Solat sunat Dhuha dekatkan rezeki

Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : "Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu solat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan iaitu dilewatkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat, lapan rakaat dan dua belas rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud : ”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Lafaz niat :

"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar " Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama digalakkan membaca surah As-Syams. Manakala Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah digalakkan juga membaca surah Ad-Duha. Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali. Selepas memberi salam digalakkan membaca Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini


"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."

Jom sahabat2 kita lakukan solat sunat ini dengan penuh keazaman dan istiqamah. Semua orang boleh cakap untuk berazam kan? Semua orang boleh cakap istiqamah kan? Senarailah sebanyak mana sekalipun azam kita. Satu hakikat yang pasti, semuanya bergantung kepada kekuatan diri kita untuk terus istiqamah dan berazam dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Mana mungkin kita dapat ganjaran yang ditawarkan oleh ALLAH tanpa usaha,azam dan istiqamah? Orang yang beristiqamah bermaksud seorang yang gigih tekun dan komited dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga tercapai matlamatnya.

Dalam konteks kehidupan sekarang, apapun yang kita lakukan ia menuntut kita agar beristiqamah untuk terus berjaya. Oleh itu haruslah kita aplikasikan konsep istiqamah ini dalam mengerjakan solat sunat dhuha agar kita mendapat ganjaran dan kelebihan yang ditawarkan oleh ALLAH SWT. Amin =)

Sumber dari Mohamadazhan.Com

0 comments:

Apa itu Herbarium????

Apa yang anda tahu mengenai herbarium?

Herbarium ialah suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah dimatikan dan diawet.

Herbarium ini penting kerana ia mengandungi data asli tentang sesuatu tumbuhan yang telah diidentifikasi.

Herbarium penting dalam membantu pengkajian dalam bidang-bidang seperti:

Morfologi
Taksonomi
Ekologi
Geografi


Baca Seterusnya »

0 comments:

Tanda-tanda budi pekerti baik

Ketahuilah bahwa setiap manusia itu memang tidak mengetahui keaiban-keaiban diri sendiri. Andaikata dia sudah boleh menahan nafsunya sedikit saja, misalnya dengan meninggalkan beberapa dosa yang terkeji, mungkin dia mengira bahwa dia telah dapat mendidik dirinya, dia telah mampu memperelokkan kelakuannya, sehingga pada sangkaannya dia tidak perlu lagi meneruskan perjuangan untuk menahan hawa nafsu. Maka terhadap orang ini, haruslah diberikan penjelasan, apa dia tanda-tanda budi pekerti yang baik.

Budi pekerti yang baik itu ialah iman, manakala budi pekerti yang buruk pula ialah nifaq. Allah s.w.t. telah pun menggambarkan kepada kita tentang sifat kaum Mu’minin dan kaum munafikin di dalam kitabNya al-Quran, menampakkan kepada kita teras budi pekerti baik dan budi pekerti jahat. Berikut kita sebutkan sejumlah ayat-ayat mengenai kedua-dua sifat tadi.
Kita mulakan dengan tanda-tanda budi pekerti baik.
Firman Allah Ta’ala.

“Sesungguhnya telah beruntung orang-orang yang beriman. Mereka yang berkhusyu’ di dalam sembahyang mereka. Dan mereka yang berpaling dari perkara-perkara yang kotor. Dan mereka yang membayar zakat. Dan mereka yang menjaga alat-alat kelamin mereka. Kecuali kepada isteri-isteri mereka ataupun hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka itu tiada tercela. Barangsiapa mencari selain dari itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melanggar batas. Dan mereka yang memelihara amanat-amanat dan janji mereka. Dan mereka yang menjaga sembahyang-sembahyang mereka. Mereka itulah orang-orang yang mewarisi, iaitu mewarisi Syurga Firdaus, dan mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya.” (al-Mu’minin: 1-11)

“Orang-orang yang bertaubat yang beribadat yang memuji Tuhan yang merantau (di bumi Allah), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat baik dan melarang dari perbuatan-perbuatan jahat, dan yang menjaga batas-batas Allah. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (at-Taubah: 112)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, ialah mereka yang apabila disebutkan saja nama Allah, maka takutlah hati mereka. Dan apabila dibacakan saja ayat-ayatNya, maka bertambahlah keimanan mereka, dan mereka itu sentiasa berserah diri kepada Tuhan mereka. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan membelanjakan dari apa yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarnya. Mereka memperoleh beberapa darjat di sisi Tuhan mereka, juga pengampunan dan rezeki yang mulia.” (al-Anfal: 2-4)

“Dan hamba-hamba Allah yang Maha Pengasih, iaitu mereka yang berjalan di bumi dalam keadaan tenang dan apabila orang-orang yang bodoh berkata kepada mereka, maka mereka hanya menjawab: Selamat. Dan mereka yang di waktu malam hari menyembah Tuhan dalam keadaan sujud dan berdiri. Dan mereka yang berkata: Wahai Tuhan kami! Jauhkanlah kiranya dari kami siksaan Neraka Jahannam, sesungguhnya siksaannya itu pasti berlaku. Sesungguhnya ia tempat kediaman dan tempat tinggal yang amat buruk. Dan mereka itu, apabila membelanjakan hartanya, tiada melampaui batas dan tiada pula bersifat kikir, malah pertengahan antara keduanya. Dan mereka yang tiada menyeru Tuhan yang lain di samping Allah dan mereka tiada membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah (membunuhnya) melainkan dengan hak, dan mereka tiada melakukan perzinaan. Barangsiapa yang melakukan demikian niscaya akan mendapat dosa. Kepadanya dilipat gandakan siksaan pada Hari Kiamat, dan mereka tetap di sana dalam keadaan terhina, kecuali orang yang bertaubat dan mengerjakan perbuatan yang baik, maka orang-orang itu akan digantikan oleh Allah kejahatan-kejahatan mereka dengan kebaikan-kebaikan. Dan Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan orang yang bertaubat lalu mengerjakan perbuatan baik maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan sebenarnya. Dan mereka yang tiada menjadi saksi palsu, dan bila melalui pada perkara-perkara yang omong kosong, mereka berlalu dengan hormatnya. Dan mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Allah, mereka tidak tersungkur ke dalamnya dalam keadaan tuli dan buta. Dan mereka yang berkata: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami cahaya mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. Mereka itu adalah orang-orang yang dibalas dengan darjat yang tinggi disebabkan mereka bersabar dan mereka akan diterima di sana dengan penghormatan dan keselamatan. Mereka kekal di dalamnya, amat baiklah tempat kediaman dan tempat tinggal. Katakanlah: Tuhanku tidak akan memperhatikan kamu sekalian, kalaulah bukan sebab doa kamu sekalian. Sesungguhnya kamu telah mendustakan (Tuhan), kerana itu (hukuman) pasti datang.” (al-Furqan: 63-77)

Maka barangsiapa merasa keliru tentang keadaan dirinya hendaklah ia mngukur diri dengan inti ayat-ayat di atas itu. Bila terdapat pada dirinya kesemua sifat-sifat yang tersebut di dalam ayat di atas tadi, maka itu adalah tandanya keluhuran budi pekerti. Dan bila lenyap pula keseluruhan sifat-sigat itu, maka itulah tandanya kejelekan budi pekerti. Dan seterusnya jika setengah ada dan setengah tidak ada, maka itulah pula menunjukkan ada sebahagian saja dari budi pekerti itu, maka dalam hal ini hendaklah ia berusaha pula untuk mendapatkan setengah yang tidak ada, seraya memelihara sifat-sifat yang telah ada, jangan sampai yang hilang pula.
Rasulullah s.a.w. telah mensifatkan orang Mu’min dengan sifat yang berbagai-bagai, kesemuanya menunjukkan kepada akhlak dan budi pekerti yang terpuji. Sabdanya:

“Seorang Mu’min itu mencintai saudaranya, sebagaimana ia mencintai dirinya.

Sabdanya lagi:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.”

Lagi sabdanya:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata baik ataupun ia berdiam diri.”

Rasulullah s.a.w. menyebutkan juga tentang sifat-sifat kaum Mu’minin, iaitu hendaklah mereka berbudi pekerti indah. Sabdanya:

“Sempurna-sempurna iman orang Mu’min, ialah yang paling terpuji budi pekertinya.”

Sabdanya seterusnya:

“Tidak patut bagi seorang Mu’min memandang kepada saudaranya dengan pandangan yang boleh menyakiti hatinya.”

Sabdanya lagi
“Tidak patut bagi seorang Muslim mengancam orang Muslim lainya.”

