Apakah daya penggerak yang mampu menghasilkan perubahan kepada industri?

Daya penggerak merupakan salah satu elemen penting dalam menghasilkan perubahan kepada industri. Daya penggerak juga boleh diklasifikasikan sebagai daya yang bertindak dan berperanan dalam pengubahsuaian sesuatu organisasi sesebuah industri yang meningkat maju. Selain itu juga, daya penggerak memainkan peranan dalam memastikan sesebuah industri yang diwujudkan itu berdaya saing dan terus kukuh dengan perubahan yang dilakukan. Daya penggerak yang berperanan dalam menghasilkan perubahan kepada industri terbahagi kepada dua kategori iaitu daya penggerak dalaman dan daya penggerak luaran yang mana kedua-duanya penting dalam melonjakkan kemajuan sesebuah industri di negara ini. Oleh yang demikian, amat penting daya penggerak ini disesuaikan agar daya-daya ini dilaksanakn mengikut aspirasi Malaysia yakni berdasarkan keperluan dan kepentingan industri dan negara.

Oleh yang demikian, kedua-dua daya penggerak yang di kategorikan ini masing-masing mempunyai kepentingan dan faktor-faktor ini menjadi penyumbang kepada dasar dan pendekatan yang mencorakkan senario perindustrian kini dan pada masa depan. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa pendekatan yang diambil dalam memberi pembaharuan kepada perindustrian negara dimana bagi daya penggerak dalaman, sikap dan tingkah laku pekerja bertindak sebagai pemacu dan penggerak kemajuan sesebuah industri. Ini kerana, pekerja berperanan dalam menggerakkan perubahan dari dalam organisasi sesebuah industri. Situasi ini boleh mempengaruhi gaya kepimpinan industri ke arah penambahbaikan mutu pengurusan perubahan dalam industri. Sepertimana yang kita ketahui, setiap manusia yang dilahirkan di dunia telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dengan merancang, memimpin dan melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya berbekalkan sifat positif contohnya keadilan tidak akan hadir tanpa adanya kejujuran dalam diri setiap manusia khususnya dalam pembangunan dan perubahan dalam industri. Untuk melahirkan manusia yang adil dan jujur ia harus dinilai serta diukur dengan membezakan kebenaran dan kepalsuan dalam cara gerak kerja serta tindakannya agar ia tidak terkecuali dari mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Di sini, contoh yang terbaik dan boleh dijadikan ikutan untuk kita semua adalah junjungan Nabi Muhammad SAW iaitu sebagai idola sepanjang zaman untuk generasi kini dan selamanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21,



“ Demi Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang.”

Oleh itu, bagi seseorang pekerja Muslim yang ingin menghayati Islam, beliau seharusnya turut berusaha meningkatkan prestasi kerja dan tonjolkan sikap serta tingkah laku yang cemerlang dari semasa ke semasa. Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi). Dalam daya penggerak dalaman ia juga memerlukan kepakaran seseorang individu yang mana perlu adanya manusia yang berkualiti tinggi dan berkebolehan yang di anugerahkan oleh Allah SWT dalam membangunkan sesebuah industri. Tenaga kerja ini harus melakukan penyelidikan (R&D) yang berkisarkan tentang sains manusia ciptaan Allah SWT bertujuan untuk mengkaji tentang kebesaran Allah SWT. Tingkah laku manusia juga merupakan penyumbang utama dalam menggerakkan perubahan dalam industri. Antara faktor-faktor kekuatan dan kekukuhan sesebuah industri yang dibina, penyelidikan (R&D) ke atas teknologi baru harus dilakukan untuk meningkatkan kemajuan ke arah mencapai matlamat industri yang mampu berdaya saing. Selain itu, dalam daya penggerak dalaman juga matlamat industri boleh mengalami perubahan yang disebabkan oleh strategi baru kesan daripada penemuan baru ke arah memperbaiki dan penambahbaikan sistem pengurusan perubahan yang sedia ada ke arah mencapai matlamat industri yang berkesan untuk jangka masa sepuluh tahun akan datang.

Oleh itu, bagi daya penggerak luaran ianya tidak terkecuali perubahan industri. Peranannya cukup penting dalam menggerakkan perubahan terutamanya dalam industri kerana kewujudan daya penggerak luaran boleh mempengaruhi kepimpinan dan pengurusan perubahan dalam industri di negara kita. Ini kerana, apabila berlakunya kekurangan sumber ia secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya perubahan dalam industri. Oleh sebab itu, kita perlu merangka satu program perubahan yang terancang melalui pelaburan sumber untuk mengubah cara operasi industri contohnya dengan membuat pembelian mesin atau latihan sumber manusia. Antara punca lain adalah peraturan keselamatan pekerja boleh dikaitkan dengan perubahan dalam kepimpinan dan pengurusan dalam industri. Faktor lain yang boleh dikaitkan dengan berlakunya perubahan dalam industri ini adalah tentang kadar faedah yang tinggi dan pendidikan yang tinggi dalam pasaran buruh yang memerlukan keseimbangan mengikut keadaan semasa yang akan memaksa melakukan pengurusan perubahan dalam industri ekoran daripada wujudnya daya penggerak luaran ini demi untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah industri. 

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa daya penggerak perubahan dalam industri memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Daya penggerak perubahan juga menentukan sama ada tahap perkembangan dan kemajuan sesebuah industri itu terus mampu berdaya saing dan berdaya tahan atau tidak. Daya penggerak boleh dikatakan sebagai modul perubahan dalam industri kerana sesebuah industri itu dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran melalui pengetahuan, sikap dan tingkah laku pekerja, teknologi dan strategi yang diperolehi menerusi daya penggerak perubahan yang diambil agar segala matlamat sesebuah industri itu akan tercapai. Dalam konteks kepimpinan dan pengurusan, manusia berperanan dalam menstrukturkan sesebuah pengurusan yang dapat melahirkan sesebuah industri yang maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Sesungguhnya, Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Umat manusia diberi tanggungjawab untuk mengendalikan segala urusan dan pentadbiran alam selaku wakil Allah di bumi dengan tugas untuk mengatur, mentadbir ( pemimpin) di bumi Allah SWT. Sabda Nabi SAW “ Setiap kamu adalah pemimpin dan mestilah bertanggungjawab di atas kepimpinan kamu.” Sesungguhnya manusia itu makhluk yang mulia.

0 comments: