendapat yang ingin dikongsikan:

1) Tulis email bantahan/tidak setuju perkara ini dibiarkan berlaku pada pengawai2 tertinggi UTM (Dato' NC, Datuk TNC HEMA, TNC A&A, TNC P&I, Pengarah keselamatan, Pengarah pusat kebudayaan, Pengarah Pusat Islam, Pengarah Pusat Ko-Q...dsb). Tetapi ayat itu harapnya bersopan r sikit walaupun marah. Nak email diorang boleh search sendiri di sini...
(* http://aspbase.utm.my/sms/weblink/)

2) 'Serang' wall event ini di FB mereka. First tulis r pendapat anda di wall anda masing2. pastu post plak kat wall diorang. Ni wall dyp..Xperlu takot, universiti pun support kita, antaranya Pusat kebudayaan UTM n Pusat Islam UTM  =)
(*http://www.facebook.com/event.php?eid=100671230014512) @ (*http://www.facebook.com/event.php?eid=167720056612492)

3) Sampaikan dari mulut ke mulut mahasiswa/i UTM mengenai benda ini memang salah dari pandangan agama dan hala tuju Universiti. Buat statement terbuka, lebih2 lagi jika anda seorang mahasiswa yang ada kedudukan dalam persatuan/kelab/JKM apatah lagi MPM sendiri.

                                                  Kosert lagha VS PTPM...sapa menang ek..?

4) Boleh mesagge terus pada Datuk TNC HEMA jika anda tidak setuju dengan perkara ini di talian ini 019-6556585. Jangan risau sebab tema pejabat HEMA kali ini ialah 'We Care!'. Jadi xda masalah punya r. Lagi pun perkara ini bertentangan dengan Pelan Transformasi Pembangunan Mahasiswa dari pejabat HEMA yang ingin melahirkan mahasiswa yang Holistic. Message je~

Kosert lagha VS PTPM...sapa menang ek..?


5) Cadangan terakhir saya, ialah berdoa lah. Doa itu senjata mukmin. =)


Kawan-kawan ketahuilah perkara ini adalah tanggungjawab bersama untuk kita menolak perkara ini. Lebih-lebih lagi mereka yang Muslim. Ini adalah kemungkaran yang harus dicegah bersama.

"Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman."

~Hadith Riwayat Muslim~
 
                                                                        Syeikh Nuruddin~

Tak malu ke kita, baru beberapa hari yang lalu, UTM telah dilawat oleh seorang ulama' besar nusantara iaitu Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Harus kita ingat amar maaruf nahi mungkar ini seperti 2 pintu. Satu pintu kebaikan yang seharusnya sentiasa dibuka luas dan satu lagi pintu kejahatan yang perlu sentiasa ditutup. Kalau  biarkan 2-2 buka, xjadi apa2 lah nampaknya. Ingatlah mana mungkin kegelapan kejahilan itu dapat hadir sekali dengan cahaya kebenaran. Fikir-fikirkan lah wahai teman-temanku.  =)

IKLAN 1: Saya tiada di Bumi UTM sebab ada urusan family di KL. Saya mendoakan kejayaan pada para pejuang yang sedang memperjuangkan isu ini.

IKLAN 2: saya rasa kumpulan THE TIMES ni kena bayar pada mahasiswa/i UTM r. Sebab dorg nak masuk UTM, kita skit2 post promote band dyp..kih3x~ (Melawak)


Diri yang kerdil yang sedang mencari jalan pulang pada Penciptanya.~

Dipetik dari Pemikiran Zulkarnain

Baca Seterusnya »

IMDAN: Farahhana Perlu Bertaubat Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin

0 comments

Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin: Harussani
SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.
"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.

Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.

"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.

Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya. -SH




 



                                                      inilah mentor farahana jamaludin

Petikkan dari IMDAN

Baca Seterusnya »

Surat Terbuka: Buat bekas pengetuaku

0 comments
Kehadapan bekas pengetuaku, semoga tidur lena.

Saya Muhammad Ibrahim Khalil bin Noh, mahasiswa tahun dua kejuruteraan Geomatik.

Saya nukilkan warkah ini buat bekas pengetua ku di KRP yang mempunyai kuasa dan melakukan apa sahaja. Ingatlah bahawasanya kuasa itu amanah, dan amanah itu merupakan perkara yang berat. Beratnya amanah kerana setiap perkara yang kamu lakukan akan ditanya di akhirat kelak, ingatlah diri kamu amanah, keluarga kamu amanah, mahasiswa itu amanah, kolej kamu amanah, negeri kamu amanah, nagara kamu amanah. Setiap satunya bawah kepimpinan kamu dalah amanah.



Jika silap dalam mengurus amanah kamu akan menjadi seorang yang zalim, terutamanya apabila kamu berada di atas, kamu akan menzalimi orang bawahan kamu. ingatlah bahawa, buang kolej tanpa sebab adalah zalim, pecat tanpa sebab adalah zalim, saya adalah mangsa dan saya akan pastikan tiada lagi yg merasa apa yang saya rasa.



Sedarlah islam itu indah tatacaranya, hanya dengan islam semua perkara akan menjadi indah. Sedarlah islam itu adil dan adil itu satu tuntutan dalam islam.

Pengetua yang dihormati.

Islam amat menuntut kepada perlakuan adil, walaupun kepada musuh kita perlu hukum dengan hukum yang adil, jangan kerana kebencian kepada sesuatu golongan kita tidak berlaku dengan adil kepada mereka, kerana Allah berfirman dalam Al-Quran “janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu golongan menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka”

Lihatlah contoh tauladan daripada Saidina Ali yang mana dia ditikam ketika dia ingin menunaikan solat subuh, yang mana orang yang menikam Saidina Ali dapat ditangkap. Ketika itu nasihat Saidina Ali kepada anaknya “jangan kamu zalimi dia, jangan kamu aniaya dia, jika dengan tikaman ini aku mati maka hukumlah dia dengan khisas dan jika aku tidak mati hukumlah dia dengan hukum takzir” Bahkan ketika mana Saidina Ali merasakan ajalnya sudah dekat dia mengarahkan supaya makanannya diberikan kepada orang yang menikamnya.

Ini yang islam mengajar kita mengajar tentang keadilan walau kepada sesiapapun.

Pengetua yang dihormati.

Kezaliman yang kamu lakukan akan terzahir dengan sendirinya dan ingatlah bahawasanya saat kezaliman itu terlihat di hadapan mata maka tunggulah saat-saat kejatuhan, renungilah apa yang berlaku dalam negara ini, pada tahun 1998 rakyat nampaka akan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan pada masa itu maka rakyat bangun dan muncullah gelombang refomasi yang pernah menggegar negara suatu masa dahulu.

Pada 2008 yang mana kempen bersih dijalankan yang mana segala penyelewengan SPR di bongkar dan rakyat nampak akan kebenaran itu , maka tercetuslah tsunami politik di negara ini.

Kesan di luar negara kita lebih dapat dilihat, renunglah apa yang berlaku di timur tengah hari ini yangan mana bermulanya di Tunisia. Di Tunisia seorang perniaga kecil-kecilan yang ditekan habis-habisan membakar diri lantaran tidak tahan, apabila rakyat melihat akan kezaliman ini rakyat bangkit menumbangkan regim yang zalim. Yang mana kita lihat ianya berjangkit kepada negara-negara sekelilingnya.

Pengetua yang dihormati.

Wahai bekas pengetuaku, tidak takutkah kamu kepada Allah? Kamu tidak takut pada mahasiswa, pada orang bawahan kamu, apa pun kamu akan hadapi.

Yang mana orang yang menentang kamu kamu boleh buang, boleh tipu, kamu ugut, kamu boleh kecam.

Kamu boleh hadapi mahasiswa, kamu ada kuasa, kamu ada pengaruh, kamu boleh hukum mahasiswa yang menentang kamu, tapi ingat! Ada yang lebih berkuasa yang akan menghukum kamu, kamu tidak takut pada yang menguasai hari pembalasan?

Kamu nak menghadapi orang yang menentang kamu dengan membunuh semangat perjuangannya, dengan tidak memberi kuota, dengan buang kolej. Kamu boleh buat, kamu ada jentera, kamu ada kolej, kamu ada JKM, kamu ada PALAPES, kamu ada duit, kami tidak ada apa yang kami ada adalah ahli kami, keyakinan, semangat, dan iman untuk kami terus berjuang!.

Jangan kamu tambah kezaliman yang telah sedia ada, jangan cuba hendak mengambil tindakan zalim kepada orang lain, ingatlah doa orang yang dizalimi itu di makbulkan Allah. Kami serah kepada Allah untuk membuktikan kebenaran dan menghukum kamu jika tidak mahu bertaubat kepada Allah s.w.t.

Wahai bekas pengetua yang dihormati.

Akhir kalam ingatlah, kamu kata orang tidak mahu dengar kata-kata kamu tidak layak berada di kolej kamu, orang yang tidak mahu bersama kamu tidak layak mendapat pertolongan kamu. Kalau kamu tidak mahu mendengar kalam Allah jangan duduk dimuka bumi Allah, kalau kamu tidak bersama Allah dengan melakukan kezaliman jangan hirup rahmat Allah!

Saasatul Ibaad,
Muhammad Ibrahim Khalil Bin Noh
M16/115
8/2/2011
5.50 am

Dipetik dari Blog SAMPAI SYURGA

Baca Seterusnya »

Lirik lagu perjuangan

0 comments

Pro mahasiswa (dimana aku berjuang)


Bangkitlah pejuang bangkitlah
rapatkan barisan rappatkan
meneruskan langkah perjuangan
suara dan harapan mahasiswa

Kobarkan dirimu kobarkan
Kentalkan jiwamu kentalkan
Takkan pernah usai pertarungan
hingga tertegak kebenaran

Henyahkan rasa takut dan gentar
Robohkan segala kebatilan
Perjuangan harapan bersama
Untukmu varsiti tercinta



Lirik Lagu Tema PAS - Berjihadlah
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....



Baca Seterusnya »

VIDEO:Lagu Perjuangan

0 comments

Pro mahasiswa (dimana aku berjuang)



Lirik Lagu Tema PAS - Berjihadlah







Baca Seterusnya »

Terbaru : Pembentukan Kabinet MPMUTM kucar kacir

0 comments
Sekarang sedang berlangsung mesyuarat pembentukan kabinet MPMUTM di Port Dickson. Mesyuarat ini dilaporkan amat kucar-kacir kerana beberapa kepincangan telah berlaku tanpa mengikut prosedur biasa.


  • Ahli MPM Pro Mahasiswa telah dinafikan hak untuk memberi sebarang cadangan, malah terpaksa    mengikut perancangan sulit Evolusi
  • Prosiding mesyuarat sangat tidak teratur
  • Peraturan mesyuarat tidak dinyatakan sebelum mesyuarat bermula.
  • Encik Fauzi, Pegawai Hema telah campur tangan dalam mesyuarat pembentukan kabinet MPM. Beliau hanya pegawai pengiring dalam program ini.Beliau meminta orang lain menentang cadangan yang dikeluarkan oleh MPM Pro Mahasiswa.
  • Undi ahli MPM tidak lagi rahsia. Pengerusi mesyuarat menggunakan sistem angkat tangan.

Ahli MPM yang dipilih oleh mahasiswa dilayan seperti budak-budak. Semua ahli MPMUTM Pro Mahasiswa
telah mengambil keputusan untuk memboikot mesyuarat itu!
UTM menuju demokrasi gelap!


Baca Seterusnya »

ULASAN:Hidup dalam buangan

0 comments
Sepanjang berada di UTM, tiga kolej pernah saya duduki. Yang paling lama ialah KRP, hampir genap 4 tahun. Semalam saya menerima surat arahan buang kolej dari Pengetua kolej, tetapi ditulis sebagai 'arahan pindah kolej'. Surat itu sebenarnya dikeluarkan pada tarikh 24 Februari [UTM.J.06.07.01/10.16/121d2 (109)], tetapi diserahkan kepada saya sebelum pejabat ditutup pada 25 Februari.

Dalam surat itu tertulis, saya mesti mengosongkan bilik G32-208B pada 27 Februari (Ahad - cuti). Jika tidak berbuat demikian, barang saya akan dikeluarkan dari bilik pada 28 Februari.

Seorang rakan melaporkan kepada saya, pada petang Jumaat (25 Februari) Pengetua kolej itu keluar bersama keluarga menuju ke PLUS, pergi bercuti agaknya. Beliau serahkan surat itu pada petang Jumaat, dan meminta saya mengosongkan bilik pada hari Ahad. Ini taktik ingin menyusahkan mahasiswa, kerana pejabat tidak dibuka pada hari cuti untuk saya memohon ke kolej lain. Ini saya sebut sebagai tahap siasah budak-budak.

Menggunakan perkataan 'pindah' dan tidak guna perkataan 'buang' adalah salah satu kaedah psikologi dalam penulisan. Maksudnya sama iaitu saya perlu keluar dari bilik ini. Mungkin bagi beliau ia satu kaedah licik untuk memanipulasi bahasa. Cuma yang menghairankan, beliau tidak nyatakan pula ke kolej mana yang saya patut berpindah.

Antara ayat beliau yang paling menarik perhatian saya ialah, 'tiada gunanya saya memberikan kemudahan dan keistimewaan kepada saudara untuk terus menetap di Kolej Rahman Putra kerana saudara tidak dapat bersama saya dalam memperjuangkan...'. Ini prinsip yang dipegang oleh Umno Kelantan untuk tidak memberi royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah oleh Pas. Sama, bukan?

Setakat ini, saya tidak berhasrat untuk keluar dari bilik ini sehingga mendapat jawapan kepada soalan-soalan di bawah.

Petikan perenggan 1:

'dalam banyak hal saudara tidak dapat bekerjasama dengan saya.'

1. Apakah hal-hal yang beliau maksudkan, seperti yang ditulis di atas. Saya berbakti kepada kolej dalam banyak hal termasuk menjadi Majlis Tertinggi JKM 2007/2008, Exco MPMUTM 2008/2009 termasuk menjadi balaci Ketua Jentera Evolusi KRP 2009/2010. Adakah ini yang dimaksudkan 'tidak dapat bekerjasama'?

2008 | Semasa menjadi Ketua Pengarah Sub-Program Fiestra (antara projek terbesar KRP) bersama Hadi (sekarang Pembantu Felo KDOJ). Ini antara program yang melonjak naik nama Pengetua kolej kerana dirasmikan oleh ADUN Nusajaya.


Petikan perenggan 3:

'...saudara tidak dapat bersama saya dalam memperjuangkan dasar, aspirasi, cita-cita dan hasrat kolej dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan berketerampilan...'

2. Apakah yang dimaksudkan dengan 'dasar, aspirasi, cita-cita dan hasrat kolej'?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan 'mahasiswa yang holistik dan berketerampilan'?

4. Adakah saya dibuang kolej atau dipindahkan kolej?

5. Adakah saya dibuang (atau dipindahkan) kolej kerana saya bersama Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus tahun ini?

6. Adakah pengetua menyokong Evolusi?

7. Adakah Evolusi ialah balaci pengetua, yang bertujuan untuk memberi imej kepada awam bahawa sesebuah universiti masih dikuasai oleh mahasiswa yang pro kerajaan dan memberi political mileage kepada parti pemerintah? (ya, penyokong Evolusi yang syok sendiri boleh menafikan soalan ini)

Saya sudah lama mengikuti perkembangan pengetua seorang ini. Siapa tidak ingat, pada 2008 sekumpulan mahasiswa KRP dihantar secara paksa ke Jeli untuk membantu Umno di sana? Saya masih menyimpan catatan feedback mereka yang pergi ke sana, termasuk ada yang dihalau oleh tuan rumah yang menyokong Pas.

Nota kaki : Pengetua kalau mahu sokong dan ampu Umno, boleh. Tapi jangan sampai terlebih emosi sampai nak solat hajat di surau pun kena halang.

*senyum*

dipetik dari blog http://notakaki11.blogspot.com/

Cerita ni sama dengan kisah aku semasa sem 3..begini kah perangai puak2 evolusi..bangang punya evolusi



Baca Seterusnya »

Pilihanraya kampus, janganlah serius sangat prof!

0 comments
Pilihanraya kampus, janganlah serius sangat prof!
Terus terang saya katakan, walaupun saya sudah hampir 30 tahun bekerja dalam universiti tetapi tidak pernah ambil pot pun tentang politik pelajar dan pilihanraya kampus. Sekadar untuk memenuhi entri blog saya ini, saya rasa terpanggil juga hendak memberi sedikit ulasan dan komen berkaitan dengannya.

Sejak zaman saya belajar di universiti lagi (tahun 1978) hinggalah sekarang, saya dapat melihat sikap pegawai-pegawai yang mengendali pilihanraya di universiti atau kampus di Negara kita masih tidak banyak berubah.

Mereka kelihatan bersikap berpihak kepada pemimpin pelajar yang menyokong parti pemerintah. Mungkin pegawai-pegawai yang berada di jawatan tinggi di universiti ini sangat bergantung kepada sokongan mereka kepada parti pemerintah maka mereka rasa terhutang budi dan sebagai balasan mereka akan pastikan pemimpin pelajar yang menyokong parti pemerintah sahaja yang akan menang dalam pilihanraya kampus.
Kadang-kadang mereka terlalu berkepentingan dan sikap mereka dilihat lebih teruk lagi dari SPR yang mengendalikan pilihanraya Negara kita.


Relax lah prof! Janganlah ambil serius sangat. Nanti prof juga yang tak boleh tidur malam, tekanan darah naik dan dapat serangan jantung. Ini bukan pilihanraya yang akan menentukan siapa nak jadi Perdana Menteri Malaysia, ia hanyalah hendak memilih pemimpin pelajar di universiti atau kampus saja. Malah bukan hendak menentukan siapa yang hendak menjadi Naib Canselor pun.



Selama ini saya sendiri pun tidak pernah tahu dan tidak pernah ambil tahu, pemimpin pelajar yang menyokong parti politik mana yang menang. Apatah lagi orang-orang luar sana, terutamanya orang-orang kampung, kalau tak percaya tanyalah kepada pak cik dan mak cik felda sana, siapa nama pemimpin pelajar yang menang pilihanraya kampus baru-baru ini. Kalau mereka boleh jawab, memang patut kita risau.

Saya lebih suka kalau pilihanraya kampus ini dilihat dari sudut akademik. Pelajar-pelajar dipamirkan dengan amalan demokrasi yang sebenar.

Tidak banyak pelajar belajar tentang demokrasi jika kita bawa corak amalan demokrasi Negara ke dalam kampus. Nanti pelajar tidak akan dapat membezakan demokrasi yang Negara kita amalkan dengan demokrasi sebenar. Akhirnya bila mereka keluar universiti, mereka akan meneruskan amalan seperti yang sedia ada, kerana kepada mereka itulah amalan demokrasi sebenar.

Berbanding orang-orang seperti saya, yang pernah tinggal di Britain walaupun untuk masa setahun, dapat merasa dan mengalami amalan demokrasi yang sangat jauh berbeza dari yang kita amalkan di Malaysia. Walaupun demokrasi yang Negara kita amalkan terlalu banyak ‘tempangnya’ tetapi masih juga kita mahu katakan ia sebagai demokrasi.

Amalan demokrasi yang kita amalkan sekarang ini sudah terlalu jauh menyimpang dari lunas-lunas dan rukun-rukunnya, dan telah menjadi sebati kepada ahli-ahli politik Negara kita, sangat sukar untuk diubah.

Sesuai sebagai pusat akademik, tempat berlakunya proses belajar dan pembelajaran, mungkin di kampus atau di universiti adalah tempat yang sangat sesuai kalau kita pamirkan amalan demokrasi yang sebenar kepada pelajar. Oleh itu bila mereka keluar dari universiti nanti, kalau pun mereka ingin melibatkan diri dengan politik, mereka telah dilengkapkan untuk menjadi ahli politik yang penuh rasa tanggungjawab, bukan sekadar menjadi ‘beruk-beruk’ politik.

Dengan itu saya menggesa supaya dihidupkan amalan demokrasi yang sebenar di kampus. Beri pelajar kebebasan bersuara dan kebebasan memberi pendapat. Beri ruang yang secukupnya untuk mereka berhujah dan meyerlahkan bakat kepimpinan mereka. Hapuskan permit-permit dan peraturan yang berat sebelah. Pihak pengurus universiti dan pihak pengendali pilihanraya kampus mestilah sentiasa mempamirkan sikap telus, adil dan bebas.

Mungkin terlalu besar risikonya kalau kita mengambil pendekatan revolusi seperti yang berlaku di Mesir, Libya dan Bahrain untuk mengubah senerio politik Negara kita. Saya rasa, langkah yang lebih baik dan selamat, kita harus memulakan perubahan itu secara evolusi dari sekarang, dan tempat yang paling sesuai untuk kita memulakannya ialah di universiti atau kampus.


Baca Seterusnya »