Lagi sabdanya:
“Hanyasanya dua orang yang sedang duduk dalam sesuatu majlis itu, hendaklah menjaga amanat Allah azzawajalla, maka tiada boleh seorang dari keduanya melahirkan suatu rahsia yang dibenci oleh saudaranya.”

Ujian yang paling utama harus ditujukan kepada orang yang bersifat dengan budi pekerti yang luhur, ialah sifat sabar atas segala macam perkara yang menyakiti hati, dan menanggung segala kelakuan yang tidak disenangi.

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berjalan-jalan bersama sahabatnya Anas, mereka bertemu dengan seorang Badwi, lalu Badwi itu menarik baginda secara kasar dan keras, sedang baginda memakai kain tutup buatan Najran yang kasar tepi-tepinya. Berkata Anas menceritakan berita ini: Saya boleh nampak pada leher baginda Rasulullah s.a.w. ada bekas yang ditinggalkan orang tarikan orang Badwi itu oleh kerana sangat kuatnya tarikan itu. Kemudian Badwi itu berkata kepada Baginda: Wahai Muhammad! Berikanlah aku harta Allah yang ada padamu! Rasulullah s.a.w. menoleh kepada Badwi itu seraya tertawa. Kemudian baginda menyuruh agar Badwi itu diberikan kehendaknya.

Demikianlah pula apabila orang-orang Quraisy terlalu banyak yang menyakiti baginda, maka baginda hanya berdoa begini:

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah terhadap kaumku! Sesungguhnya mereka tiada mengetahui.”
Diceritakan bahwa al-Ahnaf bin Qais pernah ditanya oleh orang, katanya: Dari siapa engkau belajar menjadi penyantun? Jawabnya: dari Qais bin ‘Ashim. Orang itu bertanya lagi: Sampai ke darjat manakah penyantunannya? Jawab al-Ahnaf: Pada suatu ketika, sedang ia duduk di rumahnya, maka datanglah jariahnya membawa pacak pemanggang besi yang ada daging panggangnya. Tiba-tiba pacak itu terlepas dari tangan jariah dan jatuh mengenai anak kecil Qais hingga menyebabkan anak itu mati. Jariah terperanjat dan bingung. Kata Qais: Engkau tak usah takut, tetapi kini aku merdekakan engkau kerana Allah Ta’ala.

Diriwayatkan lagi bahwa Saiyidina Ali bin Abu Talib karamallahuwajhah pernah memanggil hamba sahayanya, tetapi hamba itu tidak datang. Dipanggilnya kedua kali dan ketiga kali, ia masih tidak juga datang. Maka Ali pun mendatanginya. Dilihatnya hamba itu sedang baring bersenang-senang. Ali bertanya: Hai, apakah engkau tidak dengar panggilan aku? Hamba itu berkata: Bahkan saya dengar. Ali bertanya lagi: Tapi apa sebabnya engkau tidak menjawab penggilanku? Kata hamba: Saya tahu tuan tidak akan menyiksa saya atas kelakuan saya, maka saya pun malas hendak menjawab. Saiyidina Ali pun berkata lagi: Pergilah dari sini engkau, aku merdekakan kerana Allah Ta’ala.
Sekali peristiwa, pernah seorang wanita memanggil Malik bin Dinar (seorang perawi Hadis yang terkenal – pent) katanya: Wahai orang yang banyak riya’! Maka dijawab oleh Malik bin Dinar: Wahai ibu! Sebenarnya engkau telah mengingatkan aku semula namaku yang telah dilupai oleh seluruh penduduk Basrah.

Demikianlah contoh-contoh jiwa yang telah direndahkan dengan latihan, sehingga menjadi lurus budi pekertinya dan bersih suci kebatinannya dari segala penyakit penipuan, kepalsuan dan hasad dengki. Jiwa yang serupa inilah yang akan menghasilkan keredhaan dengan segala yang ditentukan oleh Takdir Allah Ta’ala dan itulah yang dikatkan setinggi-tinggi keluhuran budi pekerti.

Oleh itu orang yang tiada menemui tanda-tanda ini dalam dirinya, jangan pula ia bermegah diri, sehingga menyangka yang ia bersifat dengan budi pekerti dan akhlak yang luhur. Sebaliknya hendaklah ia bertekun bersungguh-sungguh dalam melatih dirinya, dan berjuang menahan hawa nafsunya, sehingga ia berjaya pula mencapai darjat keluhuran budi pekerti dan akhlak. Sesungguhnya yang demikian itu adalah suatu darjat yang paling tinggi, yang tidak akan dicapainya, melainkan setelah ia sampai ke darjat para muttaqin dan shiddiqin.

0 comments:

Menjaga Keaiban Diri Dan Pasangan

“Untuk membina kreadibiliti diri, anda tak perlu menceritakan hal peribadi.. rumah tangga pasangan suami isteri”

Kadang kala saya lihat status-status mereka yang selalu menceritakan hal peribadi pasangan masing-masing. Tak kira samaada perkara itu baik atau tidak. Saya rasa kurang selesa dengan situasi itu sebenarnya.. Pendapat anda bagaimana?

Menceritakan keburukan pasangan masing-masing samalah ‘mengumpat’ menyebarkan keaiban diri pasangan masing-masing. Apa yang saya bimbangkan jika hal yang diceritakan itu, akan memusnahkan intitusi kebahagian rumah tangga yang dibina bertahun tahun-tahun lamanya. Diingatkan bahawa membuka keaiban diri sendiri atau hal pasangan masing-masing adalah larangan keras dari Allah S.W.T. dan mengundang kemurkaan-Nya. Bila timbunya kemurkaan Allah S.W.T maka dikuatiri Allah turunkan bala kepadanya. Tak henti-henti beliau diuji dengan bermacam masalah. Balasan keranaselalu menyusahkan orang lain.

Ketahuilah bahawasanya Allah Azzawajalla, bila menghendaki bagi hambaNya sesuatu kebaikan, terlebih dulu dinampakkan kepadanya keaiban-keaiban diri sendiri. Maka barangsiapa bashirahnya (matahatinya) terbuka, tidak akan terlindunglah segala keaiban dirinya. Jika ia telah mengetahui keaiban diri, mudahlah ia mencari ubatnya. Akan tetapi kebanyakan orang tiada nampak keaiban diri sendiri. Dia boleh nampak debu yang kecil di mata orang lain, tetapi pohon di hadapan mata sendiri tiada dilihatnya.

Jadi barangsiapa yang ingin mengenal atau mengetahui keaiban-keaiban diri sendiri, maka di sini disediakan empat cara:

Cara pertama: Hendaklah ia duduk dengan seorang Syaikh (Guru) yang terang matahatinya. Guru itu boleh mengetahui keaiban-keaiban diri, dan dapat menyingkap apa-apa yang bersarang di dalam hati dari berbagai-bagai noda dan penyakit, lalu ia pun menurut petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh guru itu dalam perjuangan menolak bahaya-bahaya itu. Inilah caranya seorang murid dengan gurunya, iaitu guru akan memberitahukan kepadanya segala keaiban-keaiban dirinya dan ditunjukkan pula cara-cara mengubatinya.

Cara kedua: Hendaklah ia mencari seorang teman karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lurus agamanya, Teman ini akan memerhatikan segala tingkah lakunya. Apa yang dibenci dari kelakuan, perbuatan atau keaiban-keaibannya diingatkannya. Cara beginilah yang biasa dilakukan oleh orang-orang bijak pandai dari pemuka-pemuka agama.

Umar Ibnul-Khattab r.a. pernah berkata: Semoga Allah merahmati orang yang menunjuki aku akan keaibanku. Beliau pernah bertanya kepada Huzaifah, katanya: Engkau adalah tempat Rasulullah s.a.w. menyimpan rahsianya mengenai orang-orang munafikin. Adakah kiranya padaku ini tanda-tanda nifaq?

Meskipun kita semua telah mengetahui, bahwa Saiyidina Umar itu mempunyai tingkatan yang tinggi dan kedudukan yang mulia, namun beliau masih juga mencurigai dirinya sendiri.

Oleh itu sepatutnya setiap orang yang telah sempurna akalnya, dan yang mulia kedudukannya, hendaklah bersikap lebih sedikit kemegahannya, tetapi lebih banyak prasangkanya terhadap diri sendiri. Malah harus merasa gembira jika ada orang yang suka menegur tentang keburukan-keburukan perilakunya. Tetapi alangkah amat jarang sekali orang yang bersikap semacam ini! Ini semua terbit dari kelemahan iman manusia kepada Tuhan. Padahal budi pekerti jahat boleh diumpamakan seperti ular dan kala jengking yang suka menyengat orang.

