amir rajalawak sebenarnya adalah seorang yang genius

ramai yang mengatakan amir rajalawak buat lawak tak menjadi, tak lawak langsung, syok sendiri, gagap, ntah apa-apa dan macam-macam lagi.. pada mulanya aku bersetuju dengan pendapat orang ramai ini.. hujung minggu yang lalu, aku telah menonton rancangan maharaja lawak di televisyen.. bila AC mizal menjemput amir rajalawak ke gelanggang, rakan-rakanku yang lain tidak mahu menonton.. pendek kata ketika persembahan amir tu, sama ja macam iklan dimana penonton pergi ke dapur bancuh kopi atau ke jamban membuang air..


aku tetap dengan pendirian aku untuk menonton persembahan amir.. dari mula persembahannya sehinggalah dia habis membuat persembahan, wajah aku 'flat'.. langsung tidak muncul senyuman atau tawa riang.. dalam hati aku berkata "wtf! apa benda dia buat ni?".. memang tak lawak langsung.. rasa macam nak buh penendang.. tapi kini pendapat aku berubah selepas aku mendapati amir ini sebenarnya adalah seorang yang genius!

amir mampu membuat lawak berperingkat.. orang ketiga yang menonton orang yang sedang menonton amir membuat lawak, pasti akan merasa lawak kerana melihat orang itu tidak berasa lawak

anda tidak akan rasa nak tergelak terhadap lawak amir pada kadar serta merta, tetapi kesan atau effect dari lawak amir itu mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu ataupun sebulan..


dua hari selepas aku menonton rancangan maharaja lawak, ada kawan aku yang terlepas untuk menonton rancangan itu, bertanyakan kepada aku kerana dia mahu menonton di youtube "weh, sapa lagi yang best dalam maharaja lawak minggu lepas?".. sebagai seorang yang berperangai sarkastik, aku menjawab "amir best weh.. minggu ni dia perform gilababi.. memang lawak".. lalu kawan aku terus membuat carian di youtube dan menonton video amir ketika persebahan 2 hari lepas..

video : maharaja lawak amir minggu 3

aku perhatikan kawan aku dari jauh.. aku ketawa kesorangan.. aku senyum lebar.. bila kawan aku dah tengok video tu sampai habis, dia berkata "apa lancau lawak dia ni? tak lawak pun!!" terus aku gelak besar sebab tengok muka kawan aku flat dari mula sampai habis.. jadi terbukti amir rajalawak adalah seorang yang genius.. beliau bukan saja layak mendapat title 'maharaja' bahkan 'kepala bapak maharaja lawak'..

video : yang ni ultra super maharaja lawak

** update : kenapa amir tak kalah-kalah lagi ni?? (link)

2 comments:

Harga Emas Kekal Tinggi

Harga emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.
Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.

Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”
Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.
“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

0 comments:

10 Amalan Popular Tapi Songsang

Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

0 comments:

Pelajar Dicabul Dalam Kelas

Arau: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka. Gambar fail

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja.

“Siasatan polis mendapati suspek turut melakukan perbuatan sama terhadap seorang pekerja wanita lain di pasar raya sama sebelum ini. “Polis sudah mendapatkan perintah reman lima hari sehingga 24 April ini untuk siasatan lanjut. Dia memegang paha mangsa yang bekerja di pasar raya berkenaan,” katanya. -hm

0 comments:

Mati Ditikam Kerana Rakam Dan Edar Aksi Seks Jiran

Tikam mati jiran sebar aksi seks

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu. Gambar hiasan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.

Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.

Suspek berusia 44 tahun yang ketika itu berada dalam bilik menyedari perbuatan La, lalu segera keluar untuk menemuinya, namun La beredar.

0 comments:

Timb KSU Dicekup Khalwat Bersama Pembantu

Georgetown: Hasil intipan beberapa jam, seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi semalam. Gambar fail

Dalam serbuan jam 4 pagi, pegawai berusia 51 tahun itu ditahan bersama wanita berkenaan selepas dipercayai bersekedudukan di sebuah bilik hotel itu dalam keadaan mencurigakan.

Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) serta seorang anggota polis.

Pasangan terbabit dibawa secara berasingan ke Balai Polis Batu Feringghi, dengan pegawai berkenaan menggunakan laluan pantai di belakang hotel untuk mengelak diserbu pihak media yang menunggu hampir dua jam.

Pegawai berkenaan dilihat mengenakan kemeja T merah, manakala wanita terbabit memakai kemeja T putih dan kedua-duanya memakai jeans ketika dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi yang terletak 300 meter dari hotel berkenaan.

Difahamkan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan sebuah kementerian berjawatan Timbalan Ketua Setiausaha kerana dipercayai berkhalwat.

Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu. -SH

0 comments: