Kembali menduduki Liga Super - Kelantan
KOTA BHARU – Tampuk pendahulu liga sekali lagi bertukar tangan, setelah Kelantan berjaya mengalahkan Kuala Lumpur 2-0 dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia, kemenangan malam tadi membolehkan The Red Warriors kembali merampas kedudukan dengan menyingkirkan pendahulu liga sebelum ini, Selangor ke tangga kedua menerusi perbezaan jaringan gol setelah kedua-dua pasukan terikat jumlah mata yang sama sehingga perlawanan malam tadi.
Seawal minit kelima, Kelantan mencemaskan pintu gol Kuala Lumpur menerusi rembatan deras Norshahrul Idlan Talaha yang tinggi melewati pintu gol setelah menyambut baik lontaran ke dalam Mohd Daudsu Jamaluddin sebelum itu.
Lima minit kemudian, giliran pasukan pelawat pula mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi serangan balas pantas yang dilakukan Khairul Anuar Safie namun sepakan gunting See Kok Luen pula tidak mengenai sasaran.
Tiga minit kemudian, anak buah Razip Ismail sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi sepakan gunting Khairul Anuar dalam situasi kelam kabut didepan pintu gol Kelantan, namun Khairul Fahmi Che Mat pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan.
Pada m-19, Kelantan seharusnya berada didepan namun S Chanturu mensia-siakan peluang terbaiknya apabila rembatan leretnya tersasar hanya beberapa meter disebelah kiri pintu gol Kuala Lumpur.
Seminit kemudian, penjaga gol pasukan pelawat, Norazlan Razali sekali lagi bekerja keras digawang golnya apabila terpaksa merembahkan badan untuk menyelamatkan rembatan kencang Muhammad Ramzul Zahini Adenan.
Pada m-22, penyerang Kuala Lumpur, Muhammad Shafiq Johari mencuri tumpuan apabila sempat melakukan rembatan kencang dari sebelah kanan pintu gol memaksa Khairul Fahmi melayangkan badan menepis keluar percubaan tersebut.
Pada m-24, Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi menceriakan penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol pertama dalam perlawanan malam tadi. Gerakan solo menariknya dari tengah padang yang memperdayakan tiga pemain pertahanan Kuala Lumpur berakhir dengan rembatan rendahnya tepat menerjah jaring sebelah kiri untuk gol pertama Kelantan.
Separuh masa kedua menyaksikan Kuala Lumpur terlebih dahulu bijak mencuri peluang untuk memburu gol penyamaan apabila rembatan kencang Ahmad Hazwan Bakri pada m-48 nyaris menghasil gol namun Khairul Fahmi sempat melayangkan badan menyelamatkan percubaan tersebut.
Namun pada m-58, Muhd Badhri pula terlepas untuk menjaringkan gol peribadi keduanya apabila percubaannya dari luar kotak penalti dipatahkan Norazlan sekali lagi.
Tiga minit kemudian, penyokong setia Kelantan sekali lagi hampa apabila rembatan Norshahrul Idlan didalam kotak penalti ditepis keluar Norazlan sementara rembatan susulan Mohd Nizab Ayub pula tinggi melewati pintu gol Kuala Lumpur.
Begitu pun, semangat juang pemain muda skuad warga kota itu harus diberi pujian kerana mempamerkan persembahan bertenaga malah dilihat mampu menyaingi kehebatan pemain Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Peluang terbaik mereka hadir pada m-64 menerusi hantaran lintang Fahrul Razi Kamaruddin ke dalam kotak penalti yang menyaksikan ‘dummy’ Ahmad Hazwan membolehkan Khairul Anuar melakukan rembatan namun Khairul Fahmi ternyata cukup bersedia menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi.
Kelantan sekali lagi kempunan untuk menjarakkan kedudukan pada m-73 apabila rembatan Norshahrul Idlan terkena tiang gol. Tindakan susulan Muhd Badhri selepas itu menyaksikan bola disepak keluar pertahanan Kuala Lumpur manakala rembatan susulan terakhir Mohd Izuan Salahuddin tersasar disebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.
Pada m-76, penyerang Kuala Lumpur, See Kok Luen seharusnya menceriakan pasukannya namun rembatannya singgah dipalang gol Kelantan biarpun Khairul Fahmi sudah terkeluar daripada posisinya ketika itu.
Akhirnya, pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Kelantan Ekpres’, S Chanturu menamatkan keresahan penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol kedua pada m-79. Berpunca lorongan cantik Muhd Badhri didalam kotak penalti, Chanturu pantas memanfaatkan peluang tersebut dengan merembat kencang untuk menewaskan Norazlan buat kali kedua.
Penyerang terbilang kebangsaan, Norshahrul Idlan gagal dalam usahanya untuk menambahkan koleksi gol peribadinya apabila percubaannya pada m-84 diselamatkan Norazlan biarpun hanya berhadapan dengan penjaga gawang Kuala Lumpur itu.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (Mohd Farisham Ismail), Zairul Fitree Ishak, Mohd Izuan Salahuddin (Mohd Nurul Azwan Roya), Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Mohd Nizab Ayub) dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-4-2
KUALA LUMPUR : Norazlan Razali, Fahrul Razi Kamaruddin, Muhd Shahrom Abd Kalam (KP), Farouk Hashim, Muhammad Shafiq Johari, Ahmad Dashila Tajudin, Khairul Anuar Safie (Muhammad Afiq Azmi), See Kok Luen (Mohd Badrul Hisyam Azmi), Mohd Nazrin Mohd Nawi, Ahmad Hazwan Bakri dan Muhd Hazwan Rahman (Mohd Syazmin Firdaus).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (8) Kuala Lumpur (5)
Percubaan tersasar : Kelantan (8) Kuala Lumpur (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (10) Kuala Lumpur (9)
Sepakan percuma : Kelantan (13) Kuala Lumpur (25)
Offsaid : Kelantan (6) Kuala Lumpur (6)
Kekasaran : Kelantan (18) Kuala Lumpur (6)
Kad kuning : Kuala Lumpur (Muhammad Shafiq Johari)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Kuala Lumpur (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1: Zulfikar Abdullah
Penolong Pengadil 2: Rosli Saaban
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Mohd Said
Kommisioner Perlawanan : Ajam Suhud
General Kordinator : Arif Hassan
dipetik dari kelate.net

0 comments: