• CIKGU SMK PANTAI REMIS

    Kenangan bersama cikgu-cikgu SMK Pantai Remis sesi 2015...

  • SPH UTM

    Kenangan bersama kawan-kawan SPH UTM Batch 2013...

  • Raya 2012

    Kenangan semua keluarga ada...

  • Perhimpunan Keluarga Al-Jambuli

    Kenangan sambutan Hari Keluarga Al-Jambuli kali ke 18 pada Hari Raya Haji Ke 2 ...

  • 5 Akuan

    Kenangan Bersama kawan-kawan 5 Akaun 2003 SMK Bunut Susu, Pasir Mas..

  • PERKAHWINAN

    Hari paling berbahagia bersama isteri pada 20 september 2015

Kembali menduduki Liga Super - Kelantan

0 comments
KOTA BHARU – Tampuk pendahulu liga sekali lagi bertukar tangan, setelah Kelantan berjaya mengalahkan Kuala Lumpur 2-0 dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia, kemenangan malam tadi membolehkan The Red Warriors kembali merampas kedudukan dengan menyingkirkan pendahulu liga sebelum ini, Selangor ke tangga kedua menerusi perbezaan jaringan gol setelah kedua-dua pasukan terikat jumlah mata yang sama sehingga perlawanan malam tadi.

Seawal minit kelima, Kelantan mencemaskan pintu gol Kuala Lumpur menerusi rembatan deras Norshahrul Idlan Talaha yang tinggi melewati pintu gol setelah menyambut baik lontaran ke dalam Mohd Daudsu Jamaluddin sebelum itu.

Lima minit kemudian, giliran pasukan pelawat pula mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi serangan balas pantas yang dilakukan Khairul Anuar Safie namun sepakan gunting See Kok Luen pula tidak mengenai sasaran.

Tiga minit kemudian, anak buah Razip Ismail sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi sepakan gunting Khairul Anuar dalam situasi kelam kabut didepan pintu gol Kelantan, namun Khairul Fahmi Che Mat pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan.

Pada m-19, Kelantan seharusnya berada didepan namun S Chanturu mensia-siakan peluang terbaiknya apabila rembatan leretnya tersasar hanya beberapa meter disebelah kiri pintu gol Kuala Lumpur.

Seminit kemudian, penjaga gol pasukan pelawat, Norazlan Razali sekali lagi bekerja keras digawang golnya apabila terpaksa merembahkan badan untuk menyelamatkan rembatan kencang Muhammad Ramzul Zahini Adenan.

Pada m-22, penyerang Kuala Lumpur, Muhammad Shafiq Johari mencuri tumpuan apabila sempat melakukan rembatan kencang dari sebelah kanan pintu gol memaksa Khairul Fahmi melayangkan badan menepis keluar percubaan tersebut.

Pada m-24, Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi menceriakan penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol pertama dalam perlawanan malam tadi. Gerakan solo menariknya dari tengah padang yang memperdayakan tiga pemain pertahanan Kuala Lumpur berakhir dengan rembatan rendahnya tepat menerjah jaring sebelah kiri untuk gol pertama Kelantan.

Separuh masa kedua menyaksikan Kuala Lumpur terlebih dahulu bijak mencuri peluang untuk memburu gol penyamaan apabila rembatan kencang Ahmad Hazwan Bakri pada m-48 nyaris menghasil gol namun Khairul Fahmi sempat melayangkan badan menyelamatkan percubaan tersebut.

Namun pada m-58, Muhd Badhri pula terlepas untuk menjaringkan gol peribadi keduanya apabila percubaannya dari luar kotak penalti dipatahkan Norazlan sekali lagi.

Tiga minit kemudian, penyokong setia Kelantan sekali lagi hampa apabila rembatan Norshahrul Idlan didalam kotak penalti ditepis keluar Norazlan sementara rembatan susulan Mohd Nizab Ayub pula tinggi melewati pintu gol Kuala Lumpur.

Begitu pun, semangat juang pemain muda skuad warga kota itu harus diberi pujian kerana mempamerkan persembahan bertenaga malah dilihat mampu menyaingi kehebatan pemain Kelantan dalam perlawanan malam tadi.

Peluang terbaik mereka hadir pada m-64 menerusi hantaran lintang Fahrul Razi Kamaruddin ke dalam kotak penalti yang menyaksikan ‘dummy’ Ahmad Hazwan membolehkan Khairul Anuar melakukan rembatan namun Khairul Fahmi ternyata cukup bersedia menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi.

Kelantan sekali lagi kempunan untuk menjarakkan kedudukan pada m-73 apabila rembatan Norshahrul Idlan terkena tiang gol. Tindakan susulan Muhd Badhri selepas itu menyaksikan bola disepak keluar pertahanan Kuala Lumpur manakala rembatan susulan terakhir Mohd Izuan Salahuddin tersasar disebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.

Pada m-76, penyerang Kuala Lumpur, See Kok Luen seharusnya menceriakan pasukannya namun rembatannya singgah dipalang gol Kelantan biarpun Khairul Fahmi sudah terkeluar daripada posisinya ketika itu.

Akhirnya, pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Kelantan Ekpres’, S Chanturu menamatkan keresahan penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol kedua pada m-79. Berpunca lorongan cantik Muhd Badhri didalam kotak penalti, Chanturu pantas memanfaatkan peluang tersebut dengan merembat kencang untuk menewaskan Norazlan buat kali kedua.

Penyerang terbilang kebangsaan, Norshahrul Idlan gagal dalam usahanya untuk menambahkan koleksi gol peribadinya apabila percubaannya pada m-84 diselamatkan Norazlan biarpun hanya berhadapan dengan penjaga gawang Kuala Lumpur itu.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (Mohd Farisham Ismail), Zairul Fitree Ishak, Mohd Izuan Salahuddin (Mohd Nurul Azwan Roya), Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Mohd Nizab Ayub) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

KUALA LUMPUR : Norazlan Razali, Fahrul Razi Kamaruddin, Muhd Shahrom Abd Kalam (KP), Farouk Hashim, Muhammad Shafiq Johari, Ahmad Dashila Tajudin, Khairul Anuar Safie (Muhammad Afiq Azmi), See Kok Luen (Mohd Badrul Hisyam Azmi), Mohd Nazrin Mohd Nawi, Ahmad Hazwan Bakri dan Muhd Hazwan Rahman (Mohd Syazmin Firdaus).

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (8) Kuala Lumpur (5)
Percubaan tersasar : Kelantan (8) Kuala Lumpur (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (10) Kuala Lumpur (9)
Sepakan percuma : Kelantan (13) Kuala Lumpur (25)
Offsaid : Kelantan (6) Kuala Lumpur (6)
Kekasaran : Kelantan (18) Kuala Lumpur (6)
Kad kuning : Kuala Lumpur (Muhammad Shafiq Johari)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Kuala Lumpur (45%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1: Zulfikar Abdullah
Penolong Pengadil 2: Rosli Saaban
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Mohd Said
Kommisioner Perlawanan : Ajam Suhud
General Kordinator : Arif Hassan

dipetik dari kelate.net

Baca Seterusnya »

Sumpah laknat - ikut hukum, jangan ikut hawa!

0 comments
Trio ‘Datuk T’ mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang- undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini. Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa. Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya. Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah. Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral [UM 20/04/11].

Berdasarkan pendedahan di atas, nampaknya kes video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim itu telah melangkah ke babak seterusnya iaitu babak ‘sumpah laknat’ pula, demi membuktikan dakwaan pihak terbabit. Dalam babak sebelum ini, Ketua Polis Negara telah membuat pengesahan bahawa video tersebut adalah tulen setelah dilakukan ujian ke atasnya. Selepas itu pula, entah macamana video tersebut telah terlepas ke laman youtube. Pihak polis menafikan bahawa mereka yang memuatnaik video tersebut. Trio Datuk T juga menafikan yang mereka berbuat demikian. Aneh sungguh, video tersebut yang disahkan hanya ada dalam pemilikan Datuk T dan pihak polis sahaja, namun kedua-dua pihak menafikan memuatnaikkannya ke laman youtube! Jadi, entah siapalah yang melakukannya, hanya Allah dan pelakunya sahajalah yang mengetahui. Apa pun, beberapa babak telah berlalu sebelum kes ini mungkin dibawa ke mahkamah sebagai babak berikutnya. Pada siri yang lalu (SN254), kami telah pun menjelaskan bahawa ‘video’ tidak boleh dijadikan sebagai bukti di dalam kes zina kerana ia menyalahi hokum pembuktian (ahkamul baiyyinat) zina di dalam Islam. Kali ini, Sautun Nahdhah akan menjelaskan kesalahan berhubung ‘sumpah laknat’ yang ingin dilakukan oleh si penuduh di dalam kes qadzaf (tuduhan zina) ini. Sebagai Muslim, kita wajib melihat kes ini dari perspektif hukum Islam semata-mata dan bukannya terus membuat ‘keputusan’ seseorang itu bersalah atau tidak, atas dasar emosi atau mengikut sesuka hati. Menurut nidzamul uqubat (sistem hukuman) dalam Islam, sesungguhnya tidak ada ‘sumpah laknat’ di dalam kes qadzaf. Siapa yang melakukan qadzaf (menuduh orang berzina), dia hendaklah membuktikan tuduhannya dengan mendatangkan empat orang saksi (lelaki dan adil) dan sekiranya dia gagal berbuat demikian, maka dia telah berdosa dan dikira pendusta dan wajib dihukum (hudud) dengan dikenakan 80 kali sebatan. Sumpah laknat tidak dilakukan di dalam kes qadzaf tetapi hanya berlaku di dalam kes li’an sahaja, iaitu kes di mana seorang suami menuduh isterinya berzina. Selain dari kes li’an, maka tidak ada sumpah laknat kecuali di dalam kes mubahalah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

Li’an

Li’an diambil dari kata al-la’nu (laknat) kerana di dalam kes ini suamiisteri masing-masing melaknat dirinya sendiri pada ucapan yang kelima kalinya, jika dia berdusta. Asal hukum li’an adalah firman Allah SWT, “Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima, ‘Bahawa laknat Allah ke atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.’ Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang kelima, ‘Bahawa laknat Allah ke atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar” [TMQ an-Nur (24):6-9].

Imam Abu Daud telah meriwayatkankan hadis dari Ibnu Abbas RA, bahawa dia berkata, “Hilal ibn Umayah, salah seorang dari tiga orang yang diterima taubatnya oleh Allah, datang dari kampungnya ketikaIsya’. Dia mendapati seorang lelaki di sisi isterinya. Dia saksikan dengan mata kepalanya sendiri dan dia dengar dengan telinganya sendiri. Hilal tidak menyerbunya hingga subuh. Esoknya Hilal datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku datang kepada isteriku, tetapi aku mendapati seorang lelaki di sisinya. Aku sungguh melihatnya dengan mata kepalaku sendiri dan mendengarnya dengan telingaku sendiri’. Rasulullah SAW tidak suka atas apa yang disampaikan oleh Hilal. Kegelisahan pun menyelimuti Hilal. Tidak lama kemudian, turunlah dua ayat berikut, “Dan orangorang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima, ‘Bahawa laknat Allah ke atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta” [TMQ an-Nur (24):6-7].

Rasulullah SAW merasa gembira dan berkata, “Bergembiralah wahai Hilal, kerana sesungguhnya Allah telah memberimu kelapangan dan jalan keluar.’ Hilal berkata, ‘Aku memang mengharapkan hal itu dari Tuhanku Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.’ Rasulullah SAW kemudian bersabda, ‘Utuslah seseorang kepada isterinya’. Dikirimkanlah utusan kepada isterinya. Rasulullah SAW lantas membacakan kepada isteri Hilal ayat yang baru diterimanya seraya mengingatkan keduanya sekaligus memberitahu mereka bahawa azab akhirat lebih pedih berbanding azab dunia. Hilal kemudian berkata, ‘Demi Allah, aku berkata benar mengenai dirinya.’ Isterinya berkata, ‘Dia berdusta.’ Rasulullah SAW bersabda, ‘Saling melaknatlah di antara kalian berdua!’ Lalu dikatakan kepada Hilal, ‘Bersumpahlah engkau!’ Hilal pun bersumpah empat kali atas nama Allah bahawa dirinya termasuk orang yang yang benar. Tatkala hendak mengucapkan sumpah kelima, dikatakan kepadanya, ‘Hilal, bertakwalah engkau kepada Allah, kerana sesungguhnya azab dunia itu lebih ringan dibandingkan dengan azab akhirat, dan sumpah kelima ini boleh menyebabkan azab atasmu.’ Hilal pun berkata, ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengazabku kerana hal ini, sebagaimana Allah juga tidak akan menimpakan hukum sebat kepadaku atas perkara ini.’ Hilal kemudian bersumpah untuk yang kelima kalinya bahawa sesungguhnya laknat Allah akan menimpanya jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Setelah itu, Rasulullah SAW berkata kepada isterinya, ‘Sekarang, bersumpahlah engkau!’ Dia pun bersumpah atas nama Allah sebanyak empat kali bahawa suaminya termasuk orang yang berdusta. Ketika hendak mengucapkan sumpah yang kelima, dikatakan kepadanya, ‘Bertakwalah engkau kepada Allah, kerana sesungguhnya azab dunia itu lebih ringan dibandingkan dengan azab akhirat, dan sumpah kelima ini boleh menyebabkan azab atasmu.’ Isteri Hilal teragak-agak seketika, akan tetapi dia kemudian berkata, ‘Demi Allah, aku tidak akan mencemarkan kaumku’. Dia pun bersumpah untuk yang kelima kalinya bahawa laknat Allah ke atas dirinya jika suaminya termasuk orang-orang yang benar. Selanjutnya Rasulullah SAW memisahkan keduanya lalu memutuskan bahawa terhadap isterinya itu, Hilal tidak berkewajiban menyediakan tempat tinggal mahupun memberi makan”.

Maka, jika seorang suami menuduh isterinya telah berzina, misalnya dengan berkata kepadanya, “Kamu telah berzina” atau “Wahai penzina!” atau “Aku telah melihatmu berzina,” sementara dia (suami) tidak dapat mendatangkan bukti apa pun, maka dia (suami) wajib dikenai hukuman (hudud) jika dia menolak melakukan li’an. Tetapi jika dia bersedia melakukan li’an sedangkan isterinya menolak untuk melakukan li’an, maka isterinyalah yang wajib dikenakan hukuman (hudud). Allah SWT berfirman, “Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah...” [TMQ an-Nur (24):8]. Azab yang terhindar dari isteri adalah hukuman (hudud) zina bagi penzina muhsan (penzina yang telah berkahwin), sebab ketika Hilal ibn Umayah menuduh isterinya berzina dan menemui Nabi SAW, Nabi SAW memerintahkan dia untuk mengirim utusan kepada isterinya dan melakukan li’an di antara keduanya. Ini adalah keadaan khusus di antara sejumlah keadaan yang dapat membuktikan terjadinya perzinaan, iaitu keadaan di mana suami melontarkan tuduhan zina kepada isterinya. Dalam keadaan seperti ini, si isteri (dikira) terbukti berzina kerana li’an suaminya dalam keadaan tidak adanya li’an dari si isteri. Jika isterinya melakukan li’an, maka zina tidak (dikira) terbukti. Jadi penolakan isteri untuk melakukan li’an telah membuktikan terjadinya zina pada isteri, sehingga isteri wajib dikenakan hukuman (hudud) kerana li’an suaminya.

Jika keduanya melakukan li’an dan hakim telah memisahkan keduanya, maka keduanya tidak boleh lagi berkumpul selama-lamanya dan si isteri itu haram bagi suaminya untuk selama-lamanya. Sebab Nabi SAW telah memisahkan suami-isteri yang telah saling melakukan li’an. Imam Malik telah meriwayatkan dari Nafi’ dari Ibnu Umar, “Sesungguhnya seorang lelaki telah melakukan li’an dengan isterinya pada masa Rasulullah SAW dan dia telah mengengkari anak isterinya itu. Rasulullah pun memisahkan keduanya, dan memberikan hak anak itu kepada isterinya.”

Sahal ibn Sa’ad meriwayatkan, “Telah berlaku ketentuan as-Sunnah mengenai suami-isteri yang telah saling melakukan li’an, bahawa keduanya dipisahkan (diceraikan) dan tidak boleh berkumpul lagi selama-lamanya” [HR Abu Daud]. Pemisahan suami-isteri kerana li’an adalah termasuk ke dalam kategori fasakh, kerana pemisahan tersebut telah mengakibatkan haramnya meneruskan kehidupan suami-isteri untuk selama-lamanya. Kerana itu, isteri itu tidak halal lagi bagi suaminya walau jika suami mengakui telah berbohong sekalipun. Jika terjadi suami menarik li’an-nya dan mengakui kebohongannya, maka wajib menjatuhkan hukuman (hudud) ke atas suami itu dan nasab anaknya diikutkan kepadanya, baik dia mengakui kebohongannya sebelum isterinya melakukan li’an atau sesudahnya.

Li’an dapat membebaskan si suami dari hukuman dan dapat mewajibkan hukuman ke atas isterinya, jika isteri menolak melakukan li’an. Ucapan li’an suami (yang hendaklah dilakukan) di hadapan hakim, ialah dengan mengatakan, “Aku bersaksi atas nama Allah bahawa dia telah berzina,” sambil menunjuk ke arah isterinya. Jika isterinya tidak hadir di sidang pengadilan, suami hendaklah menyebut nama isterinya dan nasabnya. Ucapan sumpahnya harus disempurnakan sebanyak empat kali. Kemudian tatkala hendak mengucapkan sumpah yang kelima, diucapkan kepadanya, “Bertakwalah engkau kepada Allah, sesungguhnya sumpah kelima ini dapat mendatangkan azab kepada engkau, sedangkan azab dunia adalah lebih ringan daripada azab akhirat.” Tidak boleh diterima sumpahnya, kecuali setelah dia menyempurnakan (ucapan) sumpahnya dan mengatakan bahawa laknat Allah ke atas dirinya jika dia termasuk orang-orang yang berdusta terhadap tuduhan zina yang dia lontarkan kepada isterinya. Setelah itu sang isteri pula hendaklah berkata, “Aku bersaksi atas nama Allah bahawa dia telah berdusta,” sebanyak empat kali. Kemudian ketika hendak mengucapkan sumpah kelima, dia diperingatkan seperti yang telah dilakukan kepada suaminya. Tidak diterima sumpahnya kecuali dia telah menyempurnakan (ucapan) sumpahnya dan mengatakan bahawa laknat Allah atas dirinya jika suaminya termasuk orang yang benar atas tuduhan zina yang dilontarkan kepadanya.

Jika keduanya mempunyai anak, anak itu harus disebutkan dalam li’an. Maka, sekiranya sang suami bersumpah, “Aku bersaksi atas nama Allah bahawa dia telah berzina,” dia juga harus berkata, “Anak ini bukan anakku.” Sementara itu isterinya hendaklah berkata, “Aku bersaksi atas nama Allah bahawa dia telah berdusta dan anak ini adalah anaknya.” Demikianlah cara li’an dan demikian pula ucapan atau redaksi kalimat li’an [Taqiyuddin an-Nabhani, Nidzamul Ijtima’ie Fil Islam].


Qadzaf Dan Hukumannya

Qadzaf bermaksud melemparkan tuduhan. Menuduh wanita-wanita yang suci dan terjaga (kehormatannya) adalah tergolong perbuatan yang haram, kecuali orang yang menuduh itu membawa bukti-bukti. Sekiranya orang yang menuduh (qadzif) itu tidak dapat mendatangkan empat orang saksi, maka di sisi Allah, merekalah orang yang berdusta. Bukan sekadar itu, malah mereka wajib dikenakan hukuman (hudud).

Haramnya qadzaf adalah berdasarkan Al-Quran dan juga As-Sunnah. Allah SWT berfirman, “Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik, kecuali mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya). Maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [TMQ an-Nur (24):4-5].

Walaupun ayat ini menyebut tentang tuduhan terhadap perempuan, namun qadzaf juga adalah termasuk tuduhan zina yang dilontarkan kepada kaum lelaki [Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir]. Firman Allah, “Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orangorang yang berdusta” [TMQ an-Nur (24):13]. FirmanNya yang lain, “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik, yang tidak pernah terlintas lagi beriman (berbuat zina), mereka dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab seksa yang besar” [TMQ an-Nur (24):23].

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Jauhilah tujuh jenis keburukan’. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah ia?’ Rasulullah menjawab, ‘Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan dan menuduh wanitawanita yang baik-baik (berbuat zina)”. Berdasarkan nas yang jelas yang disebutkan di atas, barangsiapa yang melakukan qadzaf dan tidak mendatangkan bukti, maka dia akan disebat sebanyak 80 kali. Syaratnya adalah si penuduh itu telah mukallaf dan melakukan qadzaf atas pilihan dan kesedarannya sendiri [Abdul Rahman al-Maliki, Nidzamul Uqubat].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sekali lagi kami tekankan bahawa sesungguhnya pembuktian bagi tuduhan zina adalah dengan mendatangkan empat orang saksi, dan saksi-saksi ini hendaklah saksi yang adil, bukannya saksi yang fasik! Inilah yang disyaratkan oleh Islam. ‘Sumpah’ tidak ada nilainya sama sekali di dalam membuktikan tuduhan zina. Di dalam kes yang memerlukan sumpah sekalipun, sumpah hendaklah dilakukan di hadapan qadhi/hakim (di dalam mahkamah) dan bukannya di hadapan Kaabah! Sekiranya benar bahawa si penuduh ingin menegakkan kebenaran, maka kebenaran itu hendaklah mengikut Islam, dan bukan mengikut hawa. Dan kebenaran hanya akan dapat dicapai sekiranya kita berhukum dengan hukum Islam, bukannya hukum taghut sebagaimana yang ada sekarang. Mengikut hukum Islam, sekiranya si penuduh gagal membawa empat orang saksi, maka dialah yang wajib dihukum. Oleh itu, janganlah terlalu berani bersumpah sembarangan yang menyalahi Islam, takutlah akan azab Allah atas sumpah yang dilakukan. Firman Allah, “Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan” [TMQ al-Mujadilah (58):16].

dipetik dari http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN257_Lian.pdf

Baca Seterusnya »

Ron95 akan naik bila-bila masa

0 comments
Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang penuh berkias-kias, selain gemar menggunakan bahasa tinggi yang tidak tercapai dek akal orang kampung dan mak cik Felda. Malah, orang yang dapat pangkat satu dalam SPM pun belum tentu boleh memahami ayat-ayat yang digunakan oleh Pak-pak Menteri di Malaysia. Perkataan seperti tranformasi, rasionalisasi, transisi, glokal adalah terlalu mengada-ada walhal isinya tidak seberapa.

Malah apa yang memalukan,kerajaan sebelum ini pernah mengarahkan media untuk menulis perkataan Barang Naik dalam akhbar sebaliknya menggunakan perkataan "Rasionalisasi Subsidi" yang kononnya tidak akan menyusahkan rakyat dan lebih sedap didengar.Walhal,naik tetap naik!Bukanlah dengan menukar perkataan sebegitu maka harganya jadi turun.

Hambo masih ingat ketika hambo tinggal di Besut sekitar tahun 2006.Ketika itu harga barang naik gila-gila sehingga menyebabkan penarikan subsidi dilakukan.Tahukah anda apa yang dilakukan oleh kerajaan pada masa itu untuk menyedapkan hati rakyat?Habis simpang empat utama di Besut dinaikkan dengan papan tanda yang menunjukkan kebaikan penarikan subsidi.Ditunjukkan gambar aiport yang sedang dibuat,gambar stadium yang masih belum runtuh,gambar highway yang tidak siap-siap dengan slogan utama yang berbunyi "Pengurangan Subsidi Mampu Meningkatkan Pembangunan Negara."

Kini,tidak lagi kita mendengar slogan seperti itu.Mungkin hilang bersama Pak Lah dan Idris Jusoh,seperti hilangnya bumbung stadium dari tergantung di angin.

Kini,desas-desus "penyelarasan subsidi" kedengaran lagi.Setelah minyak petrol RON97 yang telah dilepaskan subsidinya naik berkali-kali,minyak petrol RON95 pula berada dalam keadaan "perlu diselaraskan" kerana kerajaan tidak mampu lagi untuk menanggung beban subsidi yang kononnya terlampau banyak itu.

Khabar angin telahpun menyatakan bahawa minyak RON95 berkemungkinan naik selepas berakhirnya Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau,namun terpaksa ditangguhkan sehingga berakhirnya pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Dan kini,pilihanraya negeri Sarawak telahpun selesai.Maka,"signal-signal" awal yang bakal membawa kita petanda kepada kenaikan harga RON 95 sepatutnya telah mula diambil peduli oleh kita semua.

Apapun,kewaspadaan hambo ada asasnya apabila berita di televisyen semalam telahpun menyiarkan kenyataan berkias-kias Timbalan Menteri Perdagangan Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Tan Lian Hoe pada Jumaat yang mengajak rakyat supaya Bersedia Hadapi Pengstrukturan Subsidi.

Ketika berucap di Johor Bahru,Tan berkata rakyat perlu menerima hakikat untuk bersedia dengan pengstrukturan subsidi kerana Malaysia semestinya akan menerima tempias daripada kenaikan harga barang yang tidak menentu di peringkat global.

Tambah Tan,kerajaan pada masa ini terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion setahun di mana pada tahun lalu sahaja,pihaknya terpaksa menanggung subsidi mengawal harga barang kawalan sebanyak RM10 bilion.Oleh itu,dengan kenaikan harga petrol di pasaran,kerajaan terpaksa menanggung tambahan 4 bilion dalam pemberian subsidi kepada rakyat.

Apapun,ayat skema yang digunakan kerajaan untuk menyedapkan hati rakyat adalah,"harga barangan di negara kita masih terkawal jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran."

Oleh itu,nasihat hambo pada semua,bersedialah dengan hati yang pasrah akan kenaikan harga minyak RON95 selepas ini.Menteri sudah beri kiasan,takkan tak faham lagi? propartiislammalaysia

Baca Seterusnya »

Mengundi Pilihanraya. Apa kewajipan???

3 comments
Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

”mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

”Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

”Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

”Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah ‘ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah ‘ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

”Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan bai’ah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

”Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

”Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

”Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

”Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

”Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

”Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

”Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”

Baca Seterusnya »

amir rajalawak sebenarnya adalah seorang yang genius

2 comments
ramai yang mengatakan amir rajalawak buat lawak tak menjadi, tak lawak langsung, syok sendiri, gagap, ntah apa-apa dan macam-macam lagi.. pada mulanya aku bersetuju dengan pendapat orang ramai ini.. hujung minggu yang lalu, aku telah menonton rancangan maharaja lawak di televisyen.. bila AC mizal menjemput amir rajalawak ke gelanggang, rakan-rakanku yang lain tidak mahu menonton.. pendek kata ketika persembahan amir tu, sama ja macam iklan dimana penonton pergi ke dapur bancuh kopi atau ke jamban membuang air..


aku tetap dengan pendirian aku untuk menonton persembahan amir.. dari mula persembahannya sehinggalah dia habis membuat persembahan, wajah aku 'flat'.. langsung tidak muncul senyuman atau tawa riang.. dalam hati aku berkata "wtf! apa benda dia buat ni?".. memang tak lawak langsung.. rasa macam nak buh penendang.. tapi kini pendapat aku berubah selepas aku mendapati amir ini sebenarnya adalah seorang yang genius!

amir mampu membuat lawak berperingkat.. orang ketiga yang menonton orang yang sedang menonton amir membuat lawak, pasti akan merasa lawak kerana melihat orang itu tidak berasa lawak

anda tidak akan rasa nak tergelak terhadap lawak amir pada kadar serta merta, tetapi kesan atau effect dari lawak amir itu mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu ataupun sebulan..


dua hari selepas aku menonton rancangan maharaja lawak, ada kawan aku yang terlepas untuk menonton rancangan itu, bertanyakan kepada aku kerana dia mahu menonton di youtube "weh, sapa lagi yang best dalam maharaja lawak minggu lepas?".. sebagai seorang yang berperangai sarkastik, aku menjawab "amir best weh.. minggu ni dia perform gilababi.. memang lawak".. lalu kawan aku terus membuat carian di youtube dan menonton video amir ketika persebahan 2 hari lepas..

video : maharaja lawak amir minggu 3

aku perhatikan kawan aku dari jauh.. aku ketawa kesorangan.. aku senyum lebar.. bila kawan aku dah tengok video tu sampai habis, dia berkata "apa lancau lawak dia ni? tak lawak pun!!" terus aku gelak besar sebab tengok muka kawan aku flat dari mula sampai habis.. jadi terbukti amir rajalawak adalah seorang yang genius.. beliau bukan saja layak mendapat title 'maharaja' bahkan 'kepala bapak maharaja lawak'..

video : yang ni ultra super maharaja lawak

** update : kenapa amir tak kalah-kalah lagi ni?? (link)

Baca Seterusnya »

Harga Emas Kekal Tinggi

0 comments
Harga emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.
Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.

Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”
Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.
“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

Baca Seterusnya »

10 Amalan Popular Tapi Songsang

0 comments
Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Baca Seterusnya »

Pelajar Dicabul Dalam Kelas

0 comments
Arau: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka. Gambar fail

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja.

“Siasatan polis mendapati suspek turut melakukan perbuatan sama terhadap seorang pekerja wanita lain di pasar raya sama sebelum ini. “Polis sudah mendapatkan perintah reman lima hari sehingga 24 April ini untuk siasatan lanjut. Dia memegang paha mangsa yang bekerja di pasar raya berkenaan,” katanya. -hm

Baca Seterusnya »

Mati Ditikam Kerana Rakam Dan Edar Aksi Seks Jiran

0 comments
Tikam mati jiran sebar aksi seks

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu. Gambar hiasan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.

Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.

Suspek berusia 44 tahun yang ketika itu berada dalam bilik menyedari perbuatan La, lalu segera keluar untuk menemuinya, namun La beredar.

Baca Seterusnya »

Timb KSU Dicekup Khalwat Bersama Pembantu

0 comments
Georgetown: Hasil intipan beberapa jam, seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi semalam. Gambar fail

Dalam serbuan jam 4 pagi, pegawai berusia 51 tahun itu ditahan bersama wanita berkenaan selepas dipercayai bersekedudukan di sebuah bilik hotel itu dalam keadaan mencurigakan.

Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) serta seorang anggota polis.

Pasangan terbabit dibawa secara berasingan ke Balai Polis Batu Feringghi, dengan pegawai berkenaan menggunakan laluan pantai di belakang hotel untuk mengelak diserbu pihak media yang menunggu hampir dua jam.

Pegawai berkenaan dilihat mengenakan kemeja T merah, manakala wanita terbabit memakai kemeja T putih dan kedua-duanya memakai jeans ketika dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi yang terletak 300 meter dari hotel berkenaan.

Difahamkan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan sebuah kementerian berjawatan Timbalan Ketua Setiausaha kerana dipercayai berkhalwat.

Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu. -SH

Baca Seterusnya »