Andaikata ada orang yang memberitahu kita, bahwa di dalam baju kita ada kala jengking, tentulah kita akan merasa terhutang budi kepada orang itu. Kita akan merasa gembira dan berterima kasih kepadanya, lalu kita segera pula menghapuskan kala jengking itu dan membunuhnya. Padahal sengatan kala jengking terhadap badan kita itu tidak kekal sakitnya, hanya sehari dua saja. Adapun penguasaan budi pekerti yang rendah ke atas pangkal hati dikhuatiri akan berterusan, kekal abadi sehingga sesudah mati.

Kemudian kita sering tidak senang jika ada orang yang mengingatkan tentang budi pekerti kita yang rendah itu, dan kita sendiri tidak pernah pula mencuba untuk menghilangkannya dari jiwa kita. Malah kita menentang pula orang yang memberi nasihat itu dengan berkata: Engkau juga tidak kurang cacatnya dariku. Dengan itu kita bukan mengambil manfaat dari nasihat orang itu, malah telah menghidupkan suatu permusuhan dengannya. Kelakuan serupa ini adalah timbul dari kekerasan hati yang telah disebabkan oleh terlalu banyak dosa. Dan pokok serta punca segala-gala itu ialah keimanan yang lemah.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia mengurniakan kita petunjuk, menampakkan kepada kita keaiban-keaiban diri kita, dan mendorong kita supaya mengubatinya serta memberi kita taufiq dan hidayatNya, supaya kita dapat berterima kasih kepada sesiapa yang memberitahu kita tentang kesalahan-kesalahan kita dengan anugerah dan keutamaan Allah.

Cara ketiga: Hendaklah mengambil faedah (berlapang dada) bila mengetahui keaiban-keaiban diri dari cacian lidah-lidah musuh, sebab pandangan orang yang benci itu akan menampakkan berbagai-bagai kekurangan diri. Barangkali faedah yang didapati dari seorang musuh yang hatinya penuh kebencian, dan mulutnya tidak lepas dari cacian, lebih banyak faedahnya dari seorang kawan yang suka bermuka-muka, menyanjung dan memuji-muji, padahal keaiban diri kita tidak pula ditunjukkan kepada kita. Hanyasanya tabiat itu memanglah lebih tertarik kepada mendustakan apa yang dikatakan oleh musuh walaupun benar, serta menganggap segala-gala itu timbulnya dari sebab hasad dan dengki. Akan tetapi bagi orang yang bijaksana, dianggapnya segala kata-kata musuhnya itu amat berguna, sebab keaiban-keaiban diri itu tidak boleh tidak mestilah dihambur-hamburkan oleh mereka.

Cara keempat: Hendaklah ia suka bergaul dengan orang ramai. Kemudian setiap yang dilihatnya tercela di kalangan mereka itu, maka hendaklah ia bertanya pada diri sendiri, adakah perkara serupa itu dilakukannya. Sebab orang Mu’min itu adalah cermin kepada Mu’min yang lain. Sepatutnya ia boleh melihat dan meneliti keaiban-keaiban dirinya daripada keaiban-keaiban orang lain. Sesungguhnya tabiat manusia itu lebih kurang sama dalam menuruti hawa nafsu. Setiap suatu sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil ada juga pada diri sendiri, malah kadangkala lebih dahsyat dari itu, ataupun sekurang-kurangnya ada juga sedikit daripadanya barangkali. Sebaik-baiknya ia meneliti diri sendiri , dan adalah lebih baik ia membersihkan kecelaan dirinya daripada mencela orang lain. Ingatlah tiada cara lebih utama dari mendidik diri secara ini.
Andaikata semua orang mahu menjauhi segala kecelaan yang dilihatnya ada pada orang lain, niscaya mereka tidak perlu lagi kepada didikan pendidik. Kesemua ini adalah sebagai jalan keluar bagi orang yang tiada mendapatkan guru yang pintar yang boleh mendidik dan menasihatinya dalam urusan agama. Kecuali jika ia boleh mendapat seorang guru, maka samalah seperti mendapat seorang doktor. Hendaklah ia membiasakan diri dengan doktor itu, sebab doktor akan menyelamatkan dirinya dari penyakit.

0 comments:

Apa itu Terarium???


Dapat dikatakan, Terarium adalah media yang terbuat dari kaca atau plastik transparan berisi tanaman (biasa disebut vivarium : seni taman mungil di dalam wadah kaca), yang menggunakan media tanam dan jenis tanaman khusus sehingga dapat hidup dengan baik di dalam ruangan. Selain itu, Terarium mampu menghadirkan nilai artistik tersendiri dalam botol kaca, yang tidak dapat ditemui pada tanaman yang sekadar diletakkan pada rak susun, dalam pot atau bahkan taman yang luas.

Fungsi Terarium??
Terarium bisa dijadikan hiasan atau hadiah bagi orang-orang tersayang serta peralatan yang sangat unik dan menarik untuk berbagai acara seperti pernikahan, ulang tahun, seminar dan lain-lain, dapat juga sebagai hiasan atau dekorasi dalam rumah atau luar rumah, kafe, restoran, hotel, pameran, bazar, gift shop, dan pasar.

Terarium juga sebagai alternatif kemudahan bagi media penelitian sekaligus tanaman hiasan, membuat penghijauan di ruang tidur, ruang makan, atau kamar mandi. Kehadiran terarium dalam ruangan atau taman, baik di rumah, diluar rumah, maupun di galeri untuk memberikan cita warna dan suasana yang indah. Seolah kita memandang bola dunia yang di dalamnya terdapat alam tumbuh-tumbuhan yang subur dan indah.

Mereka yang tinggal di apartman dan tidak punya lahan besar, atau terlalu sibuk dan tidak sempat berkebun tapi tetap ingin melakukan penghijauan dan memiliki taman, mereka boleh memilih terarium. Terarium pun bisa mempercantik rumah yang besar, misalnya diletakkan di atas meja ruang keluarga.
Saat ini terarium banyak digunakan sebagai penghias ruangan, karena dipercayai mampu menyerap polusi dari asap rokok, kloroform, benzene, formaldehida, xylene dan trichloro etelen. Polutan tersebutlah yang dapat mengakibatkan Sick Building Syndrome. K dalam kaca ini merupakan tanaman anti radiasi, mengurangi jumlah gas polutan di udara kerena digunakan dalam metabolisme sel, menyerap radiasi alat-alat elektronik seperti TV, monitor, HP, dan lainnya.

Anatara fungsi lain ialah :-
1. Mempercantik Ruangan
2. Menciptakan Suasana Hijau atau Teduh di dalam Ruangan
3. Mendukung Kempen GO GREEN, untuk mengurangkan Pemanasan Global
4. Sebagai tanaman anti POLUSI dan tanaman anti RADIASI
5. Mengurangi jumlah gas polutan di udara yang penting bagi metabolisme sel
6. Menyerap radiasi alat-alat elektronik seperti TV, monitor, dan HP
7. Menyerap bau tak sedap (seperti asap rokok)
8. Menciptakan seni miniatur taman dalam kaca (hutan hujan tropis, ekosistem gurun, kebun sayur, dll.)
9. Menciptakan seni minimalis berkebun tanaman hias yang unik
10. Menyegarkan ruangan sehingga udara menjadi lebih segar
11. Alternatif membuat taman/kebun/penghijauan di lahan terbatas
12. Alternatif kemudahan bagi media penelitian dan pelestarian tanaman
13. Alternatif dekorasi dalam ruang

Kaedah penjagaan Terarium
1. Cukup 1 kali Siram dalam Seminggu, dengan alat Sprayer
2. Jangan tanam pokok lain selepas siap buat
3. Menyiram cukup dengan membasahi air sedikit saja, di dekat pangkal
4. Menyiram secara berlebihan akan mengakibatkan tanaman busuk, kerana jenis tanaman ini tahan dalam air yang sedikit
5. Keluarkan Terarium 1 atau 2 minggu sekali, untuk mendapatkan sinar Matahari. Paling bagus sinar Matahari disaat pagi, atau cukup dengan manaruh di teras saat Matahari mulai terik.

0 comments:

Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah Di Pahang. Apa nak jadi negara kita???

Alasan buat kerja amal
Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri.

Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.

Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.

Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.

Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.

Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur.

Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.

“Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.

“Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” katanya.

Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing.

Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan ‘catwalk’ persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air.

Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya ‘Rozita Che Wan’ dan ‘Tiz Zakiah’.

Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara ‘miming’ sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan.

Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit.

Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara. -HM



  

0 comments:

Kanak-kanak 10 tahun cuba bunuh diri

Seorang pelajar kelas 2 SD cuba bunuh diri dengan cara memanjat tower elektrik. Dia frustasi dengan ejekkan teman-teman di sekolahnya.

Ngatman, terus menangis dan berteriak teriak di atas tower setinggi 60 meter tersebut. Kanak-kanak10 tahun ini juga mengusir semua temannya yang berada di bawah tower untuk segera pergi. Dia terlihat tertekan dan trauma jika melihat teman-teman sekolahnya.

Warga yang melintas terkejut mendengar suara tangisan anak kecil. Setelah dicari ternyata ada anak kecil menangis di ujung tower. Warga kemudian melaporkan polis.

Menurut Supardi, kakak Ngatman yang tinggal di Deslajer, Kecamatan Penawangan, pada pagi harinya adiknya minta agar segera dikirim wang sekolah. Namun sampai di sekolah, dia mendapat khabar kalau adiknya cuba bunuh diri.

Polis dan warga terus berusaha memujuk Ngatman untuk segera turun. Sambil menangis, dia hanya menggelengkan kepala dan menolak turun.

Setelah hampir 6 jam di atas tower, Ngatman akhirnya bersedia turun dengan syarat semua teman-teman pondok pergi dari lokasi. Kanak-kanak ini kemudian dibawa ke tempat yang tenang.

Di situ Ngatman mengaku dirinya kerap dijaili teman-teman di sekolah. Karena frustasi jadi bulan-bulanan teman, dia memilih mengakhiri hidup dengan naik tower.

0 comments:

UPDATE: Isu perhimpunan mahasiswa


UPADATE SEMASA

Pukul 6.40 Petang - Alhamdulillah, 8 Mahasiswa yg ditahan telah dbebaskn & Skrg mereka sdg mgadakan sidang media. Pihak polis masih tidak bjaya mberi pjelasan, apakah alasan mereka dtangkap.
pukul 6.15 petang - Skrg 3 Org Mahasiswa telah dbebaskn iaitu Safwan Anang, YDP PMIUM, Syukri Kamaruddin Pgerusi SMM, Izzudin Helmi SU SMM & 5 lagi masih dlm proses jaminan. Pihak polis pula msh membisu & enggan beri ktrgn pd media.

pukul 5.45 petang-Lebih 50 Mahasiswa sdg bkumpul d balai polis travers & skrg masih dlm proses penjaminan. Pihak polis msh enggan mberi pjelasan kpd media

Baca Seterusnya »

0 comments:

UPDATE: Lebih 50 Mahasiswa sdg bkumpul d balai polis travers- Isu perhimpunan

Anggota polis bantuan di KL Sentral hari ini menahan 11 orang - lapan pelajar dan tiga wartawan - selepas satu sidang media di hab pengangkutan awam itu pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, anggota polis berkenaan mengarahkan pelajar tersebut supaya jangan berkumpul dalam kompleks pengangkutan awam.

Bagaimanapun, walaupun pelajar berkenaan bersurai seperti yang
diarah, tetapi lapan daripada mereka ditangkap ketika hendak meninggalkan stesen tersebut bersama tiga orang wartawan.

“Mereka ditahan selepas kami telahpun teredar. Malah, ada antaranya ditahan ketika hendak masuk ke dalam keretapi apabila mereka dipanggil dan ditahan," kata jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin (kanan).

Katanya, mereka diberitahu yang mereka ditahan kerana menyertai perhimpunan.

Sementara itu, KeadilanDaily melaporkan, kad pengenalan tiga wartawan dan lapan pelajar tersebut dirampas oleh anggota polis bantuan berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Jalan Travers.

Tiga wartawan tersebut adalah dari KeadilanDaily yang berada di sana untuk menghadiri sidang media program Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat berkomuter dari KL Sentral ke Seremban.

Program itu dianjurkan oleh SMM. Turut sama ditahan, menurut KeadilanDaily, ialah seorang jurugambar dari TV Selangor


UPADATE SEMASA
pukul 5.45 petang-Lebih 50 Mahasiswa sdg bkumpul d balai polis travers & skrg masih dlm proses penjaminan. Pihak polis msh enggan mberi pjelasan kpd media.

pukul 6.15 petang - Skrg 3 Org Mahasiswa telah dbebaskn iaitu Safwan Anang, YDP PMIUM, Syukri Kamaruddin Pgerusi SMM, Izzudin Helmi SU SMM & 5 lagi masih dlm proses jaminan. Pihak polis pula msh membisu & enggan beri ktrgn pd media.

0 comments:

(Video)Pelajar Menguap Nga-nga Mulut Sampai 5 Jam - Terpaksa Di Bawa Ke Hospital

Seorang pelajar yang sedang berada di kelasnya rasa mengantuk dan menguap. Oleh kerana terlalu power sangat nguapannya, mulutnya tidak dapat ditutup semula akibat jem tersangkut rahang.

Mulanya dia cuba menutupnya sendiri tapi tak dapat. Dia memberikan isyarat pada kawannya yang cuba membantunya, namun cubaan kawannya tersebut hanya menyakitkan lagi mulut serta rahangnya.

Akhirnya mereka terpaksa memberitahu guru yang bertugas yang kemudiannya membawa pelajar menemui jururawat sekolah. Jururawat juga gagal menutup semula mulut pelajar tersebut. Dia kemudiannya terpaksa di bawa ke hospital menemui doktor.

Semasa menunggu doktor pelajar wakita itu terpaksa menutup bahagian mulutnya akibat malu. Secara keseluruhannya dia berada dalam keadaan ternganga selama 5 jam.

Memang power punya menguap. Mungkin pecah rekod dunia. Agaknya pelajaran apa yang sedang diajarkan guru ketika itu. Tentu guru tersebut sungguh membosankan cara mengajarnya.

Berhati-hati jika anda menguap, ikutlah sunah dengan menutup mulut anda yang terdedah dengan tangan. Control sedikit mulut itu dengan tangan anda agar tak over-terbuka.

Tahu macam mana doktor buat untuk kasi mulut tutup semula?, doktor buka dengan lebih luar mulut tu perlahan-lahan sampai rahang betul semula pada kedudukannya. Begitulah cara nak betulkan rahang yang tergelincir dari tracknya. Kalau jadi kat anda esok tahulah macam mana nak selesaikannya.


0 comments:

Kelantan berpestal Gol di Kota Bharu

Pendahulu LIGA SUPER 2011, Kelantan berpesta gol di stadium sultan muhammed ke – iv kota bharu selepas membelasah pasukan Felda United 6 – 0.

Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke 33″ menerusi pemain tengah Shakir Shaari dengan rembatan jarak 25 meter menewaskan penjaga gol felda united, sepuluh minit kemudian Felda United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas pemain felda mengasari Chanturu dalam kotak penalti dan Shahrul Idlan Talaha tidak mensia siakan penalti tersebut untuk menjaringkan gol peribadinya yang ke – 7 musim ini.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan Kelantan 2 – 0 Felda United.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus menguasai permainan dengan melakukan banyak serangan berbanding pasukan pelawat dan hasilnya pemain gantian, Nizad Ayub berjaya menjaringkan gol ke – 3 Kelantan pada minit ke 62″ walaupun baru 5 minit masuk ke padang menggantikan Shahrul Idlan Talaha.

Nizad Ayub sekali lagi menggamatkan Stadium Sultan Muhammad Ke – IV dengan menjaringkan gol ke – 4 Kelantan pada minit ke 73″ untuk Kelantanselesa di depan dengan jaringan 4 – 0.

Danial Fadzly Abdullah menambah derita pelawat pada minit ke 84″ apabila sepakan percumanya berjaya menggegar jaring pasukan Felda United dengan kedudukan 5 – 0.

Izuan Solahuddin menamatkan malam gilang gemilang Kelantan dengan gol ke – 6 Kelantan dan juga gol pertamanya dalam perlawanan pertama beliau bersama Skuad Senior Kelantan pada minit ke 90″.

Tamat Perlawanan Kelantan FA 6 – 0 Felda United.Kelantan berjaya merampas kembali takhta Liga Super 2011 selepas Selangor tewas kepada T-Team 0 – 2 dan Perak pula di kejutkan dengan kekalahan pertama kepada Sabah dengan jaringan 2 – 1.



0 comments:

Kelantan membenam Felda United

Penjaring Gol kelate male ni
Gol 1 : Shakir Shaari
Gol 2 : Nor Shahrul idlan Talaha (penalti minit ke-43)
Gol 3 : M. Nizab Ayub
Gol 4 : M. Nizab Ayub
Gol 5 : Daniel Fadzly Abdullah
Gol 6 : Khairan Izuan Razali
Keputusan 10 April

Ranking Pada 10 April 2011



0 comments: