UTM Johor Bahru: Pelbagai pihak tampil beri reaksi penganjuran Konsert ‘The Times’ 2011
Johor Bahru, 13 Mac: Pelbagai pihak tampil menyatakan reaksi terhadap penganjuran Konsert ‘The Times’ yang dianjurkan menerusi program UTM International Johor Horse Show 2011 di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Program UTM International Johor Horse Show 2011 yang berlangsung selama 4 hari bermula 10 hingga 13 Mac bertempat di Pusat Ekuin UTM ini bertujuan mengetengahkan sukan berkuda sebagai suatu aktiviti yang sihat di kalangan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.
Walaubagaimanapun, ekoran beberapa program selingan yang dianjurkan oleh pihak penganjur bersama-sama pertunjukan berkuda peringkat antarabangsa ini, beberapa pihak tampil untuk menyatakan pandangan. Antara program selingan yang telah dirancang termasuklah konsert yang menampilkan kumpulan rock ‘The Times’, Rhythm Of Champion dan Rumah Hantu. Reaksi ini timbul setelah mengambilkira pandangan ramai pihak yang meminta agar konsert berkenaan dibatalkan kerana tidak menepati prosedur perlaksanaan program yang digariskan oleh pihak universiti, bertentangan dengan dasar kebudayaan universiti serta tidak mendapat kelulusan di peringkat atasan universiti.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Kebudayaan Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Mohd Zahib Deraman berkata:
“…Pada peringkat awalnya, kita memang mengetahui wujudnya UTM International Horse Show, mesyuarat semua jelas, Tuanku akan datang, Mufti akan baca doa dengan susun aturnya dan selain daripada baca doa, menyanyikan lagu bangsa Johor, kita ambil dari Bukit Timbalan dan sediakan bas, dan Tuanku akan santap, nak lagu-lagu, kita bawa dari Bukit Timbalan, tiba-tiba, kita terkejut.. bila pula muncul konsert dan rumah hantu? Siapa yang buat? Kita pun tak tahu. Di UTM ini sebenarnya, jika kita hendak membuat program, ia ada caranya, dibentang di HEP. HEP akan tengok untuk lihat apa yang tak kena. Kita akan beri pandangan. Pengarah Kebudayaan, Pegawai Agama pun beri pandangan, kenapa ini tak boleh, kenapa itu tak boleh.. tiba-tiba ini (kain rentang konsert ‘The Times’) naik, saya pun tak tahu…”
Dalam satu kenyataan yang lain, beliau yang juga merupakan bekas pengetua kolej kediaman pelajar di Kolej Tuanku Canselor UTM telah menyelidiki latar belakang kumpulan ‘The Times’ dan mendapati kumpulan ini tidak sesuai untuk didatangkan ke UTM kerana ia merupakan kumpulan muzik serpihan yang bergabung, dan memiliki rekod yang tidak bersesuaian untuk dipersembahkan kepada seluruh warga dan mahasiswa UTM. Beliau turut berkata:
‘’…Jadi saya akan menghubungi pihak keselamatan UTM, untuk memberitahu dan berwaspada sekiranya kumpulan ini buat persembahan, kerana mereka akan menaikkan semangat para penonton dan memanggil mereka untuk berpesta, yang mana itu adalah dilarang…’’
Selain Unit Kebudayaan Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Islam UTM turut diminta memberi pandangan berkaitan hiburan yang menepati kehendak Islam. Dr Mohd Ismail Mustari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM turut memberi pandangan berkaitan konsep hiburan yang bersesuaian. Beliau telah memberikan cara dan garispanduan yang amat baik untuk dijadikan panduan oleh masyarakat Islam khususnya di UTM. Dengan merujuk kepada nas-nas Al-Quran dan hadith, beliau telah menyebutkan garispanduan hiburan yang sewajarnya dijadikan panduan oleh umat Islam. Selain menyatakan pandangan Islam berkaitan konsep hiburan yang dibenarkan, beliau turut mengetengahkan garispanduan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di negara kita sebagai panduan dalam memilih hiburan yang sihat. Ketika ditanya berkaitan garispanduan hiburan yang dibolehkan dalam Islam atau sebaliknya, beliau menjawab:
‘’…..Garispanduan yang menjadi ukuran sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam, adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan, diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai serta mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam. Selain itu, ia juga hendaklah tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat, tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan serta tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam….’’
Dari sudut persembahan artis, Dr Ismail memetik garispanduan yang dikeluarkan oleh JAKIM iaitu artis berkenaan hendaklah berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan. Berkaitan pemakaian pula, Dr Ismail menggariskan bahawa artis tersebut hendaklah berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
Selain Pusat Islam UTM, Pengarah Bahagian Keselamatan UTM, Encik Halim Bin Adam turut memberi reaksi berhubung konsert yang dianjurkan. Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap tindakan penganjur yang menjemput kumpulan ‘The Times’ datang ke UTM untuk membuat persembahan. Hal ini kerana, konsert berkenaan tidak dimaklumkan kepada pihak pentadbiran universiti, malah bahagian keselamatan universiti juga tidak mengetahui penganjuran konsert berkenaan. Sehubungan dengan itu, Timbalan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Bin Hj. Ninggal dalam kenyataan ringkasnya turut mengakui bahawa konsert berkenaan bukan program anjuran Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) UTM dan berjanji akan melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.
‘’….kalau kumpulan The Times tadi, ini adalah kali kedua dia akan sampai ke UTM, jadi kalau kita terus-terusan menyalahkan pihak luar yang datang, tapi kita kena lihat yang menjemputnya adalah mahasiswa. Dan ketika saya berada di HEMA dahulu, perkara yang sama (penilaian terhadap program agar bersesuaian dengan kehendak universiti dan melihat kepada kesannya) kita bangkitkan setiap sesi pesta konvokesyen berlangsung. Jadi maknanya, walaupun kita lihat penganjurnya hanya pengarah ataupun beberapa orang AJK dan sedikit orang-orang lain, tetapi biasanya, besar keanggotaan ataupun keahlian yang terlibat dalam jawatankuasa penganjur adalah mahasiswa. Jadi kita tertanya-tanya adakah mesej yang kita sampaikan setiap sesi konvokesyen itu tidak sampai atau apakah masalahnya…’’
Di peringkat perwakilan mahasiswa, beberapa pihak telah tampil untuk memberi reaksi berhubung penganjuran konsert berkenaan. Beberapa pimpinan mahasiswa telah tampil untuk menyatakan reaksi terhadap konsert yang dianjurkan. Beberapa pertemuan telah diaturkan oleh pimpinan mahasiswa untuk menyatakan reaksi di peringkat awal termasuklah saudara Wan Ahmad Hazman Bin Wan Daud, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM, saudara Khairul Nizam Md Hussin, Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM, saudara Wan Frany Muhtaddin Bin Masbak Setiausaha Agung MPM UTM, saudara Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris, Exco Jabatan Kebajikan & Pelestarian Kampus MPM UTM, dan saudara Mohamad Zulhafiz Bin Ismail, Exco Jabatan Kerohanian & Integrasi Sosial MPM UTM.
Gabungan Kepimpinan Mahasiswa UTM:
Dari kiri: Wan Ahmad Hazman (Presiden), Khairul Nidzam (Tim. Presiden), Wan Frany (Setiausaha Agung), Iskandar Dzulkarnain (Exco Jabatan Kebajikan & Pelestarian Kampus), Mohd Zulhafiz (Exco Jabatan Kerohanian & Integrasi Sosial)
Saudara Khairul Nizam Md Hussin yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM berkata, beliau telah berusaha menemui pihak penganjur beberapa kali untuk menyatakan reaksi mendapati bahawa pihak penganjur membawa isu kepelbagaian sebagai faktor penganjuran konsert berkenaan. Selain itu, saudara Khairul Nidzam turut membangkitkan berhubung bidang kuasa di peringkat tertinggi, yang mana pihak penganjur seakan-akan tidak mengambilkira pandangan pihak atasan dalam penganjuran program berkenaan. Sebelum itu beliau dan Setiausaha Agung MPM UTM, Wan Frany Muhtaddin telah bertemu dengan pihak penganjur untuk berbincang mengenai konsert berkenaan. Hasil perbincangan awal berkenaan, Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM berjaya membatalkan program Battle Of The Band. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tetap meneruskan 2 program lain yang turut sama dibincangkan dalam pertemuan berkenaan iaitu iaitu Konsert ‘The Times’ dan Rumah Hantu dengan meletakkan syarat-syarat tertentu.
‘’..Kita di peringkat Persatuan Mahasiswa Islam yang mewakili mahasiswa Islam khususnya di UTM ini menolak sekeras-kerasnya akan pengajuran Konsert 'The Times' dan Rhythm Of Champion yang membawa budaya tidak sihat di kalangan mahasiswa UTM, kita mahukan agar segala penganjuran dan aktiviti yang dijalankan yang melibatkan masyarakat UTM dikaji dan ditapis sebaiknya …’’
Ekoran dari reaksi pelbagai pihak, Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia, Tn. Hj. Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd Rahman telah mengarahkan pihak penganjur agar konsert berkenaan dibatalkan setelah mempertimbangkan banyak faktor dan mengambilkira pandangan banyak pihak di universiti ini.
sumber
Walaubagaimanapun, ekoran beberapa program selingan yang dianjurkan oleh pihak penganjur bersama-sama pertunjukan berkuda peringkat antarabangsa ini, beberapa pihak tampil untuk menyatakan pandangan. Antara program selingan yang telah dirancang termasuklah konsert yang menampilkan kumpulan rock ‘The Times’, Rhythm Of Champion dan Rumah Hantu. Reaksi ini timbul setelah mengambilkira pandangan ramai pihak yang meminta agar konsert berkenaan dibatalkan kerana tidak menepati prosedur perlaksanaan program yang digariskan oleh pihak universiti, bertentangan dengan dasar kebudayaan universiti serta tidak mendapat kelulusan di peringkat atasan universiti.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Kebudayaan Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Mohd Zahib Deraman berkata:
“…Pada peringkat awalnya, kita memang mengetahui wujudnya UTM International Horse Show, mesyuarat semua jelas, Tuanku akan datang, Mufti akan baca doa dengan susun aturnya dan selain daripada baca doa, menyanyikan lagu bangsa Johor, kita ambil dari Bukit Timbalan dan sediakan bas, dan Tuanku akan santap, nak lagu-lagu, kita bawa dari Bukit Timbalan, tiba-tiba, kita terkejut.. bila pula muncul konsert dan rumah hantu? Siapa yang buat? Kita pun tak tahu. Di UTM ini sebenarnya, jika kita hendak membuat program, ia ada caranya, dibentang di HEP. HEP akan tengok untuk lihat apa yang tak kena. Kita akan beri pandangan. Pengarah Kebudayaan, Pegawai Agama pun beri pandangan, kenapa ini tak boleh, kenapa itu tak boleh.. tiba-tiba ini (kain rentang konsert ‘The Times’) naik, saya pun tak tahu…”
‘’…Jadi saya akan menghubungi pihak keselamatan UTM, untuk memberitahu dan berwaspada sekiranya kumpulan ini buat persembahan, kerana mereka akan menaikkan semangat para penonton dan memanggil mereka untuk berpesta, yang mana itu adalah dilarang…’’
Selain Unit Kebudayaan Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Islam UTM turut diminta memberi pandangan berkaitan hiburan yang menepati kehendak Islam. Dr Mohd Ismail Mustari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM turut memberi pandangan berkaitan konsep hiburan yang bersesuaian. Beliau telah memberikan cara dan garispanduan yang amat baik untuk dijadikan panduan oleh masyarakat Islam khususnya di UTM. Dengan merujuk kepada nas-nas Al-Quran dan hadith, beliau telah menyebutkan garispanduan hiburan yang sewajarnya dijadikan panduan oleh umat Islam. Selain menyatakan pandangan Islam berkaitan konsep hiburan yang dibenarkan, beliau turut mengetengahkan garispanduan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di negara kita sebagai panduan dalam memilih hiburan yang sihat. Ketika ditanya berkaitan garispanduan hiburan yang dibolehkan dalam Islam atau sebaliknya, beliau menjawab:
‘’…..Garispanduan yang menjadi ukuran sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam, adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan, diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai serta mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam. Selain itu, ia juga hendaklah tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat, tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan serta tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam….’’
Selain perkara tersebut, Dr Ismail turut menyentuh garispanduan dari segi persembahan muzik, lirik, persembahan artis dan persembahan tarian yang ditayangkan. Apa yang menarik, beliau turut memberikan komentar berkaitan lirik yang dipersembahkan dalam hiburan. Antara garispanduan lirik yang dinyatakan oleh beliau adalah lirik berkenaan hendaklah tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa. Selain itu, lirik berkenaan juga tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi serta tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.

0 comments: