Menjaga Keaiban Diri Dan Pasangan
“Untuk membina kreadibiliti diri, anda tak perlu menceritakan hal peribadi.. rumah tangga pasangan suami isteri”
Kadang kala saya lihat status-status mereka yang selalu menceritakan hal peribadi pasangan masing-masing. Tak kira samaada perkara itu baik atau tidak. Saya rasa kurang selesa dengan situasi itu sebenarnya.. Pendapat anda bagaimana?
Menceritakan keburukan pasangan masing-masing samalah ‘mengumpat’ menyebarkan keaiban diri pasangan masing-masing. Apa yang saya bimbangkan jika hal yang diceritakan itu, akan memusnahkan intitusi kebahagian rumah tangga yang dibina bertahun tahun-tahun lamanya. Diingatkan bahawa membuka keaiban diri sendiri atau hal pasangan masing-masing adalah larangan keras dari Allah S.W.T. dan mengundang kemurkaan-Nya. Bila timbunya kemurkaan Allah S.W.T maka dikuatiri Allah turunkan bala kepadanya. Tak henti-henti beliau diuji dengan bermacam masalah. Balasan keranaselalu menyusahkan orang lain.
Ketahuilah bahawasanya Allah Azzawajalla, bila menghendaki bagi hambaNya sesuatu kebaikan, terlebih dulu dinampakkan kepadanya keaiban-keaiban diri sendiri. Maka barangsiapa bashirahnya (matahatinya) terbuka, tidak akan terlindunglah segala keaiban dirinya. Jika ia telah mengetahui keaiban diri, mudahlah ia mencari ubatnya. Akan tetapi kebanyakan orang tiada nampak keaiban diri sendiri. Dia boleh nampak debu yang kecil di mata orang lain, tetapi pohon di hadapan mata sendiri tiada dilihatnya.
Jadi barangsiapa yang ingin mengenal atau mengetahui keaiban-keaiban diri sendiri, maka di sini disediakan empat cara:
Cara pertama: Hendaklah ia duduk dengan seorang Syaikh (Guru) yang terang matahatinya. Guru itu boleh mengetahui keaiban-keaiban diri, dan dapat menyingkap apa-apa yang bersarang di dalam hati dari berbagai-bagai noda dan penyakit, lalu ia pun menurut petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh guru itu dalam perjuangan menolak bahaya-bahaya itu. Inilah caranya seorang murid dengan gurunya, iaitu guru akan memberitahukan kepadanya segala keaiban-keaiban dirinya dan ditunjukkan pula cara-cara mengubatinya.
Cara kedua: Hendaklah ia mencari seorang teman karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lurus agamanya, Teman ini akan memerhatikan segala tingkah lakunya. Apa yang dibenci dari kelakuan, perbuatan atau keaiban-keaibannya diingatkannya. Cara beginilah yang biasa dilakukan oleh orang-orang bijak pandai dari pemuka-pemuka agama.
Umar Ibnul-Khattab r.a. pernah berkata: Semoga Allah merahmati orang yang menunjuki aku akan keaibanku. Beliau pernah bertanya kepada Huzaifah, katanya: Engkau adalah tempat Rasulullah s.a.w. menyimpan rahsianya mengenai orang-orang munafikin. Adakah kiranya padaku ini tanda-tanda nifaq?
Meskipun kita semua telah mengetahui, bahwa Saiyidina Umar itu mempunyai tingkatan yang tinggi dan kedudukan yang mulia, namun beliau masih juga mencurigai dirinya sendiri.
Oleh itu sepatutnya setiap orang yang telah sempurna akalnya, dan yang mulia kedudukannya, hendaklah bersikap lebih sedikit kemegahannya, tetapi lebih banyak prasangkanya terhadap diri sendiri. Malah harus merasa gembira jika ada orang yang suka menegur tentang keburukan-keburukan perilakunya. Tetapi alangkah amat jarang sekali orang yang bersikap semacam ini! Ini semua terbit dari kelemahan iman manusia kepada Tuhan. Padahal budi pekerti jahat boleh diumpamakan seperti ular dan kala jengking yang suka menyengat orang.
Andaikata ada orang yang memberitahu kita, bahwa di dalam baju kita ada kala jengking, tentulah kita akan merasa terhutang budi kepada orang itu. Kita akan merasa gembira dan berterima kasih kepadanya, lalu kita segera pula menghapuskan kala jengking itu dan membunuhnya. Padahal sengatan kala jengking terhadap badan kita itu tidak kekal sakitnya, hanya sehari dua saja. Adapun penguasaan budi pekerti yang rendah ke atas pangkal hati dikhuatiri akan berterusan, kekal abadi sehingga sesudah mati.
Kemudian kita sering tidak senang jika ada orang yang mengingatkan tentang budi pekerti kita yang rendah itu, dan kita sendiri tidak pernah pula mencuba untuk menghilangkannya dari jiwa kita. Malah kita menentang pula orang yang memberi nasihat itu dengan berkata: Engkau juga tidak kurang cacatnya dariku. Dengan itu kita bukan mengambil manfaat dari nasihat orang itu, malah telah menghidupkan suatu permusuhan dengannya. Kelakuan serupa ini adalah timbul dari kekerasan hati yang telah disebabkan oleh terlalu banyak dosa. Dan pokok serta punca segala-gala itu ialah keimanan yang lemah.
Kita bermohon kepada Allah agar Dia mengurniakan kita petunjuk, menampakkan kepada kita keaiban-keaiban diri kita, dan mendorong kita supaya mengubatinya serta memberi kita taufiq dan hidayatNya, supaya kita dapat berterima kasih kepada sesiapa yang memberitahu kita tentang kesalahan-kesalahan kita dengan anugerah dan keutamaan Allah.
Cara ketiga: Hendaklah mengambil faedah (berlapang dada) bila mengetahui keaiban-keaiban diri dari cacian lidah-lidah musuh, sebab pandangan orang yang benci itu akan menampakkan berbagai-bagai kekurangan diri. Barangkali faedah yang didapati dari seorang musuh yang hatinya penuh kebencian, dan mulutnya tidak lepas dari cacian, lebih banyak faedahnya dari seorang kawan yang suka bermuka-muka, menyanjung dan memuji-muji, padahal keaiban diri kita tidak pula ditunjukkan kepada kita. Hanyasanya tabiat itu memanglah lebih tertarik kepada mendustakan apa yang dikatakan oleh musuh walaupun benar, serta menganggap segala-gala itu timbulnya dari sebab hasad dan dengki. Akan tetapi bagi orang yang bijaksana, dianggapnya segala kata-kata musuhnya itu amat berguna, sebab keaiban-keaiban diri itu tidak boleh tidak mestilah dihambur-hamburkan oleh mereka.
Cara keempat: Hendaklah ia suka bergaul dengan orang ramai. Kemudian setiap yang dilihatnya tercela di kalangan mereka itu, maka hendaklah ia bertanya pada diri sendiri, adakah perkara serupa itu dilakukannya. Sebab orang Mu’min itu adalah cermin kepada Mu’min yang lain. Sepatutnya ia boleh melihat dan meneliti keaiban-keaiban dirinya daripada keaiban-keaiban orang lain. Sesungguhnya tabiat manusia itu lebih kurang sama dalam menuruti hawa nafsu. Setiap suatu sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil ada juga pada diri sendiri, malah kadangkala lebih dahsyat dari itu, ataupun sekurang-kurangnya ada juga sedikit daripadanya barangkali. Sebaik-baiknya ia meneliti diri sendiri , dan adalah lebih baik ia membersihkan kecelaan dirinya daripada mencela orang lain. Ingatlah tiada cara lebih utama dari mendidik diri secara ini.
Andaikata semua orang mahu menjauhi segala kecelaan yang dilihatnya ada pada orang lain, niscaya mereka tidak perlu lagi kepada didikan pendidik. Kesemua ini adalah sebagai jalan keluar bagi orang yang tiada mendapatkan guru yang pintar yang boleh mendidik dan menasihatinya dalam urusan agama. Kecuali jika ia boleh mendapat seorang guru, maka samalah seperti mendapat seorang doktor. Hendaklah ia membiasakan diri dengan doktor itu, sebab doktor akan menyelamatkan dirinya dari penyakit.

0 comments: