RAHSIA NOMBOR DI SEBALIK SOLAT

Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk di antaranya.
 Ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. Ketika ruku' kita membentuk sudut 90° dari posisi berdiri tegak. Sedangkan ketika sujud kita membentuk sudut 90° + 45° = 135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu pusingan penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemui TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA Pada setiap rakaat, melalui pusingan yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solat itu membentuk KESEMPURNAAN? Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 pusingan penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1 + 7 = 8 ) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir).



Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi. Rasullullah s.a.w sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH. Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh orang ramai solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)

Kembali ke kajian tentang ruku' dan sujud di atas tadi, pemusingan dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut: Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus. Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA PUSINGAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika pusingan penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telah pun meninggalkan tubuhnya (maka tak perlu pada rukuk dan sujud).

 Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu: “Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.” Dan bacaan doa selepas takbir ke empat: “Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ianya menunjukkan keindahan dan betapa sistematiknya Islam ini. Segalanya dibuat dalam keadaan yang tersusun rapi dan mempunyai misteri-misteri tersendiri agar manusia sentiasa berfikir dan mengagungkan kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana. Allahu Akbar .......!!!

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.” [Surah Ali-Imraan, ayat 190] ”Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat Allah) yang sebenarnya,” [Hadith Riwayat Abu Nu'aim] Kita digalakkan oleh Rasulullah s.a.w agar berfikir tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah, agar iman kita dapat bertambah dan semakin dekat pada Allah S.w.t. Dan kita dilarang keras dari berfikir tentang zat Allah, kerana akal kita ini tidak mampu untuk membayangkan bagaimana rupa Allah. Jika kita teruskan juga berfikir tentang zat Allah, nescaya syaitan-syaitan akan membayangkan imaginasi yang bukan-bukan yang sememangnya TIDAK LAYAK bagi Allah Azza wa Jalla.

Wallahu a'lam 

0 comments: