SANITASI DAN KESELAMATAN MAKANAN

SANITASI DAN KESELAMATAN MAKANAN

1.    Istilah
a)   Kebersihan
The creation and maintenance of conditions that will prevent food contamination or food-borne illness

b)  Pencemaran
The presence, generally unintended or harmful organisms or substances

c)   Pencemaran secara langsung
Is the contamination of raw foods or the plants or animals from which they come, in their natural settings or habitat. Foods can be easily contaminated by their general exposure to the environment. For instance grains can become contaminated by soil fumigants in the field, and shellfish can become contaminated by ingesting toxic marine algae

d)  Pencemaran secara tidak langsung
Is contamination that caused by chemical or micro organisms that transported by people like food handlers while processing, preparing, cooking or serving

2.    Faktor pencemaran makanan
a)    Kotoran dan kuman yang melekat pada sayuran yang tidak dibasuh bersih terutama sayuran yang dimakan mentah sebagai ulam seperti timun, daun pegaga, lettuce dan lain-lain
b)    Pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan diri seperti:
i)         Tidak mencuci tangan hingga bersih selepas menggunakan tandas
ii)        Tidak merawat luka atau bisul yang dihidapi
iii)       Menggunakan tangan untuk memegang makanan berbanding menggunakan penyepit makanan khas
iv)       Mengabaikan peraturan menggunakan peralatan dapur dengan cara teratur seperti menggunakan kain pengelap pinggan mangkuk untuk mengelap meja untuk menguli doh roti
v)        Mengabaikan penjagaan dan pembersihan peti sejuk yang sepatutnya dilakukan setiap minggu
vi)       Menyediakan makanan terlalu awal berbanding waktu hidangan, peti sejuk tidak berfungsi dengan sempurna dan tidak mengaplikasi aspek kebersihan dalam penyediaan makanan

3.    Pencemaran secara langsung
a)     Pencemar biologi
It is caused by bacteria, parasites and fungi. By understanding how those micro organisms live and reproduce, we can better understand how to protect food from them.

                               i)       Bakteria
-     Adalah mikroorganisma satu sel yang membiak secara pembelahan sel:
·   Kromosom (bahan genetic) membahagi dan kemudian nucleus terpisah
·   Setiap nucleus yang baru membawa bersama mereka bahan sel
-     Setiap bakteria membahagi kepada 2 dan setiap bacteria tersebut kemudiannya membahagi membentuk 4 dan kemudaiannya membahagi lagi membentuk 16 dan seterusnya.
-       Dalam keadaan yang produktif, setiap bacteria membahagi setiap 15-30 minit. Dalam masa 12 jam ia boleh membentuk 72 bilion bacteria
-       Bakteria berbentuk rod boleh menghasilkan spora
Spora:   struktur dinding keras digunakan untuk melindungi bacteria dari
   persekitaran yang melampau. Suhu dan teknik sanitasi    mungkin
   tidak dapat memusnahkan spora bacteria
-       Bakteria penting dalam membantu sistem pencernaan makanan dan pereputan sampah
-       Bakteria di klaskan mengikut bentuknya:
a)            Rod:             pendek
b)            Cocci:          bulat, leper dan berkelompok seperti Coccus
c)            Spirilla:        bentuk keriting atau berlingkar seperti Spirillium
     -    Bakteria boleh dicegah dengan menghalang factor-faktor yang membolehkan bacteria hidup dan membiak: makanan, suhu, kelembapan, pH, masa dan atmosphere yang sesuai
a)    Makanan – makanan yang mudah tercemar yang menggalak pertumbuhan bacteria terutamanya makanan berprotein tinggi seperti daging, ikan, karangan laut, hasilan tenusi, telur, bijirin dan sesetengah sayuran
b)    Suhu – Kebanyakan bacteria membiak dengan cepat pada suhu antara
60’F – 120’F (16’C – 49’C). Oleh itu suhu di antara 40’F – 140’F (4’C - 60’C) dikenali sebagai zon suhu merbahaya seperti:
§  dari 41’F (5’C) seperti dicadangkan oleh The Food and Drug Administration’s Model Food Code
§  dari 45’F (7’C) seperti dicadangkan oleh perundangan tempatan
-       Menyimpan makanan di luar zon suhu merbahaya dapat mengurangkan kebolehan bacteria untuk membiak samada di bawah 40’F atau melebihi 140’F
-       Prinsip suhu-masa adalah: 
·         menghidang makanan panas dalam keadaan benar-benar panas (antara 165’F – 212’F atau 74’C – 100’C) untuk membunuh bacteria yang mungkin tumbuh semasa penyimpanan sementara makanan sejuk dihidang atau disimpan dalam keadaan benar-benar sejuk.
-                                           Semasa memanas atau memanas semula makanan:
                                          i.   dalam kuantiti yang kecil pada sesuatu masa
                                        ii.   Kacau dengan kerap
                           iii.  Panaskan makanan sebaik saja hendak menghidangkan makanan
iv.   Panaskan makanan sekurang-kurangnya sehingga 165’F/ 74’C sebelum meletakkan makanan tersebut di meja kukus

·         Menyimpan atau menghidang makanan sejuk benar-benar sejuk pada atau di bawah suhu 40’F (4’C)

·         Menyimpan makanan beku pada subu beku pada atau di bawah 0’F (-18’C) untuk memberhentikan bakteria dari membiak, bukan untuk membunuhnya

c)      Kelembapan - kelembapan yang diperlukan oleh bacteria dinamakan aktiviti air atau Aw. Air mengandungi 1.0 Aw. Makanan yang mengandungi kelembapan tinggi seperti  0.85 atau lebih Aw mudah tercemar

d)    pH adalah darjah keasidan atau kealkalian sesuatu bahan bakteria aktif pada pH antara 6.6 hingga 7.5. Pertumbuhan bakteria terhenti pada atau di bawah pH 4.6

         e)      Atmosphere- Atmosphere yang diperlukan oleh bacteria bergantung kepada jenis pernafasannya.
·                     Bakteria aerobic memerlukan oksigen
·                     bacteria anaerobic memerlukan persikataran berkarbon dioksida
·                     Bakteria facultative boleh terus hidup samada ada atau
                        tidak oksigen

-   Bakteria penyebab pencemaran makanan seperti Staphylococcus dan Salmonella
a)         Salmonella
-     menyebabkan penyakit demam tifoid, keracunan makanan dan cirit birit
-     terdapat dalam najis manusia dan haiwan
-     disebar oleh agen pembawa seperti lalat, lipas dan lainnya
-     Dimusnahkan oleh haba yang tinggi

            b)        Staphylococcus  
              -    Terdapat dalam hidung, kulit, air liur dan dubur manusia sihat tanpa menyebabkan apa-apa penyakit
                        -     Bakteria boleh menyebabkan kulit luka yang tidak dirawat bernanah. Nanah yang jatuh atas makanan akan mencemarkan makanan tersebut dan membiak sekiranya persekitarannya mengalakkan
                        -     Toksin yang di keluarkan oleh bacteria ke dalam makanan dan menyebabkan keracunan makanan sebaik sahaja makanan yang tercemar itu dimakan.
                        -     Bakteria Staphylococcus boleh dimusnahkan apabila dimasak tetapi racun yang di keluarkan tidak boleh dimusnahkan oleh haba

ii.   Parasit
a)    Adalah mikro organisma yang bergantung kepada zat makanan daripada perumah yang didudukkinya untuk melengkapkan kitaran hidupnya
b)    Contoh parasit: Trichinosis, Anisakiasis dan Cyclospora
c)    Manusia dihinggapi parasit melalui pengambilan makanan yang tercemar.

iii.    Virus
-  Adalah benda hidup yang paling kecil
-  Mereka menyerang sel benda hidup dengan mengambil alih bahan genetic sel tersebut dan menyebabkan sel tersebut menghasilkan lebih banyak virus
        -   Virus tidak dipengaruhi oleh kelembapan, pH, kandungan oksigen dan persekitaran tetapi musnah oleh suhu melebihi 176’F (80’C)
         -  Mencegah jangkitan virus adalah dengan cara
            a)        mencegah pencemaran makanan itu sendiri
            b)         Memasak makanan tersebut kerana  Virus musnah pada suhu
                        tinggi
       -   Contoh virus:
           a)    Hepatitis A – dijangkiti dari karangan laut yang hidup dalam air yang tercemar
           b) Norwalk – tersebar melalui pengendali makanan dijangkiti oleh virus.

iv.  Fungi
-  Adalah sekumpilan tumbuhan terdiri daripada organisma satu sel hingga
-  Contoh: Molds, yis dan cendawan gergasi

b)    Pencemaran kimia
-       Contoh
a)        Kimia residual  - digunakan  dengan meluas dalam pengawalan penyakit tanaman, haiwan dan manusia seperti antibiotic
b)        Kimia perkhidmatan makanan – kebanyakan kimia yang mencemari makanan menerusi operasi perkhidmatan makanan seperti kerja-kerja pembersihan
c)        Toksik metals iaitu pencemaran yang berlaku apabila metal seperti mecury, copper, zing and lead termendap dalam makanan melalui air atau tanah yang tercemar

c)    Pencemaran fizikal
·               Adalah objek bendasing yang termasuk ke dalam makanan secara
     tidak sengaja seperti rambut, kepingan kaca dari bekas yang retak
              atau pecah dan lain-lain.  .
·               Disebabkan oleh amalan penjagaan keselamatan dan kebersihan yang rendah dan kurang latihan dalam aspek ini.

4.    Pencemaran secara tidak langsung
-       Adalah proses seperti landas cingang yang tercemar oleh jari yang terluka yang kemudiannya mencemarkan landas cincang tersebut dan seterusnya makanan
-       Pencemaran ini boleh dikurang atau dicegah melalui kebersihan diri pengendali makanan , makanan, peralatan digunakan dan kawalan serangga

5.    Sistem HACCP
  • HACCP (hazard Analysis Critical Control Points) is proving to be an effective and efficient method for managing and maintaining sanitary conditions in all types of food service operations.
  • Developed in 1971 for NASA to ensure food safety for astronauts
  • It is a similar system adopted by the National Restaurant Association known as Sanitary Assessment of the Food Environment (S.A.F.E.), which is rigorous system of self-inspection
  • The HACCP process begins by
-    identifying the steps and evaluating the type and severity of
      hazard that can occur.
-      then identifies what actions can be taken to reduce or prevent
each risk of hazard.

6.     Ciri-ciri pekerja yang selamat
The best way to prevent work-related injuries are training, good work habits and careful supervision
The occupational Safety and Health Act (OSHA) covers a broad range of safety matters
Activities that can prevent accidents and injuries:
a)            Clean up spills as soon as they occur
b)            Learn to operate equipment properly; always use guards and safety devices
c)            Wear clothing that fits properly; avoid wearing jewerly, which may get caught in equipment
d)            Use knives and other equipment for their intended purposes only
e)            Walk do not run
f)             Keep exits, aisle and stairs clear and unobstructed
g)            Always assume pots and pans are hot, handle them with dry towels
h)           Position pan and pot handles out of the aisle so that they do not get bumped
i)             Get help or use a cart when lifting or moving heavy objects
j)              Avoid back injury by lifting with your legs muscles; stop, don’t bend, when lifting
k)            Use a well-placed ladder or stool for climbing, do not use a chair, box, drawer or shelf
l)             Keep breakable items away from food storage or production area.
m)          Warn people when you must walk behind them, especially when carrying a hot pan 

0 comments:

AKHLAK PENUNTUT ILMU

Khutbah Jumaat MSI 24 Feb. 2012
Tajuk: AKHLAK PENUNTUT ILMU
Khatib: Prof. Madya Dr. Hj. Azhar bin Muhammad
Pengarah Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia


الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئـاتِ أعمالنا، مَن يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومَن يُضللْ فلا هادي له، وأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى حَبِيْبِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أجمعين .  
أما بعد ، فيا عباد الله ، اتقـوا اللهَ أوصيكُم وإيايَ بتقوَى اللهِ فقدْ فازَ المتقُونَ  ، قالَ اللهُ تعالى في كتابهِ العَزيز: يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمــون (آل عمران 102)

Ma‘asyiral Mukminin RahimakumulLah,

Bertaqwalah kita kepada Allah SWT; dalam erti kata yang sebenarnya iaitu dengan cara bersungguh-sungguh kita melaksanakan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita menjadi seorang hamba yang sentiasa beristiqamah dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Mimbar hari ini mengalu-alukan kepulangan semua mahasiswa ke kampus ini dalam sesi dan semester pengajian yang baru. Ternyata anda semua masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu pengetahuan semasa berada di universiti ini; peluang untuk terus memperbaiki lagi adab dan akhlak sebagai seorang penuntut ilmu; maka mulakan sesi belajar ini dengan memperbaharui kembali niat menimba ilmu; niat untuk menjadi orang berilmu kerana Allah SWT. Mimbar kali ini akan membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan adab-adab yang mesti dijaga dan dipatuhi oleh setiap yang bergelar murid, pelajar, mahasiswa atau apa-apa sahaja istilah yang menggambarkan kita menuntut ilmu. 

Pertama sekali, ingatlah bahawa kita semua berada di sebuah tempat yang paling mulia untuk belajar ilmu pengetahuan iaitu di sebuah pondok ilmu, yang kita kenali sekarang dengan nama universiti. Dengan kata lain, anda semua berada dalam sebuah pusat yang sarat dengan ilmu; di sebuah perkampungan tempat berkumpul para penuntut ilmu, para mahasiswa dan para ilmuwan. Justeru perlu kita sedar bahawa kita berada di tempat yang penuh dengan kemuliaan; yang mengingatkan kita bahawa kita mesti beradab, kita mesti berakhlak apabila berada di sini, apatah lagi menjadi warga yang tinggal, diam dan belajar di dalamnya. Allah SWT ada mengingatkan kita dalam konteks keberadaan kita dalam satu-satu majlis ilmu. Firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Terjemahan: Wahai orang-orang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi ruang daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain) dalam majlis-majlis ilmu, maka berikan ruang seboleh-bolehnya, nescaya Allah akan melapangkan (segala halnya) untuk kamu, dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalam kalangan kamu) - beberapa darjat, dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (Surah al-Mujadalah:11).

Sidang Jumaat yang berbahagia dan dirahmati Allah,

Orang yang menuntut ilmu ialah orang yang mulia. Maka jagalah status sebagai seorang yang matlamat keberadaannya di sini dengan qasad yang suci iaitu untuk menyiapkan diri sebagai seorang yang berilmu. Justeru setiap mahasiswa mahupun mahasiswi yang menuntut ilmu perlu peka dengan adab dan akhlak yang mesti dipatuhi semasa berada di dalam kampus ini untuk menuntut ilmu. Adab dan akhlak ini wajib dipatuhi oleh setiap mahasiswa agar ilmu yang ditimba mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.

Rebutlah keistimewaan yang ada pada diri seorang penuntut ilmu atau mahasiswa seperti yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana sabda Rasulillah SAW daripada Abu Hurairah ra:
ومَنْ سَلَكَ طريْقاً يَلْتَمِسُ فيهِ عِلْماً سهَّلَ اللهُ له بِهِ طريقاً إلى الجَنَّةِ
Ertinya: Sesiapa yang menempuhi satu jalan yang dengannya dia mendapat sesuatu ilmu, nescaya Allah akan permudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga (HR Muslim).

Pertama sekali diingatkan kepada semua mahasiswa; sebagai seorang yang terpelajar, untuk sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan sentiasa menghormati mereka, sentiasa berhubung dengan mereka, sentiasa mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Ingatlah bahawa keberadaan kita di atas dunia ini adalah kerana keberadaan mereka berdua; dan keredaan Allah ke atas kita juga bergantung kepada keredaan ibu bapa terhadap kita.

Sebagai seorang yang terpelajar, perlu diingatkan juga agar sentiasa menghormati guru dan mematuhi segala nasihat dan arahannya selama mana tidak menyalahi syariat Islam. Guru atau pensyarah bukan hanya sebagai seorang guru di sekolah, pensyarah di universiti sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa merekalah pengajar, merekalah pengasuh, merekalah pembimbing, merekalah penasihat, dan merekalah pendidik yang mesti dihormati walau di mana jua mereka berada.

Sebagai seorang yang terpelajar, perlu diingatkan juga agar sentiasa mengamalkan segala ilmu yang dipelajari. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai perisai atau benteng yang kebal daripada terjerumus ke lembah perlakuan maksiat. Jadikanlah juga ia sebagai senjata untuk mematahkan serangan musuh Islam. Jadikan juga ilmu yang dipelajari sebagai penawar yang akan menyembuhkan penyakit dan budaya jahiliyah yang menjadi barah dalam masyarakat kini.

Sebagai seorang yang terpelajar, perlu diingatkan juga agar tidak menjadikan ilmu yang ada di dada semata-mata sebagai alat untuk mengejar kekayaan dan mengaut kemewahan hidup di dunia yang bersifat sementara ini hingga melupakan akhirat yang kekal abadi.

Ma‘asyiral Mukminin RahimakumulLah,
Sebagai penuntut ilmu, mahasiswa mestilah membersihkan hati daripada kecenderungan dan perlakuan buruk yang tidak diizinkan oleh Allah SWT. Ini disebabkan ilmu itu tempatnya di hati dan tujuannya untuk mendekatkan diri dengan Allah, justeru hati mestilah berada dalam keadaan bersih untuk menerima ilmu-ilmu yang dipelajari nanti. Justeru setiap yang bergelar “mahasiswa mahupun mahasiswi” wajib menjauhi maksiat atau apa-apa sahaja bentuk kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT. Kita perlu menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri kita sebagai seorang mahasiswa dan persekitaran kita mengikut kemampuan yang ada. Ini jelas kerana ilmu adalah nur, cahaya yang suci dan akan menjauhi kita sekiranya kita bergelumang serta kalut dengan dosa dan noda.

Justeru mahasiswa wajar sekali menjauhi perkara-perkara yang boleh memunahkan akhlak, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik akhlak serta perilakunya, bersih serta tenang hatinya. Jika perangai dan hati mahasiswa dicemari dengan elemen-elemen yang negatif seperti melakukan kemaksiatan terhadap Allah; maka ini menyebabkan seseorang penuntut ilmu sukar untuk menguasai ilmu pengetahuan. Al-Imam al-Syafei mengingatkan kita bagaimana gurunya Waki‘ pernah membimbingnya agar beliau meninggalkan maksiat untuk memudahkannya mendapatkan ilmu.

شكوت إلى وكيع سوء حفظي              فأرشدني إلى ترك المعاصي
وأخبرني بـأن العلم نور              ونور الله لا يُهدى لعاصي

Ertinya: “Aku mengadu kepada Waki‘ tentang kurangnya hafazanku, maka dinasihatkan aku agar meninggalkan maksiat, serta memaklumkan kepadaku sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.”

Kita bimbang kerana kebanyakan mahasiswa sekarang kurang mengambil berat tentang hal-hal sedemikian. Ada yang menganggapnya sebagai suatu perkara kecil dan remeh temeh seperti menjaga dosa mendedahkan aurat, menjaga dosa yang dilakukan melalui mata, tangan sama ada secara terang atau melalui internet, menjaga dosa melalui pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan sebagainya. Kita bimbang sekiranya perkara-perkara seumpama ini tidak diambil perhatian, maka perkara-perkara yang lebih besar dan dosa-dosa yang mengundang kemurkaan Allah akan menyusul …. wal ‘iyazubillah min zalik!

Sejak akhir-akhir ini dengan mudah kita dapati soal pakaian tidak diambil berat oleh kebanyakan mahasiswa. Kita merasa sedih yang amat sangat apabila ada dalam kalangan mahasiswa kita yang berpakaian selekeh atau simple yang tidak menggambarkan imej sebagai seorang penuntut ilmu, sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi. Pemakaian menutup aurat tidak diambil perhatian oleh mahasiswa dan mahasiswi kita sama ada semasa berada di dalam kampus ini ataupun di luar kampus. Masih ada lagi mahasiswa yang berseluar pendek semasa bermain, berjogging atau bersukan; masih ada kalangan mahasiswi yang masih tidak menutupkan rambut mereka – menganggap rambut bukan salah satu anggota badan  yang mesti merasa malu untuk dipertontonkan kepada ramai - bahkan masih ramai kalangan mahasiswi yang berseluar jeans dan memakai t-shirt yang berlengan pendek, ketat dan sendat hingga menampakkan bentuk tubuh badan mereka walaupun dikatakan berpakaian atau bertudung. Bahkan terdapat mahasiswi yang mengenakan pakaian seperti lelaki sedangkan jelas ini dilarang dalam Islam; lelaki berpakaian wanita mahupun wanita berpakaian lelaki jelas dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya. Malah masih ramai dalam kalangan mahasiswi kita yang berpakaian sedemikian rupa hatta semasa berada dalam majlis ilmu di dalam dewan atau bilik-bilik kuliah.

Begitu juga sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi yang membawa amanah menjaga kesucian ilmu yang dipelajari, maka hendaklah kita menjaga kehormatan dan maruah diri kita terlebih dahulu. Contohnya dalam pergaulan kita seharian; pastikan perhubungan antara satu sama lain dalam ruang lingkup menjaga batas-batas yang diizinkan oleh syarak, apatah lagi antara seorang mahasiswa dengan mahasiswi yang tiada hubungan mahram. Islam tidak mengizinkan seorang mahasiswa melihat seorang mahasiswi dengan perasaan ghairah; melihat auratnya, apa lagi menyentuhnya walaupun hanya menyentuh tangannya sahaja. Justeru adanya had atau batasan daripada Allah dan Rasul-Nya dalam soal perhubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram ini, maka patutlah kita terutama orang yang disebut sebagai penuntut ilmu mengambil sikap lebih berhati-hati. Semasa berada di dalam dewan dan bilik kuliah ataupun di dalam makmal sama ada dalam situasi belajar bersama pensyarah, atau belajar dalam kumpulan, atau melakukan tugasan kumpulan; pastikan had yang ditentukan Allah ini diambil kira oleh semua pihak.

Ingatlah! Seorang mahasiswa perlu mengelakkan diri daripada keluar bersama seorang mahasiswi, berdua-duaan ke sana ke mari sama ada dalam kawasan kolej kediaman, di luar kampus atau di mana-mana sahaja, apatah lagi berada di atas sebuah motosikal ataupun di dalam sebuah kereta secara berdua-duaan. Juga kurang wajar seorang mahasiswa duduk makan minum bersama-sama dengan seorang mahasiswi yang tiada pertalian apa-apa pun dengannya sama ada di cafe kolej atau arked atau di mana-mana sahaja; berbual, bergurau senda, malah bersuapan makan minum seolah-olah mereka adalah sepasang suami dan isteri. Rasulullah SAW banyak meninggalkan pesanan dan peringatan kepada kita tentang hubungan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Antaranya:
لا يخلون رجل بامرأة إلا مع ذي محرم
Ertinya: Seorang lelaki tidak boleh bersama dengan seorang perempuan kecuali ada bersamanya mahram”(HR Bukhari).

ما خلا رجل بامرأة إلا وكان الشيطان ثالثهما
Ertinya: “Tidak akan berlaku seorang lelaki bersama dengan seorang perempuan melainkan syaitan adalah yang ketiga antra keduanya” (HR al-Tirmizi).

Cuba kita renungkan; adakah situasi yang dinyatakan oleh Rasulullah ini diambil berat.  Ada tak dalam kalangan mahasiswa mahasiswi kita yang keluar bersama-sama di luar kampus daripada waktu kuliah, terutama waktu malam; balik pula ke kolej sampai lewat malam bersama pasangan masing-masing? Kalau ada berlaku sedemikian; di manakah maruah seorang mahasiswa dan mahasiswi; muslim dan muslimah yang berpegang pada kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya? Kalaulah tiada perasaan malu kepada Allah dan Rasul-Nya, tidak adakah secebis perasaan MALU kepada pengawal keselamatan, pensyarah, pengetua dan felo-felo di kolej kediaman masing-masing kerana mereka ini umpama ibu dan bapa kita semasa keberadaan kita di kampus ini.
Wahai penuntut-penuntut ilmu, tutuplah segala keaiban diri dan jagalah maruah diri kita kerana ia membawa kepada keredaan Allah dan manusia lain kepada diri kita. Malulah kita kepada Allah dan Rasul dengan sebenar-benar malu, tambahan pula kita adalah penuntut ilmu yang ada harga diri dan dipandang mulia oleh masyarakat.

Sidang Jumaat yang berbahagia, para mahasiswa dan seluruh warga kampus yang dirahmati Allah SWT,

Bagi menyemarakkan lagi budaya ilmu di dalam kampus ini, tinggallah semua amalan yang jelas melanggar hukum Allah ini. Sebaliknya marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. Mahasiswa wajib memastikan diri masing-masing agar sentiasa melakukan solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia mendatangkan rasa kehambaan kita di hadapan Allah Azza Wa Jalla hingga memungkinkan kita bermuhasabah. Jangan cuba melengah-lengahkan solat lima waktu, dan sentiasa membaca al-Quran agar hidup kita sentiasa diberkati dan diredai oleh Allah. Lazimkan diri untuk berada bersama-sama jemaah di surau-surau kolej atau di masjid kita ini. Dapatkan seberapa banyak pengajian ilmu-ilmu agama kerana ilmu-ilmu ini bertaraf wajib bagi kita untuk dipelajari. Sememangnya ilmu-ilmu ini tidak diajar di bilik-bilik kuliah, tetapi menjadi kewajipan setiap daripada kita untuk mempelajarinya, maka kita wajib berusaha mencarinya. Alhamdulillah, di dalam kampus kita ini banyak majlis ilmu agama yang dianjurkan oleh Pusat Islam atau pihak-pihak lain bagi memantapkan lagi rohani, iman dan taqwa warga kampus; kuliah-kuliah agama, ceramah dan sebagainya yang dibimbing oleh tenaga-tenaga pembimbing yang berkelayakan dan bertauliah sama ada dari dalam atau luar. Marilah kita mengambil peluang ini; peluang yang mungkin hanya datang kali ini sahaja dalam hidup kita kerana kita akan meninggalkan dunia yang fana ini pada bila-bila masa sahaja tanpa kita jangka.

Ingatlah bahawa menuntut ilmu adalah suatu jihad. Mahasiswa yang menuntut ilmu adalah orang-orang yang sedang berjihad. Jangan sekali-kali cuba mencalarkan imej anda sebagai seorang mujahid yang berjihad untuk mendapatkan  ilmu di universiti ini. Seorang mujahid atau orang yang berjihad sudah semestinya akan menjauhi segala perkara yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Cuba kita fikirkan;

  • Adakah wajar kita berpakaian mendedahkan aurat sedangkan kita tengah berjihad?
  • Adakah wajar kita melakukan perbuatan mungkar atau maksiat sedangkan kita tengah berjihad?
  • Adakah wajar kita berada berdua-duaan atau berkhalwat dengan pasangan bukan mahram kita sedangkan kita tengah berjihad?
  • Adakah wajar kita tidak melakukan solat atau perintah Allah yang lain sedangkan kita tengah berjihad?

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah! Tentu jawapannya “tidak sama sekali” !

Marilah kita memartabatkan pembudayaan ilmu di kampus penyelidikan ini; budaya ilmu dalam erti kata yang sebenarnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh para ulama yang cintakan ilmu. Marilah kita hapuskan segala sifat-sifat yang tidak wajar ada bagi seorang yang bergelar “mahasiswa” sekaligus sebagai seorang yang mengaku dirinya muslim atau muslimah. Marilah kita beradab dan bersifat dengan akhlak Islamiyyah dalam menuntut ilmu. Allah telah memberikan nikmat-Nya kepada kita sebagai seorang terpelajar, maka hargailah nikmat ini dengan sebaik-baiknya!
أعُوْذُ بالله مِنَ الشَّيْطَاْنِ الرَّجِيْمِ
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الألْبَابِ
Terjemahan:  Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang ditentukan-Nya), dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak, dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya (Surah al-Baqarah:269)

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءانِ اَلْعَظِيْمْ وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ ِبمَا فِيْهِ مِنَ اْلآياَتِ وَالذِّكْرِ اَلْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ اَلسَّمِيْعُ اَلْعَلِيْمُ. أُوْصِيْكُمْ عِبَادَ الله وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ اَلْمُتَّقُوْنَ، وَأَحُثُّكُمْ وَنَفْسِىْ عَلَى طَاعَةِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ فِىْ كُلِّ وَقْتٍ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ اَلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِماتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِناتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَياَ فَوْزَ اَلْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ اَلتَّآئِبِيْنَ.

0 comments: